Saturday, June 4, 2011

SELAMAT BERJAYA BUAT KONTINJEN SAGA DAERAH BEAUFORT



Assalamualaikum WRT, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Sukan Sabah (SAGA) kali ke 5 akan diadakan pada 06hb-11hb Jun 2011 bertempat di Daerah Keningau. Sukan yang mengumpulkan semua barisan atlet terbaik daripada semua daerah yang ada di negeri ini akan menampilkan kecemerlangan atlet negeri bagi persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di negeri Pahang pada tahun hadapan.

Untuk edisi kali ini, daerah Beaufort telah menghantar para atlet yang berkebolehan bagi menggalas cabaran mengibarkan bendera daerah Beaufort di persada podium. Oleh yang demikian, pihak persatuan mengucapkan Selamat Berjaya dan Selamat Berjuang kepada semua atlet dan pegawai kontinjen daerah Beaufort. Semoga pergi dengan senyuman dan pulang dengan keceriaan. Berjuanglah sehingga titikan peluh yang terakhir. Beaufort boleh!!!


Wassalam...