Wednesday, May 11, 2011

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA ( LSUS )




Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,


Dimaklumkan kepada semua bahawa Pesta Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) anjuran Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Bawah Beaufort telah kembali dan akan membabitkan 3 acara sukan yang paling diminati iaitu Futsal (Lelaki & Perempuan) dan Sepak Takraw.


Pada 28hb - 29hb Mei 2011, dua acara akan dipertandingkan iaitu Futsal Perempuan dan Sepak Takraw. Futsal Perempuan akan diadakan di Gelanggang Futsal 1 Malaysia di pekan Beaufort manakala Sepak Takraw akan diadakan di Dewan Sri Dayang di Pekan Weston. Bagi acara Futsal Lelaki pula akan diadakan pada 11hb hingga 12hb Jun 2011 bertempat di Gelanggang Futsal 1 Malaysia daerah Sipitang.

Untuk menyertai pertandingan ini dan maklumat lanjut serta urusan untuk mendapatkan borang, bolehlah datang ke Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Bawah Beaufort, Tingkat 2, Wisma Persekutuan Beaufort atau menghubungi talian 087-211625 pada waktu pejabat dan berhubung dengan Encik Aziz bin Ason ( Bahagian Sukan ).

Semua belia dan beliawanis adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini dan aksi-aksi menarik pasti padat untuk disaksikan sepanjang kejohanan itu nanti. Orang ramai juga dijemput hadir untuk memeriahkan pertandingan ini kelak.



Adakah Kelab Rakan Muda Beaufort akan menyertai pertandingan ini? Nantikan dan teruslah bersama kami di laman rasmi Kelab Rakan Muda Beaufort ini....



3 comments:

Anonymous said...

salam,
Hadiah yang dpertandingkan adalah lumayan.....kejohanan ini akan berlanjutan sehingga ke peringkat negeri di mana setiap johan dan naib johan bagi semua acara dpertandingkan akan mewakili bahagian pedalaman bawah beaufort ke peringkat negeri sabah.......yang paling penting kejohanan ini adalah bagi memberi peluang dan juga bagi memaksimumkan kegiatan sukan untuk semua d kalangan masyarakat setempat...oleh itu, semua golongan lapisan masyarakat yang berkelayakan adalah djemput bagi memeriahkan kejohanan ini dalam erti kata lain menyertai pertandingan ini....

AZIZ ASON...
PBSP BEAUFORT

Anonymous said...

yaaa apa lagi jan d kasi lama.. hihihi

bel
bpp pms mof

Anonymous said...

bah jis / bell kita buat team...hahahaha