Tuesday, May 17, 2011

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA ( LSUS ) - SAKSIKAN AKSI-AKSI HEBAT PARA BELIA DAN BELIAWANIS KITA..JOM HEBOHHH....















Untuk merebut peluang..jom sertai pertandingan Futsal dan Sepak Takraw yang akan dianjurkan dan kini menunggu tiba masanya.....jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah-hadiah lumayan dan mungkin team anda akan mewakili bahagian ke pertandingan seterusnya di Peringkat Negeri nanti....dan marilah ramai-ramai menyaksikan gelagat mereka pada tarikh tersebut......JOM.....SERBU...

Monday, May 16, 2011

KHIDMAT LATIHAN SUKAN TERAS ( KELAS ) PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH BEAUFORT

Klinik sukan badminton ini memang sudah kena pada tempatnya oleh kerana kita sedang mencari satu pendekatan baru ke arah memantapkan pencapaian sukan prestasi tinggi negara. Penglibatan negara kita dalam sukan prestasi tinggi memang sudah terbukti sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Negara kita telah mengambil bahagian dalam sukan olimpik sejak dari tahun 1956, sukan asia sejak dari tahun 1954, sukan komanwel sejak dari 1950 dan sukan sea sejak dari 1959 lagi. Atlet-atlet kebangsaan kita telah memenangi pingat dalam kesemua temasya sukan ini walaupun pencapaian jumlah pingatnya dikatakan tidak konsisten. Begitu juga dengan sukan Badminton Negara yang telah banyak mencipta nama Negara.

Justeru itu banyak persoalan yang perlu kita jawab dalam menentukan hala tuju serta kejayaan para remaja atau bakal belia kita di masa akan datang. Justeru itu pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah merangka beberapa program untuk memantapkan prestasi belia kita pada hari ini demi keunggulan Malaysia di masa akan datang.

Maka hari ini, sekali lagi Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Beaufort telah mengadakan Klinik Badminton bagi merangka satu rancangan latihan serta menentukan sasaran para belia atau bakal belia kearah yang perlu kita capai.

Ini akan memberi peluang kepada mereka supaya lebih giat dan aktif dalam arena sukan badminton terutamanya di Bahagian Pedalaman Bawah ini disamping melatih dan memberi tunjuk ajar yang terbaik untuk mereka.

Klinik Latihan Sukan Teras ( KELAS ) Badminton Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah Beaufort 2011 diadakan:-

Pada : 24hb April 2011 hingga 26hb Jun 2011

Bertempat : Dewan SM ST John Beaufort

Anjuran : Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Bawah Beaufort.

Jurulatih : Encik Teo An Chai

Penasihat : En Noorman Bin Ramlan ( Pegawai Belia Dan Sukan )

Penyelaras : En. Abd Aziz Bin Ason ( Bahagian Sukan )

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

KESIMPULAN

Dalam merangka perancangan klinik ini, pihak kementerian ingin mencungkil bakat-bakat baru sebagai generasi pelapis kepada atlet-atlet kita yang bakal bersara suatu masa nanti. Dan menyemarakkan api semangat kesukanan kepada remaja kita hari ini supaya menjadi belia yang berketerampilan, aktif, kreatif, progresif dan cemerlang dalam menaikkan nama negara di mata dunia. “ KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN NEGARA. “

Toy.Kb

Sunday, May 15, 2011

ANUGERAH REMAJA PERDANA ( ARPRM ) MEI 2011 “ MENCABAR REMAJA DI MANA JUA “.


Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ( ARPRM ) bertujuan untuk member pengiktirafan oleh pihak kerajaan atas penglibatan remaja Malaysia yang berumur antara 14 hingga 25 tahun dalam bidang-bidang yang menyumbangkan kepada proses pembangunan mereka melalui pendekatan lapan (8) gaya hidup Rakan Muda.


Anugerah ini merupakan Skim Anugerah yang bertaraf Antarabangsa. Anugerah ini telah diadaptasi daripada The Duke Of Edinburgh’s Award atau dikenali sebagai The International Award For Young People yang mula diperkenalkan pada tahun 1956 di United Kingdom. Setakat ini sebanyak 126 buah Negara di seluruh dunia telah menyertai program anugerah ini. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ( ARPRM ) terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Gangsa, Perak Dan Emas. Peserta hendaklah memastikan mana-mana peringkat Anugerah yang disertai disempurnakan sebelum berumur 25 tahun berdasarkan jangka masa minima yang telah digariskan.


Anugerah ini bukan suatu pertandingan tetapi lebih menekankan kepada cabaran individu selain daripada gaya hidup yang seimbang, fleksibel serta penglibatan secara sukarela yang berterusan dan menyeronokkan. Ianya merupakan satu wadah bagi member sokongan dan semangat kepada golongan remaja dalam menanamkan nilai-nilai yang berkualiti seperti semangat bekerjasama, sukarela, patriotic dan sebagainya kearah mencapai personaliti unggul.


Justeru ini sekali lagi pihak Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Bawah Beaufort akan menganjurkan Program ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA ( GANGSA ) Peringkat Pedalaman Bawah yang melibatkan 3 parlimen iaitu Parlimen Beaufort, Parlimen Kimanis Dan Parlimen Sipitang. Program ini akan diadakan pada bulan Mei 2011 ini. Program ini akan melibatkan peserta seramai 60 orang dari pada 3 parlimen tersebut. Pihak JBS telah melantik jurulatih berpengalaman dalam menjalankan aktiviti semasa program tersebut. Jurulatih yang dilantik tersebut adalah Leftenan Muda Tuan Matlen bin Sarudin ( Jabatan Pertahanan Awam ) dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Pedalaman Bawah, Encik Kahar bin Buntak. Mereka akan menilai semua aktiviti dan penglibatan peserta sepanjang program tersebut.


Antara komponen perisian aktiviti ARPRM bagi Pingat Gangsa ini, melibatkan aktiviti Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk sifat bertanggungjawab, semangat kesukerelaan, pembangunan kemahiran diri, informasi, berkomunikasi, gaya hidup aktif, semangat kesukanan, kekuatan fizikal dan mental serta kekuatan jati diri yang sempurna.


Kesimpulannya program ini amat berguna kepada golongan remaja yang masih mempunyai banyak peluang dalam membantu masa depan yang lebih cerah dan cemerlang. Dan sekali lagi pihak Kelab Rakan Muda Beaufort mewakili ahli-ahli kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pejabat Belia Dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Bawah Beaufort ( En Norman Ramlan - Pegawai Belia Dan Sukan (P) Bhg Pedalaman Beaufort dan Kakitangan ) kerana memberi peluang kepada golongan remaja dalam menganjurkan program ini.


Untuk keterangan atau pertanyaan selanjutnya bolehlah berhubung terus dengan Ketua Penyelaras Program ARPRM yang juga Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Bawah, Encik Mohamad Safwan bin Ibrahim di talian 087211625 (hari dan waktu pejabat sahaja).


Sekian dan harap maklum.




Wednesday, May 11, 2011

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA ( LSUS )




Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,


Dimaklumkan kepada semua bahawa Pesta Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) anjuran Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Bawah Beaufort telah kembali dan akan membabitkan 3 acara sukan yang paling diminati iaitu Futsal (Lelaki & Perempuan) dan Sepak Takraw.


Pada 28hb - 29hb Mei 2011, dua acara akan dipertandingkan iaitu Futsal Perempuan dan Sepak Takraw. Futsal Perempuan akan diadakan di Gelanggang Futsal 1 Malaysia di pekan Beaufort manakala Sepak Takraw akan diadakan di Dewan Sri Dayang di Pekan Weston. Bagi acara Futsal Lelaki pula akan diadakan pada 11hb hingga 12hb Jun 2011 bertempat di Gelanggang Futsal 1 Malaysia daerah Sipitang.

Untuk menyertai pertandingan ini dan maklumat lanjut serta urusan untuk mendapatkan borang, bolehlah datang ke Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Bawah Beaufort, Tingkat 2, Wisma Persekutuan Beaufort atau menghubungi talian 087-211625 pada waktu pejabat dan berhubung dengan Encik Aziz bin Ason ( Bahagian Sukan ).

Semua belia dan beliawanis adalah dijemput untuk menyertai pertandingan ini dan aksi-aksi menarik pasti padat untuk disaksikan sepanjang kejohanan itu nanti. Orang ramai juga dijemput hadir untuk memeriahkan pertandingan ini kelak.



Adakah Kelab Rakan Muda Beaufort akan menyertai pertandingan ini? Nantikan dan teruslah bersama kami di laman rasmi Kelab Rakan Muda Beaufort ini....