Sunday, August 15, 2010

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN KRMB SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN KRMB YANG KE 3




Assalamualaikum WRT,
Salam Sejahtera & Salam Rakan Muda.


Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat & nur hidayah-Nya, Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) masih kekal dan bernyawa sehingga kini. Esok, 16 Ogos adalah ulang tahun yang ke 3 penubuhan Kelab Rakan Muda Beaufort. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin KRMB, semua bekas Penggerak Rakan Muda Beaufort dan semua pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung bermula daripada sejak penubuhan kelab ini pada tahun 2007 hinggalah sekarang atas segala usaha, kerja keras tanpa mengenal erti penah lelah, berdedikasi, berwawasan dan bersatu. Pemimpin KRMB datang dan pergi namum kesinambungan kepada perjuangan untuk membangun dan memajukan komuniti Rakan Muda tetap menjadi prinsip utama KRMB.


Hari ini, KRMB boleh berbangga kerana memiliki keahlian melebihi 1,100 orang dan akan bertambah dari masa ke semasa. Sejarah juga telah menyaksikan KRMB telah banyak menempa kejayaan dan saat-saat manis mengusung kegemilangan dari hari ke hari. Pusat Kegiatan Rakan Muda Beaufort sudah hampir kepada fasa akhir untuk digunakan manakala Pusat Siber Rakan Muda Beaufort sudahpun beroperasi bermula bulan lalu dan kini mendapat sambutan yang hangat daripada golongan Rakan Muda dari seluruh kawasan Parlimen Beaufort.


Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Apa yang diharapkan ialah bersama kita memanfaatkan segala kebaikan yang ditawarkan di dalam bulan Ramadan penuh kemuliaan ini. Kepada semua ahli, KRMB akan menghebahkan serta menawarkan apa-apa sahaja program Rakan Muda, Belia & Sukan kepada anda melalui saluran-saluran yang sedia ada. Teruskan sokongan kepada Rakan Muda.


Akhir kata, Selamat Ulang Tahun Ke 3 penubuhan KRMB. Sama-samalah kita berdoa semoga KRMB akan terus kekal, maju dan progresif dalam memperjuangkan prinsip-prinsip membangunkan komuniti Rakan Muda selaras dengan wawasan Kementerian Belia & Sukan Malaysia.


Wassalam,

Muhd Junidin Jamlan
Presiden Kelab Rakan Muda Beaufort
Sesi 2010-2011

2 comments:

Anonymous said...

macho c joe, mcm guru disiplin...kah2

Anonymous said...

MR Presiden, sekali pandang macam Obama...kah2