Monday, August 23, 2010

SEKITAR KURSUS PEMIMPIN REKREASI LUAR TAHAP TIGA PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

Pada 27hb Julai 2010 yang lalu, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort bersama Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah berjaya menganjurkan Kursus Pemimpin Rekreasi Luar Tahap Tiga (3) Peringkat Kebangsaan Tahun 2010 bertempat di Membakut Nature Resort, Membakut, Sabah. Kursus ini telah disertai seramai 30 orang dan kesemua mereka telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya yang berakhir pada 06hb Ogos 2010. Tahniah diucapkan.


Aktiviti berkayak di sekitar perairan Binsulok & Kuala Penyu.


Dah sampai ke destinasi di tengah laut.


Anatar gelagat peserta dalam aktiviti berkayak.



Posing beramai-ramai...


Panjat kelapa.


bah kasi jatuh satu biji kelapa lah...



Zon yang paling popular sepanjang kursus.


Sekitar Majlis Perasmian Penutup Kursus :-












Monday, August 16, 2010

PELUANG BERNIAGA DI BAZAR RAMADHAN





Assalamulaikum WRT & Salam Ramadhan,

Perhatian kepada belia-belia dan komuniti Rakan Muda di daerah Beaufort dan sekitarnya, Kementerian Belia & Sukan Negeri Sabah Daerah Beaufort menawarkan tapak ruang niaga untuk para belia dan remaja yang ingin membuka perniagaan sempena bulan ramadhan yang mulia ini.

Lokasi yang ditawarkan adalah di Arena Belia, iaitu di perkarangan pejabat Kementerian Belia & Sukan Negeri Sabah Daerah Beaufort. Jika anda berminat, bolehlah menghubungi Pegawai Belia & Sukan Kementerian Belia & Sukan Negeri Sabah Daerah Beaufort, Encik Nordin Ismail di talian 087-225912 untuk maklumat lanjut serta urusan berkaitan.

Makluman ini adalah inisiatif Unit Khidmat Sosial KRMB. Sekian & Terima Kasih.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Sunday, August 15, 2010

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN KRMB SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN KRMB YANG KE 3




Assalamualaikum WRT,
Salam Sejahtera & Salam Rakan Muda.


Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat & nur hidayah-Nya, Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) masih kekal dan bernyawa sehingga kini. Esok, 16 Ogos adalah ulang tahun yang ke 3 penubuhan Kelab Rakan Muda Beaufort. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin KRMB, semua bekas Penggerak Rakan Muda Beaufort dan semua pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung bermula daripada sejak penubuhan kelab ini pada tahun 2007 hinggalah sekarang atas segala usaha, kerja keras tanpa mengenal erti penah lelah, berdedikasi, berwawasan dan bersatu. Pemimpin KRMB datang dan pergi namum kesinambungan kepada perjuangan untuk membangun dan memajukan komuniti Rakan Muda tetap menjadi prinsip utama KRMB.


Hari ini, KRMB boleh berbangga kerana memiliki keahlian melebihi 1,100 orang dan akan bertambah dari masa ke semasa. Sejarah juga telah menyaksikan KRMB telah banyak menempa kejayaan dan saat-saat manis mengusung kegemilangan dari hari ke hari. Pusat Kegiatan Rakan Muda Beaufort sudah hampir kepada fasa akhir untuk digunakan manakala Pusat Siber Rakan Muda Beaufort sudahpun beroperasi bermula bulan lalu dan kini mendapat sambutan yang hangat daripada golongan Rakan Muda dari seluruh kawasan Parlimen Beaufort.


Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Apa yang diharapkan ialah bersama kita memanfaatkan segala kebaikan yang ditawarkan di dalam bulan Ramadan penuh kemuliaan ini. Kepada semua ahli, KRMB akan menghebahkan serta menawarkan apa-apa sahaja program Rakan Muda, Belia & Sukan kepada anda melalui saluran-saluran yang sedia ada. Teruskan sokongan kepada Rakan Muda.


Akhir kata, Selamat Ulang Tahun Ke 3 penubuhan KRMB. Sama-samalah kita berdoa semoga KRMB akan terus kekal, maju dan progresif dalam memperjuangkan prinsip-prinsip membangunkan komuniti Rakan Muda selaras dengan wawasan Kementerian Belia & Sukan Malaysia.


Wassalam,

Muhd Junidin Jamlan
Presiden Kelab Rakan Muda Beaufort
Sesi 2010-2011

Friday, August 13, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK




Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua ahli KRMB dan komuniti Rakan Muda di seluruh Malaysia. Semoga pahala, amalan dan segala kebaikan yang kita lakukan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yakni fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam. (Surah Al-Baqarah:187). FIRMAN Allah yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti mana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Surah al-Baqarah, ayat 183).

Ibadat puasa Ramadan mula difardukan kepada Rasulullah SAW dan umat Islam pada tahun ke-2 hijrah. Sebelum difardukan puasa sebulan pada Ramadan, Nabi Muhammad SAW sudah biasa dengan amalan berpuasa. Baginda berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) dan puasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan. Berpuasa 10 Muharam turut menjadi amalan orang Quraisy Makkah, Yahudi dan Nasrani di Madinah. Puasa pada syarak ialah menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Rukun puasa ada tiga, iaitu orang berpuasa, niat dan meninggalkan perkara yang boleh membatalkan puasa.

Sahabat Nabi, Jabir bin Abdullah berkata: Jika kamu berpuasa, maka hendaklah kamu berpuasa pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu daripada perkataan dusta dan segala yang haram. Janganlah kamu menyakiti jiran tetangga, hendaklah kamu bersikap tenang dan sabar dan janganlah kamu jadikan hari-hari puasamu itu sama dengan hari-hari ketika kamu tidak berpuasa. Nabi Adam dan Hawa manusia pertama berpuasa dengan tujuan membersihkan diri daripada keterlanjuran mereka memakan buah khuldi yang menjadi larangan Allah ketika berada di syurga.

Manakala Nabi Daud pula berpuasa selang sehari dan puasa baginda diibaratkan Allah sebagai puasa yang amat mulia. Perkara ini dinyatakan oleh Nabi Muhammad melalui sabdanya yang bermaksud: Puasa yang amat dikasihi oleh Allah adalah puasa Nabi Daud yang berpuasa sehari dan berbuka sehari. (Hadis riwayat Tirmizi dan Nasai). Di antara Nabi lain yang dikatakan turut berpuasa ialah Nabi Daniel, Nabi Musa, Nabi Zakaria, Nabi Isa dan golongan penyokongnya dikenali sebagai al-Hawariyun. Nabi Musa ketika bermunajat kepada Allah di Bukit Tursina selama 40 hari 40 malam, berpuasa daripada memakan roti dan meminum air.

Manifestasi daripada ibadat puasa ini, Ramadan dianggap sebagai madrasah atau bengkel kerohanian kerana umat Islam melalui pelbagai proses latihan dan ujian ditetapkan Allah Taala. Saidina Ali ada memberikan definisi menarik mengenai takwa iaitu takut kepada Allah, beramal dengan perintah-Nya, reda dengan sedikit dan bersiap sedia menghadapi hari kematian. Kesemua ciri takwa ini cuba dibajai dan disemai kepada setiap Muslim melalui ibadat puasa pada Ramadan.

Imam al-Ghazali menerangkan kedudukan ibadat puasa dengan ibadat lain bahawa puasa adalah satu perempat iman berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Berpuasa itu separuh daripada sabar. (Riwayat Ibnu Majah). Maksud hadis Rasulullah yang lain: Sabar itu separuh daripada iman.