Friday, July 9, 2010

PROGRAM PEMIMPIN REKREASI LUAR TAHAP TIGA (3) PERINGKAT KEBANGSAAN 2010





Assalamualaikum WRT,
Salam Sejahtera & Salam Rakan Muda,


Pejabat Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah akan mengadakan satu program yang dinamakan Program Pemimpin Rekreasi Tahap 3 Peringkat Kebangsaan Tahun 2010. Program ini adalah khusus kepada semua pemegang sijil Pemimpin Rekreasi Tahap 2 dan akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :-


Tarikh : 27 Julai 2010 - 06 Ogos 2010

Tempat : Binsulok Nature Resort, Membakut, Sabah dan sekitar Kuala Penyu & Pulau Tiga

Penyertaan : Golongan belia yang telah memiliki sijil Pemimpin Rekreasi Tahap 2 dari seluruh Sabah dan negara.


Oleh yang demikian, jika berminat bolehlah mendapatkan keterangan lanjut dan urusan penyertaan dengan menghubungi pihak Pejabat Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort (Encik Safwan Ibrahim) di talian 087-211625. Sekian, Harap Maklum.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan

Friday, July 2, 2010

PROGRAM BELIA BERKALIBER 2010 BERJAYA



Gambar kenangan peserta program.


* Petikan akhbar New Sabah Times - Edisi 1 Julai 2010.


PROGRAM BELIA BERKALIBER BERI PERHATIAN GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK



Sentuhan Ziarah 53 golongan belia benar-benar menyentuh perasaan insan kurang bernasib baik, bapa tunggal dan ibu-ibu tunggal di Kampung Binsulok yang dikunjungi dalam Program Belia Berkaliber Peringkat Bahagian Beaufort & Bahagian Keningau 2010.

Apa tidaknya, golongan belia itu bukan saja datang menziarahi golongan yang kurang bernasib baik ini tetapi juga datang melakukan khidmat masyarakat dengan membantu membersihkan rumah hingga ke halamannya dan membaiki mana-mana bahagian rumah yang rosak. Lebih mengharukan dalam ziarah itu, Jabatan Belia dan Sukan juga menghulurkan bantuan berupa makanan, biarpun sedikit namun ianya cukup bermakna bagi golongan ini.

Pada masa yang sama kerana simpati dengan nasib golongan ini, belia-belia ini juga dengan hati yang ikhlas mengadakan sumbangan tunai yang dikutip daripada sesama golongan belia untuk dihulurkan kepada golongan insan kurang bernasib baik itu. Bagaimanapun ketika ditanya dan diselidiki oleh Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort, Samson Saad, semua mereka yang kurang bernasib baik ini terdiri daripada wanita OKU dan warga emas ini sudahpun mendapat pembelaan dari kerajaan yang mana mereka ini telah menerima bantuan sara hidup antara RM150 hingga RM300 seorang.

Dalam program yang disertai, semua pemimpin belia turut didedahkan bahawa kerajaan tidak mengabaikan kebajikan rakyat, oleh itu golongan belia perlu tahu bahawa kerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat. Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Keningau telah disertai 53 belia dari kedua-dua daerah yang membabitkan belia dari Beaufort, Membakut, Sipitang, Bongawan, Keningau dan Tenom bermula 27 hingga 30 Jun dan diselitkan bersama program ziarah untuk melahirkan belia penyayang.

Dalam ziarah ke rumah seorang wanita OKU, Suit Bte Saili, sungguhpun kehidupannya amat daif dengan keadaan rumahnya yang usang, namun mereka merasa bangga kerana kegigihannya berusaha untuk menyara hidupnya sendiri dengan membuat kraftangan berasaskan kertas iaitu membuat pasu-pasu bunga. “Perkara seumpama ini akan dapat menyedarkan golongan belia, betapa wanita OKU ini mempunyai semangat yang jitu dalam meneruskan hidupnya dan perkara seumpama ini perlu diambil sebagai pengalaman oleh golongan belia kerana di mana ada kemahuan maka di situ ada jalan dan dalam erti kata lain rezeki tidak akan datang bergolek jika tidak dicari,” katanya.

Menyentuh program ini, Samson berkata selain menjalankan program bimbingan belia dalam aspek kepimpinan, kerja-kerja Khidmat Masyarakat dan mendekati golongan kurang bernasib baik itu yang telah mendedahkan kepada mereka untuk melahirkan sikap masyarakat belia penyayang.

Program selama empat hari yang diadakan di Resort Nature Binsulok dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan disertai bersama Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang, Matbali Hj Musah dan Setiausahanya, Julhelmi Hasbi, Pengerusi-pengerusi Belia dan beberapa pemimpin NGO. Majlis Penutupan program dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut, Datuk Hj Arifin Hj Arif kelmarin.



Antara peserta yang mengambil bahagian.


Kem Komandan, Left Muda Matlen Saruddin.


Bergotong-royong di salah sebuah rumah penduduk tempatan.


Membaiki tangga yang usang.

Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Membakut, Tuan Haji Aminuddin hadir semasa Majlis Perasmian.

Peserta fokus dalam penyampaian maklumat semasa.