Tuesday, June 15, 2010

PROGRAM PEMIMPIN BELIA BERKALIBER 2010


Belia merupakan golongan terpenting dalam pembangunan insan.


Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,


Dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Keningau akan menganjur program pembangunan belia yang dinamakan Program Pemimpin Belia Berkaliber Peringkat Bahagian Beaufort & Bahagian Keningau. Program ini dijadualkan akan dilaksanakan sekitar bulan Jun 2010 (tarikh muktamad akan dimaklumkan kemudian) dan dilaksanakan di Binsulok Nature Resort, Membakut, Sabah.


Mengikut maklumat yang diperolehi, program ini dikhaskan kepada semua pemimpin persatuan-persatuan belia yang berdaftar di Bahagian Beaufort dan Bahagian Keningau. Program ini adalah berobjektifkan melahirkan pemimpin belia yang berdaya saing, berkualiti, berwawasan dan mempunyai visi serta misi dalam merencanakan seterusnya menjayakan persatuan belia yang dipimpin.


Untuk sebarang pertanyaan atau mahu mengikuti program ini, bolehlah menghubungi Encik Aziz bin Ason di talian 087-211625 (waktu pejabat).


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.....
.
* Kursus ini akan diadakan pada 27 Jun 2010 bersamaan Hari Ahad bermula pada jam 10.00 Pagi hingga 5.00 Petang...Harap Maklum..


1 comment:

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

DIMAKLUMKAN KURSUS PEMIMPIN BELIA BERKALIBER PERINGKAT BAHAGIAN BEAUFORT DAN BAHAGIAN KENINGAU AKAN DIADAKAN PADA 27 JUN 2010 BERSAMAAN HARI AHAD BERMULA PADA JAM 10 PAGI HINGGA 5 PETANG. HARAP MAKLUM..tq