Tuesday, May 25, 2010

SEKALUNG BUDI, SEJAMBAK HARMONI


Selamat Jalan En. Amreezal dan Selamat Datang En. Safwan.


Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan sekalung budi kepada En. Amreezal bin Abd Kadir, Penolong Pegawai Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort yang telah berpindah ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bermula pada 01 Mei 2010 yang lalu. Segala jasa, budi dan ilmu yang telah dicurahkan kepada kami bagi memastikan kelab ini terus berdaya saing serta maju amat kami hargai. Semoga terus berjaya di tempat yang baru dan insyAllah kita akan berjumpa lagi.

KRMB juga dengan ini mengucapkan selamat datang kepada En. Safwan Ibrahim Al-Edrus, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort yang baru. Beliau sebelum ini bertugas di Sarawak dan merupakan anak jadti negeri Sabah. Selamat menjalankan tugas dan KRMB sedia membantu bila-bila masa dan di mana sahaja.

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

1 comment:

Anonymous said...

Terima Kasih kepada KRM Beaufort yg mengalu2kan kedatangan saya ke PBSB (P) Beaufort, bangga saya dapat berkhidmat utk negeri sendiri. diharap kerjasama yg berterusan drp KRM dan semua warga Beaufort