Tuesday, May 25, 2010

SEKALUNG BUDI, SEJAMBAK HARMONI


Selamat Jalan En. Amreezal dan Selamat Datang En. Safwan.


Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan sekalung budi kepada En. Amreezal bin Abd Kadir, Penolong Pegawai Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort yang telah berpindah ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang bermula pada 01 Mei 2010 yang lalu. Segala jasa, budi dan ilmu yang telah dicurahkan kepada kami bagi memastikan kelab ini terus berdaya saing serta maju amat kami hargai. Semoga terus berjaya di tempat yang baru dan insyAllah kita akan berjumpa lagi.

KRMB juga dengan ini mengucapkan selamat datang kepada En. Safwan Ibrahim Al-Edrus, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort yang baru. Beliau sebelum ini bertugas di Sarawak dan merupakan anak jadti negeri Sabah. Selamat menjalankan tugas dan KRMB sedia membantu bila-bila masa dan di mana sahaja.

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

KURSUS PEMIMPIN REKREASI LUAR TAHAP 1


Gambar kenangan peserta Kursus Pemimpin Rekreasi Luar Tahap 1.



Pada 09hb - 11hb April yang lalu, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Beaufort telah menganjurkan satu program yang dinamakan Kursus Pemimpin Rekreasi Luar Tahap 1 Peringkat Bahagian Beaufort bertempat di Pantai Sawangan, Kuala Penyu.

Program ini telah disertai hampir 40 orang golongan Rakan Muda dan Belia dari seluruh kawasan Bahagian Beaufort. Program ini berobjektifkan untuk melahirkan pemimpin rekreasi yang seterusnya boleh diketengahkan untuk terus maju dalam dunia kepimpinan dan jati diri.

Pegawai Penyelaras Program, Encik Aziz bin Ason berkata beliau amat berpuas hati dengan pelaksanaan program ini yang mana kerjasama berpasukan, komitmen dalam menjayakan kursus serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh peserta untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik amat membanggakan. Kursus ini dikendali oleh Kem Komander yang tidak asing lagi di negeri Sabah iaitu Leftenan Muda Matlen Saruddin dan dibantu oleh krew-krew daripada Kelab Rakan Muda Beaufort dan Sukarelawan Bahagian Beaufort.

Kepada semua peserta diucapkan tahniah dan semoga anda berjaya. Jumpa lagi tahun depan......


Penyelaras Program, En. Aziz Ason (kanan).
Mari kita angkat ramai-ramai.....
Aktiviti berakit-rakit ke laut.....
Presiden KRMB, Muhd Junidin Jamlan (kanan) bersama peserta....

Aktiviti sayang si buta.......


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan......