Tuesday, April 6, 2010

KAUNTER KRMB DIBUKA......


Selamat Datang Ke Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya KRMB....


Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,

Hari ini adalah Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya bersama pemimpin KRMB. Oleh yang demikian, semua ahli-ahli KRMB dan komuniti Rakan Muda serta masyarakat boleh mengajukan soalan, memberi pandangan atau ulasan, mengusulkan idea dan buah fikiran tentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan KRMB dan Rakan Muda. Anda boleh mencadangkan apa-apa program yang harus dilaksanakan oleh KRMB, berdiskusi berkenaan masa depan KRMB serta lain-lain lagi. Segalanya anda boleh lakukan dengan memberikan komen ada di dalam post ini.

InsyAllah, pemimpin KRMB akan memberi respon dan pandangan secara terus kepada anda. Segala kerjasama anda amatlah dihargai dan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Namun sebagai peringatan, anda adalah dilarang memberi komen atau pandangan yang bersifat negatif, memburukkan orang lain atau seumpamanya kerana pihak KRMB tidak akan menyiarkan mana-mana komen yang dianggap tidak bertanggungjawab. Sekian & Terima Kasih.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

7 comments:

Anonymous said...

krmb, sy mo jd ahli krmb, tp sy x tahu mcmana mo aplly itu, mcmana bos?

Gijul

Anonymous said...

SAYA ADA BEBERAPA CADANGAN UNTUK KRMB. SEMOGA CADANGAN SAYA INI MENDAPAT PERTIMBANGAN YANG SEWAJARNYA. SELAMA INI RAMAI YANG TIDAK TAHU BAHAWA ORANG MUDA ADA KELAB YANG DINAMAKAN KRMB. OLEH ITU SAYA MENCADANGKAN KEPADA KRMB AGAR DAPAT MENGADAKAN SATU ROAD TOUR DENGAN MEMPROMOSIKAN KRMB DIKALANGAN ORANG MUDA. PALING SENANG PADA SAYA ADALAH MELAKUKAN KEMPEN DI SEKOLAH2 DAN DI PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA ITU SENDIRI. DISAMPING ITU BOLEHLAH MENAMBAH KEAHLIAN KRMB.

KEDUA, SAYA MENCADANGKAN KRMB MENGADAKAN SATU PROGRAM YANG BERKELAS TINGGI BAGI MEMBUKA MATA PENGKRITIK KRMB DAN MASYARAKAT. INI PENTING BAGI MEMBOLEHKAN MASYARAKAT TAHU MENGENAI PENUBUHAN KRMB DAN KRMB ITU WUJUD UNTUK ORANG MUDA. TERPULANG PADA KRMB SAMA ADA UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM YANG MCAMANA.

KETIGA, SAYA MOHON SEKALI LAGI AGAR KRMB BERSATU. SAYA DAPAT LIHAT DALAM BEBERAPA KOMEN DI SINI YANG MASIH ADA LAGI BUDAYA TUDUH MENUDUH, BUDAYA SUKA MENUDING JARI KEPADA ORANG LAIN. SAYA RASA KALAU KRMB BERSATU PADU, MESTI KRMB AKAN BERTAMBAH KUAT.

SETAKAT INI DAHULU, SAYA AKAN DATANG LAGI. SEKIAN DAN TERIMA KASIH.

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

eii slamat pg smua, eii awal sia online hari nie...sia mahu chat sama bos krmb..

eii mana durang, oh blum jam 10 lg rupanya..eiii hehe

Petronella

Anonymous said...

apa kata krmb buat skali lg karnival rakan muda, mcm korang buat time rasmi krmb tu..saya sokong krmb buat program tu

ajak bongawan
AJK KRM Kimanis

Anonymous said...

i really miss krmb, thanks krmb to became back..i hope this situation will be remain as long as our life.
thanks noordin to be inform me about krmb blog.

One In A Million Teen In Sipitang

Anonymous said...

knapa sy x dpt buka 5 komen tu ek?
tolong

Anonymous said...

SAYA MASIH MENUNGGU RESPON DARI PEMIMPIN KRMB