Saturday, April 3, 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN KRMB SECARA MAYA


Transformasi KRMB menuju Status KRM Berprestasi Tinggi.

Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera...

Perhatian kepada semua ahli KRMB, komuniti Rakan Muda, Masyarakat dan orang awam bahawa Kelab Rakan Muda Beaufort akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya di Laman Blog Rasmi KRMB ini pada ketetapan seperti yang berikut :-


Tarikh : 06 April 2010 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi - 3.30 Petang


Objektif utama KRMB mengadakan program ini adalah untuk mengenalpasti kehendak dan keperluan ahli-ahli KRMB dan generasi muda masa kini yang perlu diberi perhatian oleh KRMB. Program ini juga akan membantu KRMB meningkatkan prestasi, menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan cara yang efisien serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin KRMB dan masyarakat.

Dimaklumkan bahawa Penasihat Bukan Eksekutif KRMB, Mohd Nadzley Harith, Presiden KRMB, Muhd Junidin Jamlan, Timbalan Presiden KRMB, Noralizawati Matsam akan 'online' sepanjang tempoh tersebut. Semoga inisiatif daripada KRMB ini akan memberi manfaat yang berguna kepada bangsa, agama dan negara secara keseluruhannya bagi mendukung aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

6 comments:

Anonymous said...

SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMIMPIN KRMB. CUMA KALAU DAPAT NANTI HARAP DAPAT ADAKAN HARI BERTEMU PELANGGAN DI PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA DI WISMA ARJUNA TERSEBUT. SAYA AKAN MEMANGGIL KEMBALI SAHABAT-SAHABAT MAYA DI LAMAN BLOG KRMB INI UNTUK BERSAMA PADA HARI SELASA INI. SAYA JUGA MENGHARAPKAN KEHADIRAN PRESIDEN DAN AMT KRMB SEPANJANG HARI ITU. TERIMA KASIH

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

saya menyokong langkah krmb mengadakan hari btemu pelanggan krmb ini. tahniah.

pemerhati bebas

Anonymous said...

JOM SERBU BLOG KRMB SELASA NIE

DUTA KRMB DI TAMAN WAWASAN

Anonymous said...

hrp2 ramai la jengok blog krmb nie sok..jgn pla pmimpin krmb teda sok..ayam pindik

Anonymous said...

jom jom jom..
jom kita heboh2...lalalala

Anonymous said...

SAYA SUDAH MAKLUMKAN KEPADA SAHABAT2 SAYA SEPERTI SAIFUDDIN II, AL-TENGOK AL-TEGUR SDN BHD, PETRONELLA DAN RAMAI LAGI UNTUK ONLINE MASA HARI BERTEMU PELANGGAN KRMB ESOK. SEKIAN DAN TERIMA KASIH

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory