Monday, April 5, 2010

DIRGAHAYU KRMB


Sekalung penghargaan buat wira-wira KRMB.

Bersempena Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya, Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) yang akan dilaksanakan pada 06hb April 2010, KRMB akan menyingkap serba sedikit mengenai sejarah, pencapaian, kejayaan, kegagalan dan segala cabaran yang pernah dihadapi oleh KRMB semenjak penubuhannya hampir 3 tahun yang lalu.

Unit Pengurusan Laman Blog KRMB dengan kerjasama Kepimpinan KRMB akan memaparkan seberapa banyak paparan yang berkaitan dengan KRMB untuk tatapan dan pengetahuan semua ahli-ahli serta pengunjung setia blog KRMB ini. Ini adalah salah satu daripada komitmen kami untuk menaikkan kembali laman blog KRMB dan KRMB itu secara keseluruhannya demi kepentingan semua pihak.

Sebagai permulaan, KRMB mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada beberapa individu atau lebih tepat orang kuat KRMB yang selama ini banyak membantu menaikkan dan melonjakkan KRMB ke arah kecemerlangan dan kegemilangan daripada dahulu hinggalah sekarang..

SEKAPUR SIRIH SECEBIS KASIH


Abd Rahim Jalani
Presiden KRMB yang Pertama
Berasal dari Kampung Brunei, Membakut, Abd Rahim Jalani mendapat kepercayaan daripada Ahli Jawatankuasa Penaja KRMB untuk menerajui KRMB berdasarkan pengalaman dan kekuatan yang ada pada dirinya. Di bawah pentadbiran beliau, KRMB memulakan langkah yang ternyata memberi impak yang tinggi kepada KRMB. Antara pencapaian yang digapai ialah berjaya mendapatkan keahlian seramai 458 orang pada 3 bulan pertama penubuhan. Selain itu, KRMB walaupun pada masa itu masih muda, tetapi pelbagai program bersama telah berjaya direncanakan bersama Penggerak Rakan Muda Beaufort masa itu, Mohd Halbi Abd Hassan seperti menjayakan Program Senamrobik Hujung Minggu, Malam Mesra Aidilfitri Rakan Muda Parlimen Beaufort dan banyak lagi.


Rynnille Peter
Presiden KRMB yang Kedua
Berasal dari Kampung Jampangah, Beaufort, Rynnille Peter berjaya meletakkan KRMB ke paras yang maksima. Tidak keterlaluan dikatakan semasa kepimpinan beliau, KRMB mencapai zaman kegemilangannya. Ianya bermula dengan majlis yang penuh bersejarah pada 03 Mac 2008 di mana Kelab Rakan Muda Beaufort telah dilancarkan oleh YB Dato' Hjh Azizah DSP Hj Mohd Dun, Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Beaufort pada masa itu. Sejak itu, KRMB tidak menoleh ke belakang lagi, pelbagai kejayaan ditempa antaranya berjaya menganjurkan Karnival Rakan Muda Peringkat Parlimen Beaufort, bergiat aktif dalam pelbagai program kemasyarakat dan hampir terlibat dalam kesemua program Rakan Muda yang dianjurkan. Malah, dibawah kepimpinan Rynille Peter juga munculnya laman blog KRMB ini.


Muhd Junidin Jamlan
Presiden KRMB Ketiga hingga Kini
Berasal dari Taman Wawasan, Beaufort, Muhd Junidin Jamlan adalah orang lama dalam KRMB. Ternyata perlantikkan beliau ke jawatan Presiden amat mudah kerana kepercayaan memang diletakkan ke atasnya berdasarkan pengalaman dan bakat yang ada. KRMB mengalami banyak transformasi dibawah kepimpinan Muhd Junidin. Transformasi yang paling berkesan sekali ialah rasminya pendaftaran penubuhan KRMB di Jabatan Perdaftar Pertubuhan. Ini adalah sumbangan terbesar beliau dalam memacu hala tuju KRMB. Selain itu, KRMB juga telah mempunyai bangunan sendiri apabila Pusat Siber Rakan Muda berjaya disiapkan dan sekarang Pejabat KRMB sedang dalam proses 'renovation'. KRMB juga semakin matang apabila berjaya menubuhkan pasukan bola sepak dan futsal KRMB yang aktif dalam kejohanan tempatan. Setakat ini KRMB tidak pernah gagal dalam menjayakan program Rakan Muda yang dianjurkan di kawasan Parlimen Beaufort.


Mohd Nadzley Harith
Penasihat Bukan Eksekutif KRMB
Berasal dari Kampung Selagon, Beaufort, Mohd Nadzley Harith bukanlah orang asing dalam dunia Rakan Muda dan Belia. Bersama KRMB sebagai Exco sehinggalah dilantik menjadi Exco Kanan, kredibilitinya tidak dipertikaikan lagi. Maka dengan itu jugalah dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu, KRMB telah sepakat melantiknya sebagai Penasihat Bukan Eksekutif KRMB. Idea, kreativiti serta pengalaman yang ada cukup untuk menidakkan ketiadaannya dalam KRMB.


Suardi Kadir
Bekas Ecxo KRMB
Berasal dari Kampung Bekalau, Beaufort, Suardi Kadir telah berjaya memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dunia siber KRMB. Ideanya yang mengusulkan KRMB menubuhkan satu laman blog khas buat KRMB ternyata berhasil dan bermanfaat. Pernah bertindak sebagai Ecxo dalam KRMB, ternyata sumbangan beliau tidak harus dilupakan begitu sahaja.


Mohd Noh Isir
Bekas Timbalan Presiden KRMB
Berasal dari Kampung Kebatu, Beaufort, Mohd Noh merupakan Timbalan Presiden terbaik yang pernah dimiliki oleh KRMB. Bakat memimpin, kreativiti, kerajinan dan keberaniannya cukup diingati dan dirindui oleh ahli-ahli KRMB.


Mohd Helmi Tuah
Bekas Timbalan Presiden KRMB
Berasal dari Taman Wawasan, Mohd Helmi Tuah adalah Timbalan Presiden KRMB yang amat setia kepada tugas dan ketuanya. Dilihat sebagai pemimpin yang bersih dan berdedikasi, beliau meletakkan jawatan di saat kemuncak prestasinya. Namun, kerjaya sebagai anggota Polis Diraja Malaysia lebih utama.


Mohd Ezwan Hj Salleh
Bekas Exco KRMB
Berasal dari Kampung Kota Klias, Beaufort, Mohd Ezwan lebih dikenali sebagai 'Otai' dalam KRMB. Pengalaman dan semangat yang ada padanya nyata sukar dicari ganti. Sumbangannya dalam mendidik pemimpin pelapis dalam KRMB adalah antara yang perlu dihargai generasi KRMB masa kini


Azrul Azwan Abd Lamin
Bekas Exco KRMB

Berasal dari Kampung Brunei, Membakut, Azrul Azwan antara anggota KRMB yang berada dalam KRMB sejak mula lagi. Oleh kerana bakat dan gaya kepimpinan positif yang ada padanya, KRMB tidak pernah melupakannya dan hingga kini, beliau masih lagi aktif bersama KRMB.

* To Be Continue...

6 comments:

Anonymous said...

ada ramai lg bah kan org kuat krmb,durang suma best2 ba

nija

Anonymous said...

JASA KALIAN SEMUA AMAT DIHARGAI. MARI KITA IKUT SARANAN MISS LIZA, BERSATULAH KITA UNTUK MASA DEPAN KRMB.

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

yahh sokong ezwan salleh...
jasamu tatap dikanang

Anonymous said...

tu nyangku c bob, lakat lg bah ya sama krmb...hehe

karbau tumbir

Anonymous said...

bravo2...

tembuakar luagan

Anonymous said...

salam,
terima kasih kepada kelab rakan muda kerana menghargai kami2,walau di mana pn kami2 berada...kami tetap memberikan sokongan padu pada kelab yg kita sayangi.


salam sayang untuk semua,
mohd ezwan haji salleh.