Friday, April 16, 2010

SISTEM E-DAFTAR KRMB


E-Daftar Keahlian KRMB.



Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,


Perhatian kepada semua komuniti Rakan Muda di kawasan Parlimen Beaufort, anda kini boleh menjadi ahli KRMB secara online. Lebih mudah, senang dan menjimatkan masa. Ini adalah inisiatif terbaru yang dibawakan khas untuk anda oleh KRMB.


Akses ini anda boleh capai dengan klik pada ruangan "BORANG KEAHLIAN KRMB". Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi ahli KRMB :-


1. Umur 15 hingga 25 tahun.


2. Berasal atau menetap di kawasan Parlimen Beaufort.


3. Bersedia dan berminat untuk menyertai mana-mana program Rakan Muda / Belia / Sukan.



Selamat Menjadi Ahli KRMB.
KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.



Tuesday, April 6, 2010

KAUNTER KRMB DIBUKA......


Selamat Datang Ke Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya KRMB....


Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,

Hari ini adalah Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya bersama pemimpin KRMB. Oleh yang demikian, semua ahli-ahli KRMB dan komuniti Rakan Muda serta masyarakat boleh mengajukan soalan, memberi pandangan atau ulasan, mengusulkan idea dan buah fikiran tentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan KRMB dan Rakan Muda. Anda boleh mencadangkan apa-apa program yang harus dilaksanakan oleh KRMB, berdiskusi berkenaan masa depan KRMB serta lain-lain lagi. Segalanya anda boleh lakukan dengan memberikan komen ada di dalam post ini.

InsyAllah, pemimpin KRMB akan memberi respon dan pandangan secara terus kepada anda. Segala kerjasama anda amatlah dihargai dan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Namun sebagai peringatan, anda adalah dilarang memberi komen atau pandangan yang bersifat negatif, memburukkan orang lain atau seumpamanya kerana pihak KRMB tidak akan menyiarkan mana-mana komen yang dianggap tidak bertanggungjawab. Sekian & Terima Kasih.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Monday, April 5, 2010

JASAMU TETAP DIKENANG....


Rakan Muda, Yakin Boleh Gemilang.................



Seperti yang sedia maklum, bahawa khidmat Penggerak Rakan Muda dalam Kementerian Belia & Sukan Malaysia sudah ditiadakan. Pihak KRMB amat bersedih dan secara peribadi mahukan jawatan Penggerak Rakan Muda ini dikembalikan seperti sedia kala.


Oleh yang demikian, KRMB dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih dan beribu penghargaan kepada bekas-bekas Penggerak Rakan Muda Beaufort yang pernah menabur bakti dan berjuang dalam memertabatkan perjuangan serta pembangunan KRMB secara total dan tuntas. Jasa dan pengorbanan kalian amat kami hargai dan sanjungi dari dahulu, kini dan selamanya.


Mereka yang KRMB maksudkan adalah saudara Mohd Halbi bin Abd Hassan (2006-2008) dan saudari Rayyan binti Amsir (2009). Terima Kasih Atas Segalanya.



Walaupun sudah memiliki kerjaya tetap, sumbangan dan jasa yang dicurahkan pada KRMB tidak akan dilupakan. Semoga berjaya dalam medan perjuangan yang lain.

DIRGAHAYU KRMB


Sekalung penghargaan buat wira-wira KRMB.

Bersempena Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya, Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) yang akan dilaksanakan pada 06hb April 2010, KRMB akan menyingkap serba sedikit mengenai sejarah, pencapaian, kejayaan, kegagalan dan segala cabaran yang pernah dihadapi oleh KRMB semenjak penubuhannya hampir 3 tahun yang lalu.

Unit Pengurusan Laman Blog KRMB dengan kerjasama Kepimpinan KRMB akan memaparkan seberapa banyak paparan yang berkaitan dengan KRMB untuk tatapan dan pengetahuan semua ahli-ahli serta pengunjung setia blog KRMB ini. Ini adalah salah satu daripada komitmen kami untuk menaikkan kembali laman blog KRMB dan KRMB itu secara keseluruhannya demi kepentingan semua pihak.

Sebagai permulaan, KRMB mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada beberapa individu atau lebih tepat orang kuat KRMB yang selama ini banyak membantu menaikkan dan melonjakkan KRMB ke arah kecemerlangan dan kegemilangan daripada dahulu hinggalah sekarang..

SEKAPUR SIRIH SECEBIS KASIH


Abd Rahim Jalani
Presiden KRMB yang Pertama
Berasal dari Kampung Brunei, Membakut, Abd Rahim Jalani mendapat kepercayaan daripada Ahli Jawatankuasa Penaja KRMB untuk menerajui KRMB berdasarkan pengalaman dan kekuatan yang ada pada dirinya. Di bawah pentadbiran beliau, KRMB memulakan langkah yang ternyata memberi impak yang tinggi kepada KRMB. Antara pencapaian yang digapai ialah berjaya mendapatkan keahlian seramai 458 orang pada 3 bulan pertama penubuhan. Selain itu, KRMB walaupun pada masa itu masih muda, tetapi pelbagai program bersama telah berjaya direncanakan bersama Penggerak Rakan Muda Beaufort masa itu, Mohd Halbi Abd Hassan seperti menjayakan Program Senamrobik Hujung Minggu, Malam Mesra Aidilfitri Rakan Muda Parlimen Beaufort dan banyak lagi.


Rynnille Peter
Presiden KRMB yang Kedua
Berasal dari Kampung Jampangah, Beaufort, Rynnille Peter berjaya meletakkan KRMB ke paras yang maksima. Tidak keterlaluan dikatakan semasa kepimpinan beliau, KRMB mencapai zaman kegemilangannya. Ianya bermula dengan majlis yang penuh bersejarah pada 03 Mac 2008 di mana Kelab Rakan Muda Beaufort telah dilancarkan oleh YB Dato' Hjh Azizah DSP Hj Mohd Dun, Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Beaufort pada masa itu. Sejak itu, KRMB tidak menoleh ke belakang lagi, pelbagai kejayaan ditempa antaranya berjaya menganjurkan Karnival Rakan Muda Peringkat Parlimen Beaufort, bergiat aktif dalam pelbagai program kemasyarakat dan hampir terlibat dalam kesemua program Rakan Muda yang dianjurkan. Malah, dibawah kepimpinan Rynille Peter juga munculnya laman blog KRMB ini.


Muhd Junidin Jamlan
Presiden KRMB Ketiga hingga Kini
Berasal dari Taman Wawasan, Beaufort, Muhd Junidin Jamlan adalah orang lama dalam KRMB. Ternyata perlantikkan beliau ke jawatan Presiden amat mudah kerana kepercayaan memang diletakkan ke atasnya berdasarkan pengalaman dan bakat yang ada. KRMB mengalami banyak transformasi dibawah kepimpinan Muhd Junidin. Transformasi yang paling berkesan sekali ialah rasminya pendaftaran penubuhan KRMB di Jabatan Perdaftar Pertubuhan. Ini adalah sumbangan terbesar beliau dalam memacu hala tuju KRMB. Selain itu, KRMB juga telah mempunyai bangunan sendiri apabila Pusat Siber Rakan Muda berjaya disiapkan dan sekarang Pejabat KRMB sedang dalam proses 'renovation'. KRMB juga semakin matang apabila berjaya menubuhkan pasukan bola sepak dan futsal KRMB yang aktif dalam kejohanan tempatan. Setakat ini KRMB tidak pernah gagal dalam menjayakan program Rakan Muda yang dianjurkan di kawasan Parlimen Beaufort.


Mohd Nadzley Harith
Penasihat Bukan Eksekutif KRMB
Berasal dari Kampung Selagon, Beaufort, Mohd Nadzley Harith bukanlah orang asing dalam dunia Rakan Muda dan Belia. Bersama KRMB sebagai Exco sehinggalah dilantik menjadi Exco Kanan, kredibilitinya tidak dipertikaikan lagi. Maka dengan itu jugalah dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu, KRMB telah sepakat melantiknya sebagai Penasihat Bukan Eksekutif KRMB. Idea, kreativiti serta pengalaman yang ada cukup untuk menidakkan ketiadaannya dalam KRMB.


Suardi Kadir
Bekas Ecxo KRMB
Berasal dari Kampung Bekalau, Beaufort, Suardi Kadir telah berjaya memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dunia siber KRMB. Ideanya yang mengusulkan KRMB menubuhkan satu laman blog khas buat KRMB ternyata berhasil dan bermanfaat. Pernah bertindak sebagai Ecxo dalam KRMB, ternyata sumbangan beliau tidak harus dilupakan begitu sahaja.


Mohd Noh Isir
Bekas Timbalan Presiden KRMB
Berasal dari Kampung Kebatu, Beaufort, Mohd Noh merupakan Timbalan Presiden terbaik yang pernah dimiliki oleh KRMB. Bakat memimpin, kreativiti, kerajinan dan keberaniannya cukup diingati dan dirindui oleh ahli-ahli KRMB.


Mohd Helmi Tuah
Bekas Timbalan Presiden KRMB
Berasal dari Taman Wawasan, Mohd Helmi Tuah adalah Timbalan Presiden KRMB yang amat setia kepada tugas dan ketuanya. Dilihat sebagai pemimpin yang bersih dan berdedikasi, beliau meletakkan jawatan di saat kemuncak prestasinya. Namun, kerjaya sebagai anggota Polis Diraja Malaysia lebih utama.


Mohd Ezwan Hj Salleh
Bekas Exco KRMB
Berasal dari Kampung Kota Klias, Beaufort, Mohd Ezwan lebih dikenali sebagai 'Otai' dalam KRMB. Pengalaman dan semangat yang ada padanya nyata sukar dicari ganti. Sumbangannya dalam mendidik pemimpin pelapis dalam KRMB adalah antara yang perlu dihargai generasi KRMB masa kini


Azrul Azwan Abd Lamin
Bekas Exco KRMB

Berasal dari Kampung Brunei, Membakut, Azrul Azwan antara anggota KRMB yang berada dalam KRMB sejak mula lagi. Oleh kerana bakat dan gaya kepimpinan positif yang ada padanya, KRMB tidak pernah melupakannya dan hingga kini, beliau masih lagi aktif bersama KRMB.

* To Be Continue...

Saturday, April 3, 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN KRMB SECARA MAYA


Transformasi KRMB menuju Status KRM Berprestasi Tinggi.

Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera...

Perhatian kepada semua ahli KRMB, komuniti Rakan Muda, Masyarakat dan orang awam bahawa Kelab Rakan Muda Beaufort akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya di Laman Blog Rasmi KRMB ini pada ketetapan seperti yang berikut :-


Tarikh : 06 April 2010 (Selasa)
Masa : 10.00 Pagi - 3.30 Petang


Objektif utama KRMB mengadakan program ini adalah untuk mengenalpasti kehendak dan keperluan ahli-ahli KRMB dan generasi muda masa kini yang perlu diberi perhatian oleh KRMB. Program ini juga akan membantu KRMB meningkatkan prestasi, menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan cara yang efisien serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin KRMB dan masyarakat.

Dimaklumkan bahawa Penasihat Bukan Eksekutif KRMB, Mohd Nadzley Harith, Presiden KRMB, Muhd Junidin Jamlan, Timbalan Presiden KRMB, Noralizawati Matsam akan 'online' sepanjang tempoh tersebut. Semoga inisiatif daripada KRMB ini akan memberi manfaat yang berguna kepada bangsa, agama dan negara secara keseluruhannya bagi mendukung aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Friday, April 2, 2010

DIN BERAMBOI DALAM KENANGAN


Belasungkawa Din Beramboi 1966-2010....


Hari ini, 02 April 2010 dunia seni tanah air kehilangan sebutir lagi permata yang amat bersinar apabila Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 12.30 tengah malam akibat komplikasi kegagalan organ dalaman dan buah pinggang akibat serangan demam denggi berdarah.


KRMB mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin. AMIN..


AL-FATIHAH..............