Saturday, March 13, 2010

SAFWAN (KECIK) : ASAL DARI "RAKAN MUDA"


Safwan semasa mengikuti program Rakan Muda.


Telatahnya selalu menceriakan suasana. Gayanya sering mendatangkan keriangan. Sikapnya disenangi semua. Akhirnya, Safwan Mandeaming kini bergelar seorang juara. Pada 7 Mac 2010 mencatatkan sejarah tersendiri apabila kumpulan KECIK yang dianggotai oleh Safwan dan sahabatnya, Achoe diumumkan sebagai Juara Pertandingan Akhir Gelanggang Raja Lawak Astro musim ke 4.

Seluruh pemimpin dan ahli-ahli Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Safwan atas kejayaan ini. Ini satu lagi bukti nyata bahawa 'produk' Rakan Muda sememangnya berkualiti dan mampu merubah segalanya. Bermula dengan program kemasyarakatan, Safwan mula secara aktif terlibat dalam program-program Rakan Muda anjuran Pejabat Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort, Kelab Rakan Muda Beaufort dan Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah antaranya Kem Pesona Remaja - Survivor Rakan Muda Edition, Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN), Senamrobik Hujung Minggu, Kursus Asas Belia Berpersatuan, Kursus Asas Perniagaan, Program Youth To Youth (Y2Y) Peringkat Parlimen, Kem Gaya Hidup Rakan Muda, Kursus Asas Sukarelawan Rakan Muda Bahagian dan banyak lagi.

KRMB mendoakan semoga Safwan akan terus berjaya dan mengharungi dunia artis dengan kecekalan dan 'pandai-pandailah membawa diri' kerana KRMB yakin segala ilmu yang dikaut sepanjang mengikuti program-program Rakan Muda mampu menjadi panduan dan pedoman yang berguna kepadanya.

Kepada KECIK, tahniah diucapkan. ASAL DARI KAMPUNG, ASAL DARI RAKAN MUDA, ASAL DARI BEAUFORT. KRMB :- Satu Perjalanan Ke Masa Depan.


Safwan & Achoe berkenalan semasa program PJKN.


Aksi KECIK di dalam Raja Lawak.

6 comments:

Anonymous said...

ia, safwan nie mimang lawak, masa pjkn d kk slalu jak dia wat lawak bodoh dgn c achoe..rindu mahu jumpa durang dengan kem kom, leftenan muda matlen..lisa

Anonymous said...

KECIK BEST..
IDLAN PALING BURUK

Anonymous said...

caya la kecik..sa suka kamu, kamu mimang layak jd juara..nda sangka rupanya dr program rakan muda dia ni

asal dr kampong

Anonymous said...

alex pun best ba

Anonymous said...

AFUNDI ALEX

Anonymous said...

AFUNDI ALEX