Thursday, March 11, 2010

ANTARA PANDANGAN DAN KEBIADAPAN


Keratan akhbar untuk menggesa Kelab Rakan Muda dibubarkan.....


Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) melahirkan perasaan kesal dan membantah atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Muammar Gaddafi Jamal Wira atas gesaan supaya Kelab Rakan Muda (KRM) di seluruh Malaysia dibubarkan kerana berpendapat fungsi KRM sudah tidak relevan untuk memenangi hati belia masa kini.

Bagi KRMB, kenyataan ini adalah kenyataan yang tidak berasas dan dilakukan kerana tidak memahami tugas, peranan dan fungsi KRM secara zahiriah dan total. Adalah cukup menyedihkan Gerakan Belia 4B yang disifatkan sebagai organisasi 'abang' nampaknya lebih suka melihat 'adik' dimusnahkan dan mahu membolot segala fungsi KRM yang selama ini ternyata berjaya melahirkan generasi muda yang berkaliber, berwawasan dan cemerlang.

Usah mendabik dada kerana di mana-mana negara sekalipun, tidak pernah sebuah pergerakan mengaku dia lebih 'afdal' dan lebih 'bagus' untuk menjalankan peranannya kerana setiap organisasi menjalankan matlamat mengikut gagasan dan acuan masing-masing. KRMB amat sedih kerana budaya cantas-mencantas dan 'membuli' dengan niat untuk melupuskan serta tidak memandang langsung nilai dan kebaikan yang ada pada KRM seluruh Malaysia masih lagi berleluasa dan tambah buruk lagi ianya dilakukan oleh sebuah organisasi yang KRM sendiri tidak faham sejauhmanakah peranan organasasi itu berjaya dalam menjalankan agendanya.

Bak kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri, eloklah cerminkan diri dulu sebelum bertindak mencadangkan cadangan yang jumud dan sinis itu. Kenapa jika rasa KRM gagal menjalankan peranannya, hulurkan saja tangan untuk berganding bahu dan menjalinkan kerjasama rapat kerana KRM merangkumi skop pembangunan remaja dari peringkat awal umur dan sebati diperingkat akar umbi. Jangan jadi si bacul, berkokok kuat di luar gelanggang tetapi hakikatnya takut dengan bayang-bayang sendiri.

KRMB tetap menyokong KRM seluruh Malaysia. 1 KRM 1 Suara 1 Malaysia. Pertahankan KRM demi maruah generasi muda.


14 comments:

Anonymous said...

SALAM, SAYA SEBAGAI AHLI KRMB BERASA GEMBIRA SEBAB AKHIRNYA LAMAN BLOH KRMB INI BERJAYA DIAKTIFKAN BALIK. SAYA JUGA TERKEJUT KERANA BLOG KRMB SUDAH BANYAK MEMAPARKAN PERKEMBANGAN SEMASA.

TERGERAK HATI SAYA UNTUK MEMBUKA BLOG INI DAN AKHIRNYA TERNYATA SUDAH ADA PERUBAHAN. KEPADA SEMUA KAWAN2 MARILAH KITA KEMBALI BERKAMPUNG DI BLOG INI KERANA IANYA SUDAH AKTIF KEMBALI. SAYA JUGA MAHU MEMBERI KOMEN MENGENAI CADANGAN DARI PRESIDEN BELIA 4B YANG MAHU MEMBUBARKAN KELAB RAKAN MUDA. SAYA AMAT NDA SETUJU DAN MAHU DIA UNTUK MEMINTA MAAF ATAS KECELUPARAN MENGELUARKAN KENYATAAN YANG BERNIAT JAHAT. SAYA MOHON SMUA AHLI KRMB BERSATU DALAM HAL INI DAN KITA MEMBANTAH ATAS CADANGAN YANG TERNYATA BERNIAT JAHAT ITU.

SEKIAN, TRIMA KASIH

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

eii siuk bah ada blog krmb sudah..eiii best...tp yg nda best knapa krm ni pla mahu d bikin tutup? eii penjahat bah itu urang...eiii geram sia

Petronella

Anonymous said...

idop krmb...ini yg sy mahu...idop krmb...

Anonymous said...

congtrats KRMB..
i hope the new admin will do the best for krmb. i hope this blog wake up and go to the future..

One In A Million Teen In Sipitang

Anonymous said...

kurang ajar btul ba cadangan kelab rkn mda d bubar..tiada otak punya org, akal kelapa sawit.

orang kampung bah ini

Anonymous said...

ui sapa 4b tu? bidanya..
klu gtu 4b pn bbar la, sbb dorg pn x relevan ba...

danial mustapa
lokup villa, likas

Anonymous said...

skng apa yg noordin cakap...ko mmg malatop..sy suka krmb..truskan usahamu krmb..

Anonymous said...

ak malas mo ckp byk sbb nda guna, bckp sama urang yg x fhm bahasa ni mmg ssh, ak bg pantun ja pd phk yg ckp krm perlu di bubar tu, klu sudi jwb la ahh

surung papan tarik papan
buah keranji atas perahu
kami tahu la ko dulu mkn belacan
tp otak pn jgn mcm belacan jua tahu

x-klas

nasir papar

Anonymous said...

ASTAGA..KENAPA PULA MAU BUBAR?
APA ALASAN? SIBUK JAK BAH..
MAU JADI HERO LA TU KUNU
4B PIGILAAAAA

URSULA

Anonymous said...

welcome to the club......hehehehe

mmg betul pun belia 4b ne tak puas ati dgn krm sbb krm byk d i beri advantage..utk jthkn krm mmg mcm tu ja la alternatif mereka..fikiran asyik nak mjatuhkan org lain..akal p mana?..aiya..why not bgerak sebagai satu utk majukan bakal pmimpin kan?ne tida,hasad dengki tuh masih ada la...susah la mau maju mcm ne...

==> asal dr kampung, meggi suda kembang ;)

Anonymous said...

nilah akibat kalau busuk hati, krm tida pnh kacau bah belia 4b tu, durang pula bah yg buat kacau

apa durang ingat krm ni bapa durang ka yg punya

guna akal dan fikiran la sebelum bcakap, dr kecil lg mama bapa sdh ajar kan dr rumah spya bersopan, tp nda tahu la kalau ada jua mama bapa yang nda pandai mengajar anaknya kan

cukup2 la menghina kami ni, kelab rakan muda x pnh minta di layan baik2, tp ingatlah tanpa krm tiada sapa mahu bminat sertai persatuan belia.

azura singaman

Anonymous said...

KORANG TAK PAYAH LAYAN, BELIA 4B TU JELOUS LE TU TENGOK KEMAJUAN KELAB RAKAN MUDA SEMALAYSIA.

Anonymous said...

eh teda2 bh mau kasi bubar..

miragi

Anonymous said...

apa pula krm mahu dibubar, apa la cdgn ni..lisa