Wednesday, December 23, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KRMB


Mesyuarat Agung Tahunan KRMB datang lagi........................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Perhatian kepada semua ahli KRMB di seluruh kawasan Parlimen P.177 Beaufort, anda semua dengan ini adalah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan KRMB Kali Ke 4 (pertama kali selepas kelulusan ROS) yang akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :-


Tarikh : 02 Januari 2010
Masa : 2.00 Petang
Venue : Pusat Siber, Pusat Kegiatan Rakan Muda,
Wisma Arjuna, Beaufort.


Berikut adalah Agenda Mesyuarat Agung Tahunan :-


01. Ucapan Oleh Presiden KRMB
02. Ucapan Oleh Penggerak Rakan Muda Beaufort
03. Pemilihan & Perlantikan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari & 20 Ahli Majlis Tertinggi KRMB
04. Perancangan Aktiviti & Program KRMB 2010
05. Hal-Hal Lain


Semua ahli KRMB dan kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjadi ahli KRMB adalah dialu-alukan untuk menghadiri mesyuarat ini. Jemputan menerusi telefon ataupun surat akan menyusul dalam masa terdekat. Tunaikanlah kewajiban anda sebagai ahli dan kepada semua mereka yang lantang memberi pandangan dan idea di dalam blog KRMB, kehadiran anda adalah diwajibkan.

Semoga Mesyuarat Agung Tahunan kali ini akan berjaya memantapkan lagi perpaduan dikalangan ahli-ahli & pemimpin KRMB dan memacu ke arah yang lebih gemilang dan terbilang.

Sekian dan terima kasih.

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan



Yang benar,

NURUL HARDY BIN JAPAR

Setiausaha Agung
Kelab Rakan Muda Beaufort.




*Pengundian untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB boleh dilakukan di post ini.

12 comments:

Anonymous said...

asalammualaikum suma,kepada yg ingin mengikuti KRMB sila dtg pada hari tersebut,sy menyeru agar smua rakan2 dpt memberi kerjasama untuk hadiR msyuarat pada kali ini,



MR.PRESIDEN

Anonymous said...

SAYA MENGHARAPKAN AGM KALI INI MAMPU MENGUBAH HALUAN KRMB KE ARAH YANG LEBIH GEMILANG. APAPUN SAYA MENYOKONG SUPAYA MR PRESIDEN DIKEKALKAN UNTUK JAWATAN PRESIDEN BAGI PENGGAL AKAN DATANG. HIDUP PRESIDEN.

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

yayaya..sia pn sukung tu mr jo kekal presiden

jd, sia pun undi dia la...

slyvia anthony

Anonymous said...

sa pun sokong mr joe sbg presiden kelab kita ni

Professor Malam

Anonymous said...

wat jemputan rasmi geng,by sms, by calling, by letter or by poster...orait..

Salipar Jipun

Anonymous said...

bah...
ngam la ni...
tp,kekalkn presiden utk penggal hadapan..
mybe perlu ubah sdikit struktur kepimpinan kelab ne..
kasi mantap lg sket kn..
ne cadangan lh..
hehehe..

FRIEND

Anonymous said...

sia pun hrp presiden kekal...eii bidanya itu klu presiden org lain..eii

Petronella

Anonymous said...

undilah naib presiden krmb, cik liza

jaja....mentulud..

Anonymous said...

kmi mnyokong jooe bor sbg presiden & kmi mngundinya dgn spenuh hati..akaka..

KRT Taman wawasan

Anonymous said...

GLORY GLORY UNITED
GLORY GLORY UNITED

TO BE A CHAMPION

TO ALL SUPPORTER OF CHELSEA, ARSENAL AND LIVERPOOL, TRY NEXT SEASON TO BECAME CHAMPION...KASIAN DELO....

MAN UTD 4 EVER....

Anonymous said...

syed muhamad alqap is right..vote him...

st paul student

Anonymous said...

joooooooooooooooooobOOOOOOOOOOOrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr,







YB.SANDAKAN