Wednesday, December 16, 2009

BOLASEPAK SUKAN SEA : MAMPUKAH MALAYSIA MENJULANG EMAS?


Adakah emas yang akan dibawa pulang?..................................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Esok, 17hb Disember 2009 akan menentukan sama ada Malaysia akan mencatat sejarah atau terus parah dengan kekecewaan. Perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea Ke-22 di Laos menampilkan pasukan negara kita, Malaysia bertemu Vietnam di Stadium Nasional Viantine, Laos tepat jam 6.00 petang.

Jika menang, Malaysia akan menamatkan penantian 20 tahun menggapai emas yang kali terakhir dikecapi ketika Malaysia menjadi tuanrumah Sukan Sea pada tahun 1989. Ini juga merupakan kejayaan Malaysia menang pingat emas di luar Malaysia. Kali terakhir Malaysia mara ke perlawanan akhir Sukan Sea di arena luar adalah di Jakarta, Indonesia pada tahun 1987.

Jika tewas, Malaysia akan pulang dengan pingat perak untuk sekian kalinya. Ini juga menunjukkan bahawa badi tanpa gelaran dalam mana-mana kejohanan antarabangsa juga masih lagi melekat bersama Malaysia. Sampai bila peminat bolasepak Malaysia terus ditipu dan diperdaya dengan segala macam perancangan dan janji-janji manis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Bukan itu yang dimahukan tetapi kejuaraan yang didambakan hampir 27 juta rakyat Malaysia.

Pihak RTM dan TV3 akan menyiarkan perlawanan akhir ini pada jam 6.00 petang. Tahniah kepada kedua stesen televisyen ini yang ternyata amat memahami kehendak dan perjuangan pasukan bola sepak negara kita. Seluruh warga KRMB mendoakan kejayaan Malaysia untuk meraih emas dan KRMB sememangnya optimis Malaysia akan memenangi final kali ini.

Hidup Malaysia...1 Malaysia....
Jangan ke mana-mana jam 6.00 petang esok, pastikan anda sebahagian daripada mereka yang melihat sejarah lakaran pasuka bola sepak Malaysia. Kepada ahli-ahli KRMB boleh meramalkan apakah keputusan perlawanan akhir ini esok di dalam post komen. Sokongan dan pendapat anda amat dihargai.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan



* Pengundian Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB tahun 2009 boleh dilakukan di post ini.

18 comments:

Anonymous said...

hah..thanks admin bg pluang pd sa bt ramalan..sa ramal malaysia menang bah, 2-1 jak kali..sa mahu malaysia menang, sa panas hati malaysia kalah sama vietnam hari tu sbb pengadil bduh...malaysia..

Professor Malam

Anonymous said...

SAYA MERAMALKAN MALAYSIA 3-0 VIETNAM..SAYA OPTIMIS MALAYSIA BERJAYA KALI INI SETELAH MELIHAT GAYA PERMAINAN MALAYSIA YANG BAGUS DAN MANTAP. SEMOGA BERJAYA

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

bah, awu baiktah isuk smua jan ke mana-mana pukul anam atu, mari tah kita mengadap tibih..awu ramalanku malaysia manang jua, 2-0...emas kompom tu

Ular Sawa

Anonymous said...

i think malaysia will wait 4 2 year in 2011...vietnam is one of the best team ever in asean. i really they also make setting to be win...

vietnam win on penalty shoot.

One In A Million Teen In Sipitang

Anonymous said...

malaysia 4-0 vietnam...

Uptown GuRL

Anonymous said...

ko ni OIAM, napa bh ko ckp malaysia kalah...ko ni x patriotik bah..sa sukung malaysia tanah tumpah darah sa..

Professor Malam

Anonymous said...

jgn kmu menghrp..klah la tue klu kmu menghrp..nda pcya kita tingu..

usup man toba

Anonymous said...

allu..saya budak baru dalam ini blog..saya harap saya diterima baik di sini..my name georgio..nice to know u all...

saya rasa malaysia 3-1 vetnama, kita kasi balik bah sama durang

saya undi mr presiden

Anonymous said...

emas..sy sdh minta tlg bomoh..dia bilang malaysia mng 2-0..

al-tengok al-tegur SDN BHD

Anonymous said...

MALAYSIA WIN 3-0 BAH..SAYA YAKIN..MALAYSIA KUAT SKANG NI BAH, SAMA KUAT MCM MANCHESTER UNITED...MU SAPA MO LAWAN OH, STAKAT CHELSEA, ARSENAL BOLEH JALANLAH..LIVERPOOL LAGI BULIH BALIK KAMPUNG LAH..

DUTA KRMB D TAMAN WAWASAN

Anonymous said...

malaysia akan menang bergaya..malaysia boleh..malaysia boleh..

malaysia menang 2-0

Anonymous said...

aiya...
vetnam manyak kuat ma..
jgn telalu menghalap ma..
menang ok la..
kalah apa mahu bikin ma..
aiya...

Lim Tat

Anonymous said...

JUNIDIN JAMLAN THE GREATEST

VOTE HIM..

LISA

Anonymous said...

undila rynel peter untuk kesejahtertaan anda..hidup malaysia...

I am Not single

Anonymous said...

kamuuuu undi c joeee, ak undi c juuu...power rangez warna pink tu...hahahahahhahahahahaa...

sekuriti taman wawasan

Anonymous said...

ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA PASUKAN MALAYSIA MENANG 1-0...PENANTIAN SELAMA INI AKHIRNYA TAMAT DI SINI. TAHNIAH MALAYSIA.

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

tahniah malaysia
tahniah rakyat malaysia
thanks rajagobal n player

Anonymous said...

sa bangga jd anak malaysia...

Professor Malam