Thursday, December 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010

Selamat datang 2010.........................................................

Salam 1 Malaysia & Salam Rakan Muda,

Kepada semua ahli KRMB dan pengunjung laman blog ini, barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi KRMB mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru ini akan mendatangkan seribu kebahagiaan dan mampu merubah serta perspektif dalam hala tuju kehidupan anda.

KRMB mengharapkan tahun 2010 menjadikan KRMB menjadi sebuah Kelab Rakan Muda yang berjaya, berwawasan dan menuju ke arah kesinambungan yang konsisten dalam menjayakan dasar-dasar serta peranan yang diamanahkan kepada KRMB.

Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan




* Pengundian Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dibuat di post ini.

Monday, December 28, 2009

UNDILAH KUMPULAN KECIK DALAM RAJA LAWAK MUSIM KE 4


Undilah Kecik dalam RAJA LAWAK.....................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Tahniah diucapkan kepada bekas peserta program Rakan Muda Bahagian Beaufort, saudara Safuan Madeaming kerana telah berjaya memasuki pertandingan Raja Lawak Astro Musim Ke 4 yang akan memulakan siarannya pada 03 Januari 2010 nanti. Safuan juga merupakan sukarelawan Rakan Muda yang banyak membabitkan diri dalam pelbagai program Rakan Muda, Belia dan Sukan di Bahagian Beaufort sama ada sebagai peserta atau sukarelawan.

Safuan dan pasangannya, Mohd Ilham akan bertanding sebagai kumpulan yang diberi nama KECIK akan bersaing bersama 9 peserta yang lain dalam pencarian Juara Raja Lawak Astro musim ke 4 ini. Untuk mengundi, taip LAWAK<>KECIK atau LAWAK<3/5/10> dan hantar ke 32999. Teruskan sokongan kepada Safuan Madeaming.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.



* Pengundian Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB tahun 2009 boleh dilakukan di post ini.

Thursday, December 24, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS


Hohoho....Merry Christmas..................................................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Presiden KRMB dan seluruh warga kepimpinan KRMB mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua ahli KRMB yang beragama Kristian yang akan menyambutnya pada 25 Disember 2009 ini. Semoga sambutan pada tahun ini akan dipenuhi dengan keceriaan dan teruskan sokongan kepada KRMB. Merry Christmas & Happy New Year!!!!............

"Saya mengucapkan Merry Christmas & Happy New Year kepada semua ahli KRMB. Saya akan pastikan kepentingan dan kebajikan ahli KRMB akan terus dijaga. Kepada ahli-ahli KRMB yang menyambutnya, awas nantikan kehadiran saya di rumah anda...Hehehe....." . Presiden KRMB, Muhd Junidin Jamlan.

"Merry Christmas & Happy New Year 2010. Moga sambutan tahun ini meriah dan aramaiti...Siapa-siapa yang akan Open House maklumkan pada KRMB ya" Naib Presiden KRMB, Noralizawati Matsam

"Selamat Hari Krismas pada sahabat-sahabat dan ahli KRMB yang meraikannya. KRMB memang best". Mohd Sharol Bin Saiman, Bendahari Kehormat KRMB.




OPEN HOUSE CHRISTMAS.....

Kepada semua kepimpinan KRMB, ahli-ahli KRMB dan sahabat handai kepada RYNNILLE PETER adalah dijemput untuk hadir ke Open House beliau yang akan diadakan pada 25 Disember 2009, bertempat di kediaman rasmi di Kampung Jampangah, Beaufort pada jam 1.00 petang. Hubungi beliau di talian 013-5448480 untuk info selanjutnya.


* Pengundian Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB tahun 2009 boleh dilakukan di post ini.

MENJELANG MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KRMB.....


Wisma Arjuna, lokasi AGM kali ini......................................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Pada 02 Januari 2010, tepat jam 2.00 petang Kelab Rakan Muda Beaufort akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke empat dalam sejarah penubuhannya dan AGM pada kali ini merupakan AGM yang terpenting dan penuh bersejarah. Kenapa bersejarah? kerana AGM pada kali ini buat pertama kalinya akan diadakan di 'rumah' KRMB iaitu di Pusat Kegiatan Rakan Muda, Tingkat 2, Wisma Arjuna, Beaufort. Sejarah kedua pula ialah AGM ini diadakan setelah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS), Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Sejarah ketiga, AGM ini diadakan kurang daripada tempoh penggal setahun yang sepatutnya dinikmati oleh kepimpinan KRMB sekarang.

Apapun sejarahnya, AGM pada kali ini sama fungsi dan peranan seperti AGM tahun-tahun yang lepas. Justeru, kepada semua ahli KRMB yang sudah mendaftarkan diri, kehadiran anda adalah diwajibkan. Presiden KRMB, saudara Muhd Junidin Jamlan dalam kenyataan rasminya menyatakan harapan untuk melihat sebahagian besar ahli-ahli KRMB dapat hadir ke AGM kali ini. Jemputan melalui panggilan telefon, poster dan melalui lamam blog rasmi KRMB juga telah dibuat. Perhatian juga kepada ahli-ahli KRMB yang mungkin tidak menerima jemputan rasmi melalui panggilan telefon mahupun surat, anda juga adalah dijemput secara rasmi hadir ke AGM ini. Presiden KRMB juga mahu kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai KRMB tapi masih belum mendaftar, juga boleh hadir ke AGM kerana meja pendaftaran keahlian KRMB juga akan di buka pada waktu itu.

Melihat kepada perkembangan semasa, AGM pada kali ini menyaksikan banyak persoalan dan hal yang mungkin dibangkitkan. Apakah persoalan itu? Untuk mengetahuinya anda perlu hadir ke AGM ini kelak. Khabar angin juga bertiup kencang bahawa Presiden KRMB mungkin akan dicabar oleh individu tertentu dalam pemilihan kali ini, tapi berdasarkan prestasi dan keadaan semasa, mencabar Presiden KRMB dilihat sia-sia kerana Presiden KRMB mempunyai penyokong yang ramai dan masih mendapat kepercayaan ahli-ahli KRMB untuk terus menerajui KRMB untuk penggal akan datang. Mungkin ruang agak terbuka luas untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan 20 Ahli Majlis Tertinggi KRMB. Sukarelawan baru yang dijangka akan ramai menghadiri AGM ini mungkin akan diberi peluang dan kepercayaan untuk menganggotai kepimpinan KRMB kerana sokongan daripada akabr umbi yang baru ini juga amat penting dalam kelangsungan kejayaan KRMB pada masa depan.

KRMB juga akan menjemput beberapa individu yang sebelum ini banyak menyumbang tenaga dan bakti dalam KRMB. Antaranya ialah bekas Presiden KRMB saudara Rynnille Peter, Mentor KRMB saudara Mohd Nadzley Harith, bekas Timbalan Presiden KRMB saudara Mohd Helmi Tuah dan saudara Muhamad Noh Isir, bekas Exco KRMB saudara Suardi Kadir, bekas Exco Penaja KRMB saudara Azrul Azwan Abd Laimn, Sukarelawan Bahagian Beaufort saudara Kahar Buntak, saudara Syed Muhammad Alqap, saudara Mohd Ezwan Hj Salleh dan beberapa nama lain.

Semoga AGM kali ini akan dapat menghasilkan output yang sempurna dan konsisten dalam membawa haluan KRMB ke arah yang lebih mantap, proaktif dan konsisten. 2010 mungkin tahun yang mencabar buat KRMB kerana akan bergerak sebagai sebuah kelab yang rasmi dan ramai mata yang akan melihat sejauhmanakah KRMB dapat menjalankan peranan yang telah diamanahkan kepadanya. Semoga KRMB akan terus maju untuk kepentingan komuniti Rakan Muda seterusnya menjamin status quo KRMB sebagai Kelab Rakan Muda yang mendahulukan ahlinya, mementingkan prestasinya.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.



* Pengundian Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dilakukan di post ini.

Wednesday, December 23, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KRMB


Mesyuarat Agung Tahunan KRMB datang lagi........................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Perhatian kepada semua ahli KRMB di seluruh kawasan Parlimen P.177 Beaufort, anda semua dengan ini adalah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan KRMB Kali Ke 4 (pertama kali selepas kelulusan ROS) yang akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :-


Tarikh : 02 Januari 2010
Masa : 2.00 Petang
Venue : Pusat Siber, Pusat Kegiatan Rakan Muda,
Wisma Arjuna, Beaufort.


Berikut adalah Agenda Mesyuarat Agung Tahunan :-


01. Ucapan Oleh Presiden KRMB
02. Ucapan Oleh Penggerak Rakan Muda Beaufort
03. Pemilihan & Perlantikan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari & 20 Ahli Majlis Tertinggi KRMB
04. Perancangan Aktiviti & Program KRMB 2010
05. Hal-Hal Lain


Semua ahli KRMB dan kepada sesiapa yang berhasrat untuk menjadi ahli KRMB adalah dialu-alukan untuk menghadiri mesyuarat ini. Jemputan menerusi telefon ataupun surat akan menyusul dalam masa terdekat. Tunaikanlah kewajiban anda sebagai ahli dan kepada semua mereka yang lantang memberi pandangan dan idea di dalam blog KRMB, kehadiran anda adalah diwajibkan.

Semoga Mesyuarat Agung Tahunan kali ini akan berjaya memantapkan lagi perpaduan dikalangan ahli-ahli & pemimpin KRMB dan memacu ke arah yang lebih gemilang dan terbilang.

Sekian dan terima kasih.

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan



Yang benar,

NURUL HARDY BIN JAPAR

Setiausaha Agung
Kelab Rakan Muda Beaufort.




*Pengundian untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB boleh dilakukan di post ini.

Saturday, December 19, 2009

TAHNIAH PASUKAN BOLASEPAK SUKAN SEA MALAYSIA : MIMPI MENJADI NYATA


Jumpa lagi di Sukan Sea Ke 26, Jakarta, Indonesia.......


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Tahniah. Tahniah & Tahniah. Itu sahaja ungkapan yang paling selayaknya dihamburkan kepada pasukan bolasepa Malaysia kerana berjaya memenangi pingat emas setelah berjaya menjinakkan Vietnam 1-0 hasil jaringan sendiri lewat permainan di babak kedua. Barisan anak didik K.Rajagobal ternyata berhasil memecahkan kebuntuan penantian 20 tahun untuk menggapai pengikhtirafan yang berprestij tersebut.

KRMB mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada pasukan Malaysia dan berharap ini merupakan satu permulaan kepada kejayaan yang lebih baik pada masa dan kejohanan yang akan datang. KRMB yakin pasukan yang ada pada penampilan kali ini adalah merupakan pasukan masa depan yang selama ini dinantikan oleh rakyat Malaysia. Malaysia Boleh.

Sebagai penghargaan, KRMB di sini mengimbas kembali perlawanan-perlawanan penting Malaysia dalam perjalanan menuju ke puncak bermula ketika mengejutkan Thailand 2-1, kemenangan bergaya di separuh akhir menentang Laos dan aksi final bertemu Vietnam yang seterusnya mencatatkan sejarah gemilang.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan


Malaysia 2-1 Thailand (Peringkat Kumpulan)

video



Malaysia 3-1 Laos (Separuh Akhir)

video


Malaysia 1-0 Vietnam (Perlawanan Akhir)

video




* Pengundian untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dilakukan di post ini.

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1431


Semoga tahun baru ini menjanjikan sesuatu yang baik dan positif......


Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431. Ma'al Hijrah atau Awal Muharram merupakan petanda bahawa kita memasuki tahun hijrah yang baru mengikut kalendar Islam. KRMB mendoakan semoga tahun hijrah yang baru ini akan membawa seribu keberkatan, kebahagiaan dan kesempurnaan dalam kehidupan kita.


Sejarah Ringkas Hijrah

UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi. Mengenai hijrah ke Yathrib, Rasulullah SAW ada menceritakan dalam hadisnya yang bermaksud: “Aku melihat dalam tidurku aku berhijrah dari Makkah ke satu tanah yang banyak pokok kurma. Pada mulanya aku menyangka Yamamah atau Hajar, rupa-rupanya ia adalah Madinah, iaitu Yathrib.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib).

Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar.

Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

Selamat Menyambut Maal Hijrah..


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan



*Pengundian Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dilakukan di post ini.

Wednesday, December 16, 2009

BOLASEPAK SUKAN SEA : MAMPUKAH MALAYSIA MENJULANG EMAS?


Adakah emas yang akan dibawa pulang?..................................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Esok, 17hb Disember 2009 akan menentukan sama ada Malaysia akan mencatat sejarah atau terus parah dengan kekecewaan. Perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea Ke-22 di Laos menampilkan pasukan negara kita, Malaysia bertemu Vietnam di Stadium Nasional Viantine, Laos tepat jam 6.00 petang.

Jika menang, Malaysia akan menamatkan penantian 20 tahun menggapai emas yang kali terakhir dikecapi ketika Malaysia menjadi tuanrumah Sukan Sea pada tahun 1989. Ini juga merupakan kejayaan Malaysia menang pingat emas di luar Malaysia. Kali terakhir Malaysia mara ke perlawanan akhir Sukan Sea di arena luar adalah di Jakarta, Indonesia pada tahun 1987.

Jika tewas, Malaysia akan pulang dengan pingat perak untuk sekian kalinya. Ini juga menunjukkan bahawa badi tanpa gelaran dalam mana-mana kejohanan antarabangsa juga masih lagi melekat bersama Malaysia. Sampai bila peminat bolasepak Malaysia terus ditipu dan diperdaya dengan segala macam perancangan dan janji-janji manis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Bukan itu yang dimahukan tetapi kejuaraan yang didambakan hampir 27 juta rakyat Malaysia.

Pihak RTM dan TV3 akan menyiarkan perlawanan akhir ini pada jam 6.00 petang. Tahniah kepada kedua stesen televisyen ini yang ternyata amat memahami kehendak dan perjuangan pasukan bola sepak negara kita. Seluruh warga KRMB mendoakan kejayaan Malaysia untuk meraih emas dan KRMB sememangnya optimis Malaysia akan memenangi final kali ini.

Hidup Malaysia...1 Malaysia....
Jangan ke mana-mana jam 6.00 petang esok, pastikan anda sebahagian daripada mereka yang melihat sejarah lakaran pasuka bola sepak Malaysia. Kepada ahli-ahli KRMB boleh meramalkan apakah keputusan perlawanan akhir ini esok di dalam post komen. Sokongan dan pendapat anda amat dihargai.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan



* Pengundian Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB tahun 2009 boleh dilakukan di post ini.

Tuesday, December 15, 2009

KURSUS AKREDITASI INSTRUKTUR SENAMROBIK KECERGASAN PERINGKAT NEGERI SABAH


Serlahkan bakat anda melalui senamrobik...............


Assalamualaikum WRT & Salam 1 Malaysia,

Untuk makluman, Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah akan menganjurkan Kursus Akreditasi Instruktur Senamrobik Kecergasan Peringkat Negeri Sabah yang bertujuan untuk melahirkan Instruktur Senamrobik Kecergasan yang bertauliah dan mampu menjana kepada pembangunan budaya masyarakat yang sihat dan bersenam. Kursus ini akan dilaksanakan seperti ketetapan yang berikut :-


Tarikh : 19hb - 24hb Disember 2009
Tempat : Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Jalan Taman Pasir Putih, Putatan.
Lapor Diri : 19hb Disember 2009 (Jam 5.00 Ptg hingga 6.00 Ptg)


Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini, bolehlah berhubung dengan pihak Pejabat Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort di talian 087-214625 dan bercakap dengan cik Noralizawati Matsam untuk urusan pendaftaran & borang. Harus diingat hanya 5 orang sahaja yang akan terpilih untuk menyertai kursus ini dan hubungi segera pihak jabatan untuk pendaftaran segera. Dimaklumkan juga bayaran tambang adalah boleh dituntut. Maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyelaras kursus, Encik P.Ponniah di talian 012-8381002.

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.


* Pengundian Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dibuat di post ini.

Sunday, December 13, 2009

SENI GRAFITI JANA KEINDAHAN PEKAN BEAUFORT


Seni Grafiti yang menceriakan suasana................................


Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,

Siapa sangka Seni Grafiti mampu menceriakan Pekan Beaufort. Itulah yang terhasil daripada beberapa program anjuran Kelab Rakan Muda Beaufort dan Pejabat Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort sepanjang tahun 2009. Jika anda melalui kawasan tembok berdekatan roundabot utama memasuki Pekan Beaufort, anda pasti terlihat hasil-hasil karya kreatif para peserta dalam beberapa siri Pertandingan Seni Grafiti Rakan Muda yang dianjurkan.

Presiden KRMB, Muhd Junidin Jamlan berkata, pihak Kelab Rakan Muda Beaufort berbangga dengan hasil kreatif seni grafiti ini kerana telah berjaya mengindahkan lagi pemandangan jalan utama masuk ke Pekan Beaufort. Beliau juga berkata program ini tidak akan terhenti di sini malah akan diteruskan dan dikembangkan lagi ke tempat-tempat utama lain di dalam kawasan Parlimen Beaufort. Usahasama bersama Penggerak Rakan Muda Beaufort, cik Rayyana Amsir akan terus diperkukuhkan untuk memastikan banyak lagi kawasan akan dihiasi dengan seni grafiti.

Selain daripada itu, Unit Khidmat Sosial KRMB akan memastikan gejala vandalisme tidak akan mencemari karya-karya kreatif seni grafiti ini seperti yang telah berlaku dahulu. Hasil daripada tindakan pantas KRMB bersama komuniti sukarelawan dan laman blog Kami Anak Malaysia, akhirnya vandalisme itu berjaya dihapuskan. Teruskan bersama KRMB dan banyak lagi program lain akan menanti anda.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan



Barisan Penggerak Rakan Muda & Penggerak Belia Bahagian Beaufort.


Lawatan Presiden KRMB dan AMT ke tapak Seni Grafiti.

Antara Sukarelawan Bahagian Beaufort yang ada.




* Pengundian Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dibuat di post ini.

APABILA AHLI KRMB BERSUARA...........


Mentor Oh Mentor........................................


Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,

Sepanjang bulan November lalu, pihak KRMB telah mengadakan satu tinjaun untuk mendapatkan respon, pendapat dan pandangan semua ahli KRMB mengenai satu cadangan iaitu perlukah peranan mentor dalam KRMB dikembalikan? Berikut adalah keputusan tinjauan tersebut :-


Kembalikan Peranan Mentor Di Dalam KRMb ; Setuju ?


Setuju, Untuk Meningkatkan Lagi Prestasi KRMB
73%


Tidak Pasti Kerana Keberkesanannya Masih Belum Terbukti
55%


Tidak Setuju, Kerana Pemimpin KRMB Mampu Melakukan Amanah Dengan Baik
41%


Mentor Boleh Berperanan Secara Tidak Langsung Sahaja
21%


Berdasarkan tinjauan, majoriti atau 71% daripada ahli KRMB bersetuju peranan mentor dalam kepimpinan KRMB dikembalikan serta diperkukuhkan bagi menjamin kelangsungan kejayaan KRMB dalam perjuangan meningkatkan pembangunan Rakan Muda. Sebahagian ahli pula berpendapat mereka tidak pasti sama ada dengan pengembalian peranan mentor akan membuahkan hasil kerana ianya masih belum terbukti. 55% ini ternyata masih was-was dengan cadangan ini kerana ia menggambarkan seolah-olah kepimpinan KRMB lemah dan tidak menonjol.

41% ahli pula ternyata tidak bersetuju dengan pengembalian peranan mentor tersebut. Kelompok ini mungkin didorong bahawa mereka amat yakin dengan kebolehan pentadbiran sekarang tanpa perlu campurtangan atau bantuan pihak luar. Akhir sekali, hanya 21% yang berpendapat bahawa peranan mentor seharusnya boleh dilaksanakan hanya dengan secara tidak langsung atau apabila diperlukan sahaja.

Terima kasih kepada semua ahli KRMB yang telah memberikan kerjasama dalam proses pengundian tinjauan untuk bulan lepas. Teruskan sokongan kepada KRMB kerana tanpa anda, apalah makna pada KRMB.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.



* Pengundian untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dilakukan di post ini.

Saturday, December 12, 2009

PERTANDINGAN SHUFFLE RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN BEAUFORT


Barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana................................


Salam Rakan Muda,

Pada 21hb sehingga 22hb November 2009, bertempat di Dewan Pa' Musa, Pekan Beaufort telah berlangsung Pertandingan Shuffle Dance Rakan Muda Peringkat Bahagian Beaufort. Program ini ternyata mendapat sambutan yang hangat dan meriah dengan pelbagai variasi bentuk tarian shuffle yang telah dipersembahkan oleh para peserta.

Pada hari pertama, peringkat saringan telah diadakan dalam dua (2) fasa untuk mendapatkan 8 finalis untuk berentap diperingkat akhir yang diadakan pada hari kedua. Peringkat saringan ini telah diadakan di perkarangan Padang Pekan Daerah Beaufort. Pada hari kedua, pertandingan akhir telah diadakan di Dewan Pa' Musa menampilkan 4 kumpulan berentap untuk mendapatkan kejuaraan kategori shuffle dance berkumpulan manakala 8 finalis untuk kategori individu.

Berikut adalah beberapa paparan peserta berkumpulan dalam pertandingan akhir shuffle dance :-


video


video



Posing la wei...............................



Tahun depan jumpa lagi....................................

Friday, December 11, 2009

MULAKAN PERUBAHAN, GERAKKAN PERPADUAN DAN SATUKAN KEAZAMAN


Buang yang keruh, ambil yang jernih....


Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya laman blog KRMB kembali dapat beroperasi setelah bermula 7hb Disember 2009 lepas selama 3 hari, laman blog ini tidak dapat diakses kerana masalah taktikal. Apapun kepada semua KRMB, diharapkan dapat terus memberikan sokongan serta dorongan yang padu kepada KRMB untuk terus maju, tabah dan membangun selaras dengan matlamat penubuhannya untuk mendukung pembangunan komuniti Rakan Muda di kawasan Parlimen Beaufort.

Terdapat pengajaran disebalik fenomena yang terjadi sebelum ini. Sebagai manusia dan insan biasa yang tidak sempurna, kita tidak lepas daripada melakukan dosa dan kesilapan. Justeru, bersempena Ma'al Hijrah atau Awal Muharram yang bakal menjelang tiba, marilah kita bersama-sama untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih positif dan menuju kesempurnaan. Untuk semua ahli KRMB dan pengunjung setia blog ini, sikap dan persepsi harus ditukar, marilah sama-sama kita berubah untuk mengelak musibah lain yang mungkin terhasil akibat daripada perbuatan kita sendiri. Kualiti komen haruslah positif, kritis, bertanggungjawab dan mempunyai karisma agar tidak lagi mengguris mana-mana hati dan perasaan pihak yang berkaitan.

Semarakkan perpaduan di dalam KRMB, mana yang jurang kita rapatkan dan mana yang rapat kita mantapkan perpaduan untuk menghasilkan komuniti Rakan Muda yang progresif dan inovatif. Jadikan apa yang terjadi ini landasan untuk memperbaiki semua kekhilafan dan bersatulah kembali sebagai satu pasukan dan kumpulan yang mantap dan harmoni.

Dimaklumkan bahawa Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 akan diteruskan dan undian untuk menentukan pemenang boleh dilakukan mulai pada hari ini. Tempoh pengundian juga dilanjutkan sehingga 5hb Januari 2010. Selanat kembali menjalankan tugas untuk memilih pemenang.


Renung-renungkan dan selamat beramal.......
KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan



* Dedikasi ucapan ribuan terima kepada saudara Mohd Farid, Bahagian IT MOF atas bantuan kepada KRMB. Jasamu KRMB kenang.
* Pengundian Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dilakukan di post ini.

Friday, December 4, 2009

PROFILE FINALIS ANUGERAH SUKARELAWAN TERBAIK PILIHAN KRMB 2009

Assalamualaikum WRT & Salam 1 Malaysia,


Bagi memudahkan proses penilaian semua warga KRMB dan komuniti rakan muda, pihak KRMB di sini menampilkan profile lima (5) finalis Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB tahun 2009 bersandarkan sejarah pembabitan, sumbangan, latar belakang dan segalanya yang berkaitan dengan pembangunan KRMB, Rakan Muda, Belia, NGO dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Semoga profile ini dapat membantu anda. Selamat Mengundi.

MUHD JUNIDIN JAMLAN. Nama glamour Joe. Berasal dari Beaufort dan menetap di Taman Wawasan Beaufort. Seorang yang periang, cool, tidak sombong dan ringan tulang. Tidak pernah mengabaikan tanggungjawab yang diberikan, malah sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam kerja dan tugasan yang diberikan. Sekarang bekerja di salah sebuah anak syarikat telekomunikasi terkemuka di Kota Kinabalu. Mula melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) daerah Beaufort melalui Rukun Tetangga Taman Wawasan. Bermula dengan satu program kerjasama bersama Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort di Sipitang, Joe mula mengorak langkah dalam penubuhan KRMB dengan menjadi Ahli Majlis Tertinggi penaja KRMB pada tahun 2007. Sejak itu beliau perlahan-lahan meningkat naik sehingga menjadi Exco Kanan KRMB dan sekarang memegang jawatan Presiden KRMB bermula pada Mac lepas. Pengaruh dan kejayaannya sememangnya diikthiraf dan tidak menjadi satu keajaiban apabila joe mengungguli pencalonan anugerah fasa pertama dengan 144 pencalonan meninggalkan pencabar yang lain.

NORALIZAWATI MATSAM. Nama glamour Liza. Berasal dari Kg Ulu Klias, Kota Klias merupakan calon tunggal wanita dan sukarelawan yang diangkat daripada kalangan peserta program anjuran Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort di Kuala Penyu. Oleh kerana bakat dan kemahiran yang ada, liza telah mengorak langkah dengan melibatkan diri sebagai sukarelawan yang cemerlang. Pencapaiannya berterusan apabila melibatkan diri dalam banyak program samada anjuran JBS mahupun JPNIN. Seorang yang tabah, berdedikasi, rajin dan senang berkerjasama memudahkan lagi dirinya terlibat dalam KRMB. Ini terbukti liza dilantik menjadi Naib Presiden KRMB untuk dua (2) penggal berturut-turut selai pernah memangku jawatan Timbalan Presiden KRMB. Pengalaman dan kemahiran yang ada padanya membolehkannya terus maju dan sekarang liza telah dilantik menjadi Penggerak Belia Beaufort sejak Ogos lalu. Liza dilihat mempunyai prospek masa depan yang baik.

MOHD NADZLEY HARITH. Nama glamour Ley. Berasal dari Beaufort dan sekarang menetap di Pekan Beaufort. Merupakan sukarelawan yang paling lama terlibat dalam aktiviti sukarelawan bermula dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Beaufort (merupakan salah seorang pemimpin kanan Pengakap di Beaufort & Pedalaman Bawah), Rukun Tetangga, kegiatan belia sehinggalah kepada sekarang masih lagi aktif bersama JPNIN dan JBS hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Pengalaman, kemahiran serta bakat Nadzley sememangnya tidak perlu diragui lagi malah pernah diberi kepercayaan menjadi Fasilitator program di peringat negeri Sabah, Sarawak dan Kedah. Seorang yang mudah mesra, bekebolehan tinggi, rajin dan mempunyai idea yang kreatif dan kritis, pemilihannya ke final anugerah ini merupakan sesuatu yang sudah dijangka. Kerana kaya dengan pengalaman dan kemahiran, Nadzley cukup dihormati. Oleh kerana itu juga Nadzley dijadikan Mentor kepada KRMB dan pernah menganggotai KRMB sebagai Exco Eksekutif KRMB.

RYNNILLE PETER. Nama glamour Jyunne. Berasal dari Kg. Jampangah, Beaufort merupakan sukarelawan muda yang paling cepat naik meniti kejayaan. Hanya bermula terlibat dalam dunia sukarelawan JBS apabila menjalani latihan praktikal di JBS Beaufort pada tahun 2007. Namun selepas itu, Rynnille tidak menoleh ke belakang lagi apabila terus menggilap bakat, kemahiran dan pengalaman yang ada dalam bidang sains sukan untuk unggul mengatasi "senior" yang lain. Bermula sebagai Naib Presiden Penaja KRMB, Rynnille akhirnya mendapat kepercayaan ahli-ahli KRMB untuk memimpin sebagai Presiden selama sepenggal. Rynnille juga mengembangkan bakatnya dalam dunia kesukarelawana di JPNIN. Mempunyai peribadi yang selamba, mudah bekerjasama, mempunyai daya kepimpinan yang mengagumkan dan mudah dibawa berbincang membolehkan semua orang selesa bersamanya. Sebaik melepaskan jawatan sebagai Presiden KRMB, rezeki datang bergolek apabila Rynnille di lantik menjadi Penolong Pegawai Belia & Sukan di JBS bahagian Mukah, Sarawak. Karisma yang ada padanya ternyata dirindui seluruh warga KRMB.

SYED MUHAMMAD ALQAP MANLEIDIN. Nama glamor Alqap. Berasal dari Kg. Jampangah, Beaufort, Alqap merupakan sukarelawan paling muda dalam dunia kesukarelaan dan kejayaan menempatkan diri dalam senarai finalis merupakan satu sejarah dan kejutan besar yang dilakukannya. Hanya melibatkan diri dalam sukarelawan di JBS pada tahun ini, itu tidak menghalangnya untuk terus maju dan mara kehadapan. Alqap mungkin baru dalam dunia Rakan Muda dan Belia, tapi sebenarnya Alqap merupakan orang yang tidak asing dalam Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Beaufort. Alqap merupakan pemimpin kanan Persekutuan tersebut dan mempunyai pengalaman yang cukup luas dan mahir dalam pelbagai kemahiran serta pengetahuan. Justeru itu, tidak hairanlah Alqap muncul melakukan kejutan. Walaupun dilihat masih baru, peluang dan ruang sentiasa bersama Alqap dan jangan terkejut jika Alqap sekali lagi melakukukan kejutan dalam pengundian final kali ini. Selamat Berjaya Alqap.


SELAMAT MENGUNDI CALON PILIHAN TERBAIK ANDA.


* Pengundian untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB Tahun 2009 boleh dilakukan di post ini.

SELAMAT PENGANTIN BARU...!!!!


Selamat Pengantin Baru cik Nurul.....................


Assalamualaikum WRT & Salam 1 Malaysia,

Seluruh warga KRMB mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat KRMB yang juga bekas Penggerak Rakan Muda Sipitang, cik Nurul Faezah binti Hj Zainal yang akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada 06hb Disember 2009 bertempat di kediaman rasmi di Kampung Buang Sayang, Sipitang, Sabah.

Pihak KRMB mendoakan semoga cik Nurul Faezah berbahagia dengan jejaka pilihan yang berasal dari negeri Kedah, semoga kekal hendaknya hingga ke anak cucu dan selamat melayari alam rumah tangga dengan seribu keberkatan.

Kepada semua warga KRMB adalah dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan cik Nurul Faezah pada 06hb Disember 2009 ini bermula pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang. Kalau datang tu jangan lupa bawa hadiah sekali...Hehehe...

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT CIK NURUL DAN PASANGAN.

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan



* Pencalonan Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB tahun 2009 boleh dibuat di post ini.

Thursday, December 3, 2009

PENGUMUMAN PERUBAHAN STRUKTUR AHLI MAJLIS TERTINGGI KRMB


Perubahan Ke Arah Pemantapan Pasukan.....


Assalamualaikum WRT & Salam 1 Malaysia,

Kepada semua ahli KRMB & komuniti Rakan Muda di kawasan Parlimen Beaufort, pihak KRMB telah melakukan sedikit rombakan dalam struktur organisasi Ahli Majlis Tertingginya dengan melantik dan menggugurkan beberapa nama berkuatkuasa serta merta.

Presiden KRMB, Muhd Junidin Jamlan dalam kenyataannya mengumumkan pengguguran Noraffini Amrih sebagai Setiausaha Agung KRMB dan Uzaiddah Ali Mokthar sebagai Bendahari Kehormat KRMB. Tempat mereka diisi oleh dua (2) orang Ahli Majlis Tertinggi KRMB yang dinaikkan ke jawatan tersebut. Mereka ialah saudara Nurul Hardy Japar yang dilantik Setiausaha Agung KRMB yang baru manakala jawatan Bendahari Kehormat disandang oleh saudara Mohd Sharol Saiman.

Perubahan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi KRMB selain untuk memantapkan barisan kepimpinan yang sedia ada. Proses ini juga merupakan proses biasa yang dilakukan KRMB sejak penubuhannya 2 tahun yang lalu. Tahniah kepada yang baru dilantik dan semoga dapat menjalankan tugas dengan baik.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

* Pencalonan untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dibuat di dalam post ini.