Friday, November 6, 2009

KOMEN TERBAIK BULAN OKTOBER


Luahan minda adalah sebaik terapi psikologi....

Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kini sudah berada dipenghujung tahun 2009. Pastinya bulan ini adalah bulan yang penting untuk kita bermuhasabah berkenaan pencapaian dan kejayaan mahupun kegagalan yang dikecapi sepanjang tahun ini. Baiklah, untuk penerima Komen Terbaik Bulan Oktober, pihak Admin@KRMB telah memilih komen daripada Budak Baru Belajar yang telah dinukil di dalam post Jom Banteras Vandalisme berkenaan kejayaan KRMB, komuniti Sukarelawan Beaufort dan komuniti laman blog Kami Anak Malaysia melancarkan Kempen Membanteras Budaya Vandalisme.


Komen Terbaik Oktober

Nama : Budak Baru Belajar
Tarikh : 03 Oktober 2009
Bintang : 4 Bintang


Salam Rakan Muda,

Syukur Alhamdulillah, kerana KRMB akhirnya berjaya menjalankan program tanggungjawab sosialnya iaitu membaikpulih lokasi awam yang dirosakkan oleh oleh mereka yang mengabdikan diri dengan perbuatan vandalisme. Saya secara personal mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat khususnya yang memberi idea untuk mengadakan program seperti ini.

Saya harapkan program seperti ini akan dapat diteruskan di lokasi yang lain pula, kerana di Beaufort ini boleh dikatakan penduduknya begitu kreatif melukis dan menconteng. Nampaknya dinding yang putih bersih tidak memberi kesempurnaan kepada mereka, sebaliknya harus diconteng. Lihat saja dinding2 di bangunan kedai berhadapan dengan Public Bank, jika mahu naik ke tingkat 1, pasti di sepanjang dinding tangga banyak contengan dan vandalisme yang ternyata begitu hodoh dan mempunyai perkataan tidak sopan.

Jika KRMB dapat berkerjasama dengan Majlis Daerah Beaufort (MDB) dan pemilik bangunan, saya rasa program ini akan menjadi program yang mendapat perhatian. Kolaborasi seperti ini dapat diteruskan, pastinya akan menghasilkan impak yang maksima untuk menangani masalah vandalisme di Beaufort ini. Saya berbangga dengan inisiatif KRMB untuk menjadi perintis kepada program ini, semoga ianya mendapat sokongan semua pihak khususnya daripada ahli-ahli KRMB sendiri kerana tanpa ahli KRMB, siapalah lagi untuk KRMB harapkan.


* Admin@KRMB telah melakukan edit ke atas komen ini tanpa mengubah maksud asal.
* Pencalonan untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dilakukan di post ini.

20 comments:

Anonymous said...

tahniah budak baru belajar, komen ko memang bernas, tuntas, ada kelas dan tangkas...

Angin Menderu

Anonymous said...

tahniah budak baru belajr, truskn memberi komen terbaik utk KRMB..

Professor Malam

Anonymous said...

hiii
wow fantastic comment by budak baru belajar..kept it up ok..love ur comment..

One In A Million Teen In Sipitang

Anonymous said...

yes...i like!!!


....xxx....xxx....

Anonymous said...

TAHNIAH BUAT BUDAK BARU BELAJAR..
BUAT LAGI YANG TERBAIK KAMI SENTIASA SOKONG PUNYA...

rOcK-kApAk

Anonymous said...

TAHNIAH BUAT SAHABAT BUDAK BARU BELAJAR KERANA BERJAYA DINOBATKAN SEBAGAI KOMEN TERBAIK BULAN OKTOBER. MEMANG SUNGGUH MEMBANGGAKAN DAN TERUSKAN BERSAMA KAMI DI KRMB.

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

awu, bisai banar komen budak ani..tahniah ah

Ular Sawa

Anonymous said...

saya cadangkan komen terbaik bulan depan bg dengan c hantu tu..dia kan mahu sangat dapat komen terbaik tu..huhu..malu...

..yyy...yyy..

Anonymous said...

kmi ajk alumni pjkn mgucapkan tahniah pd krmb krana bjaya mngadakn skali lg anugerah sukarelawan tbaik utk thn ini, kmi amat btrima ksh & mnyokong prkara ini. namun , kmi mhn spya phk krmb dpt mnilai kmbli penyenaraian lef mda matlen sarudin di dalam senarai calon, bg kmi ini tdk releven krana beliau brada d dlm satu kelas yg lain yg tdk sesuai utk di calonkn di dlm anugerah kali ini. hrp pmintaan kmi ini mdpt phatian drpd phk krmb. trim kash.

Ajk Alumni PJK Sabah

Anonymous said...

saya tdk stuju dgn kata2 ajk alumni pjkn itu..ini penilain untuk spanjang tahun 2009, soal layak tau nda tu bukan masalah..klu risau lef muda tewas,kmu undi la byk2...

Puteri Sungai Padas

Anonymous said...

apapun kmi tetap undi kem kom tbaik punya

tuan matle, bro nadzli, kak miming, bro danial & joe

pjkn taman wawasan

Anonymous said...

VOTE FOR
VOTE FOR
VOTE FOR
--->>TUAN MATLEN SARUDIN<<---
--->>NADLEY<<---
--->>DANIAL<<---
--->>MIMING<<---
--->>KAHAR<<---

VOTER BY PJKN RULEESS

Anonymous said...

pa ba kmu ni, blik2 pjkn..bosan ba..
huh..

Anonymous said...

sa undi

helmi tuah
azrul azwan
ezwan salleh
zaimah ramin
dg nurlizawati

saa2256h

Anonymous said...

undiku
4
ezwan
khairul izuan
nadzley
sharol
renel

444555

Anonymous said...

aku undi.....

1.nurul faezah adni
2.rayyana amsir
3.alifah md.noor
4.fifie
5.anisah

wakakakakaka...meriah kan suasana...
macam raye...

**undian oleh urang yg nada namanya d atas..

Anonymous said...

halu kawan2, undila tn matlen kita ramai2..

tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen
tn matlen

Pejuang tn matlen

Anonymous said...

matlen
nadzley
joe
rynel
bel

Bos bengkel

Anonymous said...

undi org kg brunei ja nie

tidoi, bob, sukri, jasli dan hamzah..

idup kg brunei

org brunei

Anonymous said...

kasehkan org, kita undi reramai ok

joe,
renel,
bel,
liza,
sharol

Lot23, Vision Park