Sunday, November 1, 2009

GEMPAQ EKSKLUSIF : MAKHLUK HALUS DI KENINGAU


IMEJ makhluk halus yang duduk membelakang di atas anjing belaan Rapail, di Ampangan Pengairan Kg. Kapayan Baru Keningau.


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Kepada semua ahli KRMB & semua pengunjung setia laman blog KRMB, mulai bulan ini Admin@KRMB akan mewujudkan satu segmen khas yang diberi nama "Segmen Gempaq Eksklusif", iaitu segmen yang memaparkan kisah-kisah masyarakat yang berlaku di sekitar kawasan mahupun di peringkat nasional. Segmen ini diwujudkan untuk memberi pendedahan kepada semua pengunjung blog ni mengenai perkembangan semasa dipersekitaran kita tidak mengira ia membabitkan kisah kemasyarakatan, mistik, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.

Sebagai permulaan, dalam akhbar New Sabah Times Edisi Bahasa Malaysia pada hari ini, 01 November 2009 telah memaparkan satu berita yang mencuri tumpuan seluruh masyarakat negeri Sabah. Ia mengenai penemuan makhluk halus di Keningau yang dirakamkan secara tidak sengaja oleh Rapail Igau. Imej makhluk halus tersebut berjaya dirakam berdekatan dengan anjing peliharaannya. Untuk informasi lanjut anda boleh membaca petikan berita tersebut di akhir artikel ini.

Persoalannya sekarang, adakah anda sebagai remaja dan generasi muda percaya akan kewujudan makhluk halus tersebut? Adakah ianya hanya satu imej yang terhasil daripada pembiasan cahaya, imej kaburan ataupun satu penipuan? Tepuk dada tanya minda. Semoga berita ini akan mendatangkan idea kepada mana-mana penyelidik khususnya pasukan paranormal untuk menyiasat perkara ini secara saintifik mahupun tradisi.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.....



Petikan berita akhbar New Sabah Times pada 01 November 2009.

KENINGAU: Makhluk halus ditemui berkepala besar, tanpa kaki dan tangan di Kampung Kapayan Baru dekat sini! Ia benar-benar wujud dan menakutkan – akui Rapail Igau, 49. Rapail yang merupakan seorang kakitangan Yayasan Sabah memberitahu dalam satu pertemuan eksklusif, beliau tanpa sengaja berjaya merakam kewujudan makhluk halus itu, dengan menggunakan kamera telefon bimbit pada 21 Oktober lepas.

Imej yang didakwa makhluk halus itu kemudian diuji ketulinan, dengan menggunakan beberapa kaedah dan mendapati ia benar-benar asli. Menurutnnya, waktu petang kira-kira jam 4.30 pada tarikh berkenaan beliau yang diekori oleh seekor anjing belaannya, melawat lokasi Ampangan Pengairan Kg. Kapayan Baru yang baru sahaja siap pembinaan.

Katannya beliau merakam beberapa sudut ampangan tersebut untuk tujuan dokumentasi, tetapi tidak menyang ka sekeping daripada kira-kira 20 rakaman gambar menghasilkan imej seperti manusia berkepala ganjil tanpa kaki dan tangan duduk di atas leher anjing belaannya.

Sepohon pokok ara yang wujud sejak tahun 60an terletak hanya satu meter, daripada lokasi anjingnnya berdiri. Pokok itu sejak sekian lamannya dikenali oleh penduduk di kampung itu sebagai berpenunggu atau kisuang-suang dalam bahasa Dusun.

Ampangan air itu dibina bagi mengganti ampangan konvensional atau kinalian, untuk kemudahan pengairan kepada ratusan pesawah di kampung itu. Sejak awal tahun 60an, kawasan itu terkenal sebagai berpenunggu dan setiap kali penduduk membaiki ampangan kinalian, upacara pen- yembahan dilakukan bagi mengelak gangguan makhluk halus.

Rapail memberitahu, nenek moyang mereka akan menyembelih ayam putih atau babi sebelum aktiviti gotong royong dijalankan bagi membaiki ampangan kinalian itu. Bagaimanapun katannya, habitat makhluk itu mungkin terganggu ekoran daripada projek pembinaan ampangan moden itu. Bagaimana ia berjaya dilihat melalui lensa kamera telefon bimbit, menguatkan andaian bahawa makhluk halus mempunyai agenda yang tidak difahami – jelas Rapail dan mengakui, beiau tidak merasai sebarang kelainan atau perubahan emosi seperti takut dan sebagainnya selepas melawat lokasi tersebut.

Ia menguatkan keyakinan saya mengenai kekuasaan Tuhan, jelasnnya. Apa yang amat jelas tambahnnya, anjing belaannnya kini tidak bermaya dan menunggu masa sahaja untuk mati. Percaya atau tidak, semua agama di dunia yakin mengenai kewujudan makhluk halus.

8 comments:

Anonymous said...

atuqui...banar ka itu..

Angin Menderu

Anonymous said...

smuanya kuasa tuhan........

tiada yg mustahil...

Anonymous said...

MACAM ANAK TOYOL KAN BENDA 2,TAPI KADANG2 BENDA 2 ADA YANG KARUT JUGA


rOcK-kApAk

Anonymous said...

haha..mcm x real bh hantu tu..

Man Of The Match

Anonymous said...

macam main je tu

Anonymous said...

ala....karut ja 2,,bgs g fkir masa depan dan pahala lg baik dr percaya benda2 karut!!!!!!!!!!!
INGAT MEMPERCAYAI BENDA KARUT ADALAH DOSA BESAR!!!!!!!!!!!!!!






MR.PRESIDEN

Meeks said...

haha..mcm x real bh hantu tu.. Man Of The Match

Anonymous said...

Ckp besarlah ko ni..kc rasa ko mainan benda karut baru ko tau...baru ko tau wahai org tembirang...