Wednesday, November 18, 2009

KEMASUKAN KE GIATMARA : MOHONLAH SEKARANG !!!


Menuntut ilmu hingga ke liang lahad......................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Dimaklumkan kepada semua ahli KRMB dan pengunjung bahawa pengambilan kemasukan ke Pusat Giat Mara seluruh Malaysia sudah dibuka mulai minggu ini. Jadi, kepada yang berminat boleh memohon untuk kemasukan ke Giat Mara ini dalam pelbagai bidang yang diminati antaranya seperti (sekadar menyebut beberapa bidang & pengkhususan) Senibina (Industri Maintenance, Lanskap & Taman), Mekanikal (Kimpalan, Mekanik Industri), Pembuatan (Teknologi Pejabat & Rekaan Dalaman), Elektrikal (Pendawaian), Komputer (Teknologi Sistem Komputer) dan banyak lagi.

Untuk kawasan Parlimen Beaufort, terdapat dua (2) Pusat Giat Mara iaitu di Limbawang (Pekan Beaufort) & Beaufort (Kg. Berangkok, Kuala Penyu). Manakala pusat yang berhampiran adalah di Kimanis & Papar. Berikut adalah syarat-syarat kemasukan :-


1. Warganegara Malaysia (Bumiputera Sahaja).
2. Berminat dengan bidang yang dipohon.
3. Berumur 15 tahun ke atas.
4. Boleh menulis dan membaca & sihat tubuh badan.


Borang Permohonan boleh didapati secara percuma melalui :-


1. Download di laman web www.giatmara.edu.my
2. Datang sendiri ke Pusat Giat Mara berhampiran.
3. Hubungi Pejabat Giat Mara negeri.


Antara Faedah yang anda akan perolehi apabila diterima masuk adalah peluang menjadi usahawan yang berjaya lengkap dengan pelbagai skim dan pakej rangsangan, yuran latihan adalah percuma, boleh menyertai pertandingan inovasi, pengikhtirafan ST (Pendawai Elektrik) dan ELAUN RM200 SEBULAN.

Mohonlah hari ini untuk masa depan anda. Good Luck...!!!

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.



* Pencalonan untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB Tahun 2009 boleh dibuat di post ini. Harap Maklum.
* Iklan ini adalah inisiatif khidmat sosial, Unit Khidmat Sosial KRMB.

Tuesday, November 17, 2009

PERTANDINGAN BADMINTON PERINGKAT ANTARA PARLIMEN TAHUN 2009


Serlahkan bakat anda di sini..................................................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Perhatian kepada semua kaki-kaki badminton, sekarang tiba masanya untuk anda menguji kebolehan anda dalam sukan badminton. Pihak Pejabat Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort akan menganjurkan Kejohanan Badminton Peringkat Antara Parlimen Tahun 2009 yang akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :-

Tarikh :21hb November - 22hb November 2009
Masa : 8.30 Pagi hingga 5.00 Petang
Venue : Dewan Badminton, SK St John,
Pekan Beaufort.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun hingga 25 tahun (Rakan Muda). Kejohanan ini hanya mempertandingan kategori perseorangan lelaki dan perseorangan wanita sahaja. Yuran penyertaan adalah RM 10 untuk perseorangan lelaki dan RM 8 untuk perseorangan wanita.

Harus diingatkan bahawa tarikh tutup penyertaan adalah pada 19hb November 2009 jam 5.00 petang. Borang-borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort atau menghubungi Pegawai Penyelaras pertandingan, En. Abd Aziz Ason di talian 087-211625. Cepat, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Hadiah menarik menanti pemenang.


Ringkasan Pertandingan :-

Kategori Dipertandingkan : Perseorangan Lelaki & Wanita
Tarikh Tutup Penyertaan : 19hb November 2009
Cabutan Undian : 20hb November 2009
Venue Pertandingan : Dewan Badminton, SK St John,
Jalan Jempangah, Beaufort.



* Pencalonan untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB boleh dibuat di dalam post ini.

Friday, November 13, 2009

PERTANDINGAN SHUFFLE DANCE RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN BEAUFORT


Jom Shuffle...........................................................................



Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Perhatian kepada semua penggemar shuffle dance di kawasan Parlimen Beaufort, anda semua adalah dipelawa untuk menyertai Pertandingan Shuffle Dance Rakan Muda Peringkat Bahagian Beaufort yang akan dilaksanakan seperti ketetapan yang berikut :-


Tarikh : 21hb & 22hb November 2009
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Venue : Dewan Pa' Musa, Pekan Beaufort.


Penyertaan daripada anda semua adalah amat-amat dialukan. Berikut adalah terma dan syarat pertandingan (syarat minimum) pertandingan ini :-


01. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
02. Terbuka kepada semua komuniti umur Rakan Muda
03. Pertandingan diadakan dalam dua (2) kategori iaitu Kategori Bawah 15 tahun dan Kategori Bawah 25 tahun.
04. Peringkat saringan akan diadakan pada 21hb November manakala pertandingan akhir pada 22hb November.
05. Hadiah lumayan menanti pemenang. Berbaloi-baloi....


Jangan lepaskan peluang ini untuk menunjukkan bakat terpendam anda selama ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah berhubung dan Cik Rayana Amsir, Penggerak Rakan Muda Beaufort atau Cik Noralizawati Mat Sam, Penggerak Belia Beaufort di talian 087-211625. Selamat bertanding..!!!!

KRMB: Satu Perjalanan Ke Masa Depan


* Pencalonan untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB tahun 2009 boleh dilakukan di post ini. Harap Maklum.

PERTANDINGAN GRAFITI RAKAN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN BEAUFORT


Kaki-kaki conteng, jom sertai pertandingan ini, berbaloi-baloi..............


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Perhatian kepada semua ahli KRMB dan komuniti Rakan Muda di seluruh kawasan Parlimen Beaufort bahawa satu program yang dinamakan Pertandingan Grafiti Rakan Muda Peringkat Bahagian Beaufort akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :-


Tarikh : 21hb & 22hb November 2009
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : Dewan Pa' Musa & Tembok Hadapan KFC


Penyertaan adalah terbuka kepada semua golongan Rakan Muda dari kawasan Parlimen Beaufort. Pengesahan penyertaan oleh peserta perlulah dibuat 3 hari sebelum tarikh pertandingan bagi memudahkan pihak penganjur mempersiapkan persediaan sebelum pertandingan. Penyertaan adalah terhad dan oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini.

Untuk informasi dan keterangan lanjut, bolehlah berhubung dengan Pegawai Pengurus Program, Cik Rayana Amsir (Penggerak Rakan Muda Beaufort) di talian 087-211625 (waktu pejabat) atau Cik Noralizawati Mat Sam (Penggerak Belia Beaufort) di talian 014-8505125 atau datang sendiri ke Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort di tingkat 1, Wisma Persekutuan Beaufort.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan



* Pencalonan Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dilakukan di post ini.

Wednesday, November 11, 2009

PERTANDINGAN FUTSAL GAYA HIDUP RAKAN MUDA KECERGASAN


Pertandingan Futsal Rakan Muda................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Perhatian kepada semua ahli KRMB & komuniti Rakan Muda di kawasan Parlimen Beaufort, Parlimen Kimanis & Parlimen Sipitang, satu progam di bawah Gaya Hidup Rakan Muda Kecergasan akan diadakan tidak lama lagi. Program yang dimaksudkan ialah Pertandingan Futsal Rakan Muda yang akan menampilkan pasukan futsal daripada tiga (3) kawasan parlimen ini.

Tarikh, masa & tempat pertandingan futsal ini akan dimaklumkan kemudian berserta syarat-syarat penyertaan dan informasi-informasi yang terkini akan disampaikan terus kepada anda dari masa ke semasa.

Nantikan juga pelbagai Program Rakan Muda dan Program Pembanguna Belia yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Teruskan bersama kami di laman blog KRMB untuk mendapatkan informasi yang terkini berkaitan dengan program-program yang sememangnya menarik dan berfaedah kepada anda semua. Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah diajukan kepada Pegawai Penyelaras Program, En. Aziz Ason di talian 087-211625.

KRMB:- Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

* Pencalonan untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dibuat di dalam post ini.

Friday, November 6, 2009

APABILA AHLI KRMB BERSUARA......


Tidak wajar menyekat kebebasan yang ada namun ada batasnya...


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu, KRMB merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli KRMB & semua pengunjung laman blog ini atas kesudian untuk sama-sama menjayakan setiap apa yang dipaparkan untuk kebaikan semua. Untuk bulan Oktober, KRMB telah menyediakan satu bentuk persoalan semasa yang telah menggamit secara langsung berkenaan kualiti komen yang sering menjadi perhatian semua pihak. Berikut adalah soalan untuk bulan Oktober dan keputusannya :-


Wajarkah Pemberi Komen Yang Mencetuskan Kontroversi Di Gantung?


Wajar, Demi Menjaga Imej & Reputasi KRMB
51%

Tidak Wajar, Kebebasan Bersuara Adalah Hak Semua Orang
55%

Perlu Diberikan Amaran Terlebih Dahulu
43%

Senarai Hitamkan Terus Dari Berada Di Dalam Blog
42%


Berdasarkan undian yang dibuat, nampaknya majoriti kecil daripada ahli KRMB menegaskan bahawa pengunjung yang sengaja mencetuskan kontroversi di dalam komennya adalah tidak wajar untuk dikenakan tindakan kerana kebebasan bersuara adalah hak semua orang. 55% berpendapat kebebasan suara adalah penting bagi mengelakkan pemimpin berada di tahap selesa dan ini boleh melahirkan ahli-ahli yang kreatif dan segar dalam memberikan yang terbaik untuk kelab.

Walaubagaimanapun, 51% daripada mereka berpendapat sebaliknya iaitu pemberi komen yang mencetuskan kontroversi harus dikenakan hukuman digantung kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan imej dan reputasi KRMB terjejas dan memalukan. Ini penting untuk melengkapkan sebahagian daripada pelan pembangunan KRMB jangka panjang. 43% pula berpendapat pemberi komen tersebut perlu diberikan amaran terlebih dahulu dan jika amaran tersebut tidak diendahkan, maka barulah hukuman pelaksanaan gantung tersebut dilaksanakan.

Akhir sekali, sebanyak 42% mengkehendaki pemberi komen yang buat hal harus disenarai hitamkan terus daripada terus berada di dalam blog ini. Kelompok ini nampaknya begitu tegas dalam tindakan dan tidak mahu sebarang bentuk perbuatan yang boleh menjejaskan reputasi blog ini.

Begitulah 'pungutan suara' untuk sebulan yang lalu. Perlu diingat, ini bukanlah omongan kosong daripada ahli-ahli KRMB sebaliknya ini adalah manifastasi daripada suara hati mereka yang selama ini begitu komited dan menyokong KRMB dalam keadaan apa jua sekalipun. Semoga suara ini dianalisis dan diambilm kira oleh pihak kepimpinan KRMB.

KRMB: - Satu Perjalanan Ke Masa Depan


* Pencalonan untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB tahun 2009 boleh dilakukan di post ini.

KOMEN TERBAIK BULAN OKTOBER


Luahan minda adalah sebaik terapi psikologi....

Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana kini sudah berada dipenghujung tahun 2009. Pastinya bulan ini adalah bulan yang penting untuk kita bermuhasabah berkenaan pencapaian dan kejayaan mahupun kegagalan yang dikecapi sepanjang tahun ini. Baiklah, untuk penerima Komen Terbaik Bulan Oktober, pihak Admin@KRMB telah memilih komen daripada Budak Baru Belajar yang telah dinukil di dalam post Jom Banteras Vandalisme berkenaan kejayaan KRMB, komuniti Sukarelawan Beaufort dan komuniti laman blog Kami Anak Malaysia melancarkan Kempen Membanteras Budaya Vandalisme.


Komen Terbaik Oktober

Nama : Budak Baru Belajar
Tarikh : 03 Oktober 2009
Bintang : 4 Bintang


Salam Rakan Muda,

Syukur Alhamdulillah, kerana KRMB akhirnya berjaya menjalankan program tanggungjawab sosialnya iaitu membaikpulih lokasi awam yang dirosakkan oleh oleh mereka yang mengabdikan diri dengan perbuatan vandalisme. Saya secara personal mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat khususnya yang memberi idea untuk mengadakan program seperti ini.

Saya harapkan program seperti ini akan dapat diteruskan di lokasi yang lain pula, kerana di Beaufort ini boleh dikatakan penduduknya begitu kreatif melukis dan menconteng. Nampaknya dinding yang putih bersih tidak memberi kesempurnaan kepada mereka, sebaliknya harus diconteng. Lihat saja dinding2 di bangunan kedai berhadapan dengan Public Bank, jika mahu naik ke tingkat 1, pasti di sepanjang dinding tangga banyak contengan dan vandalisme yang ternyata begitu hodoh dan mempunyai perkataan tidak sopan.

Jika KRMB dapat berkerjasama dengan Majlis Daerah Beaufort (MDB) dan pemilik bangunan, saya rasa program ini akan menjadi program yang mendapat perhatian. Kolaborasi seperti ini dapat diteruskan, pastinya akan menghasilkan impak yang maksima untuk menangani masalah vandalisme di Beaufort ini. Saya berbangga dengan inisiatif KRMB untuk menjadi perintis kepada program ini, semoga ianya mendapat sokongan semua pihak khususnya daripada ahli-ahli KRMB sendiri kerana tanpa ahli KRMB, siapalah lagi untuk KRMB harapkan.


* Admin@KRMB telah melakukan edit ke atas komen ini tanpa mengubah maksud asal.
* Pencalonan untuk Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB 2009 boleh dilakukan di post ini.

Monday, November 2, 2009

PENCALONAN ANUGERAH SUKARELAWAN TERBAIK PILIHAN KRMB 2009


Selamat Mengundi................................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Hello...Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB datang lagi. Anugerah tahunan ini merupakan edisi kedua setelah dilaksanakan pada tahun 2008 yang mana seluruh ahli KRMB telah menobatkan saudara Suardi Kadir sebagai penerimanya. Anugerah Sukarelawan Terbaik Pilihan KRMB ini adalah anugerah yang bertujuan untuk mengikhtiraf sukarelawan yang terbaik dikalangan yang terbaik berdasarkan mutu kerja, komitmen, kerjasama, sumbangan dan pengorbanan yang telah banyak dilakukan untuk sama-sama memajukan serta membangun KRMB & Rakan Muda ke arah perspektif yang cemerlang dan gemilang.

Untuk tahun ini, kaedah pencalonan dan pemilihan pemenang adalah sama iaitu dilakukan dalam 2 peringkat pengundian. Peringkat pertama adalah peringkat pengundian pencalonan oleh ahli KRMB dan pengunjung blog ini untuk mendapatkan senarai pendek 5 sukarelawan yang terpilih untuk dimasukkan ke peringkat kedua. Peringkat kedua pula menyaksikan 5 finalis sukarelawan ini akan diundi sekali lagi oleh semua ahli KRMB & pengunjung blog ini yang membawa markah 50%. Manakala 50% lagi akan dinilai oleh Penggerak Rakan Muda Beaufort, Penggerak Belia Beaufort, Presiden KRMB dan 2 panel lain yang akan dilantik. Jika senarai 5 finalis ini membabitkan nama-nama panel penilai, maka mereka akan digugurkan daripada menjadi panel. Proses penilaian ini akan mengambil masa 2 bulan.

Kepada anda yang ingin membuat pencalonan, anda mestilah memberi 5 nama (seperti yang disenaraikan di bawah) dan menulis nama anda dan tempat anda. Sebarang pencalonan tanpa nama yang mencadangkan maka pencalonan itu adalah tidak dikira. Ingat, buat pencalonan berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan bukan berdasarkan 'pilih kasih'. Selamat Mengundi.....

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan


Berikut nama-nama sukarelawan untuk pencalonan :-


01. Abd Rahim Jalani
02. Azrul Azwan Abd Lamin
03. Mohd Ezwan Hj Salleh
04. Norazilah Hussein
05. Suardi Kadir
06. Rynnille Peter
07. Mohd Nadzley Harith
08. Lt Muda Matlen Saruddin
09. Sarmila Saripuddin
10. Fazura Sairi
11. Zaimah Ramin
12. Dg Nurlizawati Japlus
13. Noralizawati Mat Sam
14. Nurul Hardy Japar
15. Fazli Awang
16. Mohd Sharol Saiman
17. Razali Bidih
18. Mohd Khairul Izuan Sidek
19. Mohd Noh Isir
20. Ismail Mohd Jidin
21. Wira Azwani Japar
22. Jasli Zainal
23. Adzree Syazwan Abd Amin
24. Muhd Junidin Jamlan
25. Redzuan Munap
26. Dg Rizuana Ibrahim
27. Uzaiddah Ali Mokthar
28. Danial Musa
29. Kahar Buntak
30. Saidol Tasip
31. Azizan Sitol
32. Rosdin Saidin
33. Awangku Adzahar @ Awang Jiar
34. Norhafizah Mohamad @ Miming
35. Mohd Halbi Abd Hassan
36. Syed Muhammad Alqab Manleidin
37. Rosniah Rahim
38. Azizi Alani
39. Suriawati Saripuddin
40. Ustaz Nordin Nasir
41. Patrecia
42. Saidah Mohamad
43. Mohd Helmi Tuah
44. Mira Afizna Azrina Abdullah
45. Mohd Azuan Jidih
46. Baxter Linggong
47. Zuraini Jablin
48. Mohd Anuar Justih
49. Hamzah Talib
50. Roshimah Abd Rahman
51. Ustaz Shukri
52. Mohd Azinuddin Ahmad
53. Mohd Sharam
54. Azizul Muhammad
55. Muhd Izzat
56. Razali Samat
57. Mohd Rozaimie Ahmad
58. Nur Hanis Iryani Ibrahim
59. Noraffini Amrih
60. Mariah Salleh

****DIINGATKAN KEPADA SEMUA, SEBARANG PENCALONAN YANG DIBUAT TANPA ADA NAMA PIHAK YANG MENCALONKAN MAKA PENCALONAN ITU TIDAK AKAN DIAMBIL KIRA. SEKIAN DAN TERIMA KASIH*****

STATISTIK MINGGUAN : LIEYZA KAZUMA JUARA BARU, PELIHARA KEHARMONIAN BLOG


Perpaduan teras keharmonian KRMB.............


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Selamat Datang November!! Sedar tidak sedar kita sudah berada di bulan kedua terakhir sebelum kita beranjak ke tahun 2010. Statistik mingguan pada kali ini (26hb Oktober - 01hb November 2009) nampaknya menyaksikan pelbagai konflik, kontroversi dan peristiwa yang sedikit sebanyak menjejaskan keharmonian blog ini. Walaupun peningkatan dalam bilangan pengunjung, namun mutu komen dan isu yang dibahaskan nampaknya masih di tahap tidak memuaskan dan lebih bersifat provoakasi yang kadang kala keterlaluan. Pada 28hb Oktober yang lalu, laman blog ini telah digodam oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun, tindakan pantas berjaya menyelamatkan laman blog ini daripada berkubur. Nampaknya ada pihak yang begitu tidak senang dengan laman blog KRMB ini. KRMB dan seluruh ahli KRMB mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat tersebut. Apapun, seharusnya kita sebagai ahli KRMB berfikir kenapa ianya terjadi dan kenapa laman blog kita menjadi sasaran.

Baiklah, untuk carta mingguan, nampaknya Noordin Mat Top gagal mempertahankan kejuaraan 5 minggu berturut-turutnya. Sebaliknya juara baru muncul iaitu Lieyza Kazuma. Kedudukan pengunjung lain juga nampaknya banyak perubahan keluar masuk carta. Apapun yang berlaku, mohon kepada semua pengunjung blog supaya dapat menjaga kesopanan, tatatusila dan disiplin dalam melakukan sebarang komen. Presiden KRMB, Muhd Junidin Jamlan sendiri akan memantau perkembangan blog dari masa ke semasa untuk memastikan keharmonian blog KRMB ini sentiasa dalam keadaan stabil.

Berikut adalah statistik mingguan : -

Jumlah Pengunjung (Yang Memberi Komen) : 34
Pengunjung Yang Memberi Komen Terbanyak :-
Lieyza Kazuma (15 Komen)
Jumlah Komen Berbentuk Cadangan :- 10
Jumlah Komen Berbentuk Teguran : - 23
Jumlah Komen Berbentuk Pendapat :- 15

Pengunjung Paling Popular :-

Lieyza Kazuma
Rock Kapak
Budak Baru Belajar

Pengunjung Baru :-

Spangebabos
Smilest Boy
Muhd Lutfhi Sulaiman
Kymemaru
Boi-Nick
Da' Asbestos
Tenggiling_Beguring
Suzi
Virus Kymemaru
Man Of The Match

Terima kasih diucapkan kepada semua atas sokongan dan kerjasama yang diberikan selama ini. Dalam kita meningkatkan reputasi dan menjaga imej KRMB, harus diingat kita melambangkan corak perjalanan KRMB sama ada ke arah yang positif atau sebaliknya. Teruskan bersama KRMB. KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Sunday, November 1, 2009

GEMPAQ EKSKLUSIF : MAKHLUK HALUS DI KENINGAU


IMEJ makhluk halus yang duduk membelakang di atas anjing belaan Rapail, di Ampangan Pengairan Kg. Kapayan Baru Keningau.


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Kepada semua ahli KRMB & semua pengunjung setia laman blog KRMB, mulai bulan ini Admin@KRMB akan mewujudkan satu segmen khas yang diberi nama "Segmen Gempaq Eksklusif", iaitu segmen yang memaparkan kisah-kisah masyarakat yang berlaku di sekitar kawasan mahupun di peringkat nasional. Segmen ini diwujudkan untuk memberi pendedahan kepada semua pengunjung blog ni mengenai perkembangan semasa dipersekitaran kita tidak mengira ia membabitkan kisah kemasyarakatan, mistik, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.

Sebagai permulaan, dalam akhbar New Sabah Times Edisi Bahasa Malaysia pada hari ini, 01 November 2009 telah memaparkan satu berita yang mencuri tumpuan seluruh masyarakat negeri Sabah. Ia mengenai penemuan makhluk halus di Keningau yang dirakamkan secara tidak sengaja oleh Rapail Igau. Imej makhluk halus tersebut berjaya dirakam berdekatan dengan anjing peliharaannya. Untuk informasi lanjut anda boleh membaca petikan berita tersebut di akhir artikel ini.

Persoalannya sekarang, adakah anda sebagai remaja dan generasi muda percaya akan kewujudan makhluk halus tersebut? Adakah ianya hanya satu imej yang terhasil daripada pembiasan cahaya, imej kaburan ataupun satu penipuan? Tepuk dada tanya minda. Semoga berita ini akan mendatangkan idea kepada mana-mana penyelidik khususnya pasukan paranormal untuk menyiasat perkara ini secara saintifik mahupun tradisi.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.....



Petikan berita akhbar New Sabah Times pada 01 November 2009.

KENINGAU: Makhluk halus ditemui berkepala besar, tanpa kaki dan tangan di Kampung Kapayan Baru dekat sini! Ia benar-benar wujud dan menakutkan – akui Rapail Igau, 49. Rapail yang merupakan seorang kakitangan Yayasan Sabah memberitahu dalam satu pertemuan eksklusif, beliau tanpa sengaja berjaya merakam kewujudan makhluk halus itu, dengan menggunakan kamera telefon bimbit pada 21 Oktober lepas.

Imej yang didakwa makhluk halus itu kemudian diuji ketulinan, dengan menggunakan beberapa kaedah dan mendapati ia benar-benar asli. Menurutnnya, waktu petang kira-kira jam 4.30 pada tarikh berkenaan beliau yang diekori oleh seekor anjing belaannya, melawat lokasi Ampangan Pengairan Kg. Kapayan Baru yang baru sahaja siap pembinaan.

Katannya beliau merakam beberapa sudut ampangan tersebut untuk tujuan dokumentasi, tetapi tidak menyang ka sekeping daripada kira-kira 20 rakaman gambar menghasilkan imej seperti manusia berkepala ganjil tanpa kaki dan tangan duduk di atas leher anjing belaannya.

Sepohon pokok ara yang wujud sejak tahun 60an terletak hanya satu meter, daripada lokasi anjingnnya berdiri. Pokok itu sejak sekian lamannya dikenali oleh penduduk di kampung itu sebagai berpenunggu atau kisuang-suang dalam bahasa Dusun.

Ampangan air itu dibina bagi mengganti ampangan konvensional atau kinalian, untuk kemudahan pengairan kepada ratusan pesawah di kampung itu. Sejak awal tahun 60an, kawasan itu terkenal sebagai berpenunggu dan setiap kali penduduk membaiki ampangan kinalian, upacara pen- yembahan dilakukan bagi mengelak gangguan makhluk halus.

Rapail memberitahu, nenek moyang mereka akan menyembelih ayam putih atau babi sebelum aktiviti gotong royong dijalankan bagi membaiki ampangan kinalian itu. Bagaimanapun katannya, habitat makhluk itu mungkin terganggu ekoran daripada projek pembinaan ampangan moden itu. Bagaimana ia berjaya dilihat melalui lensa kamera telefon bimbit, menguatkan andaian bahawa makhluk halus mempunyai agenda yang tidak difahami – jelas Rapail dan mengakui, beiau tidak merasai sebarang kelainan atau perubahan emosi seperti takut dan sebagainnya selepas melawat lokasi tersebut.

Ia menguatkan keyakinan saya mengenai kekuasaan Tuhan, jelasnnya. Apa yang amat jelas tambahnnya, anjing belaannnya kini tidak bermaya dan menunggu masa sahaja untuk mati. Percaya atau tidak, semua agama di dunia yakin mengenai kewujudan makhluk halus.