Wednesday, October 21, 2009

PROGRAM GERAK DAFTAR BERSAMA PENDAFTAR BELIA (ROY)


Daftarlah persatuan belia anda.......................


Salam Rakan Muda,

Kepada semua komuniti Rakan Muda & Belia di kawasan Parlimen Beaufort, satu program anjuran bersama pihak Penggerak Belia Beaufort, Pejabat Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort dan Pendaftar Belia (ROY) Kementerian Belia & Sukan Malaysia yang dinamakan PROGRAM GERAK DAFTAR BERSAMA ROY akan diadakan seperti butiran yang berikut :-

Tarikh : 30hb Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Hotel Jasaria, Beaufort.

Oleh yang demikian, semua generasi Rakan Muda & komuniti belia yang ingin tahu mengenai Pendaftar Belia, mahu menubuhkan persatuan belia dan mengukuhkan persatuan belia yang sedia ada, adalah dijemput dan dialu-alukan untuk hadir ke program ini. Program ini juga akan menampilkan wakil khas daripada ROY untuk membantu anda dari segala aspek teknikal dan ilmu dalam menyedia, menubuh dan mengurus sebuah persatuan belia.

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Penggerak Belia Beaufort, cik Noralizawati Mat Sam di talian 087-211625. InsyAllah, segala pertanyaan akan dijawab dan maklumat akan diberikan terus kepada anda. Semoga mendapat pengetahuan yang berguna di dalam program ini. Akses laman web ROY di www.roy.kbs.gov.my.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

23 comments:

Anonymous said...

cik liza, psatuan yg sedia ada & bdftr dgn ROS sbelum ni kena dftr skali lg dgn ROY ka?

Ingin Tahu

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM WRT.

CIK NORALIZAWATI, SAYA AHMAD NAJIB DARI PERSATUAN BELIA KG.KITANG,KUALA PENYU MAU TANYA, ADAKAH PROSES KELULUSAN ROY MERUPAKAN SATU YANG WAJIB UNTUK SEMUA PERSATUAN BELIA BAGI MEMBOLEHKANNYA SEMUA DAPAT BERGERAK SEPERTI BIASA? SAYA MASIH KELIRU DENGAN PERANAN ROY.

Anonymous said...

salam satu belia..

untuk sebarang maklumat tentang rasional berdaftar dengan ROY,atau sebarang pertanyaan tentang pendaftaran ROY,mungkin lebih baik anda hadir ke taklimat gerak daftar ROY ini sebab wakil yang datang untuk memberi taklimat berkenaan adalah dari ROY sendiri.

sebarang kemusykilan boleh di rujuk terus kepada pegawai berkenaan.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang kerana medium sudah tersedia di depan mata.terpulang kepada anda untuk rebut peluebg tersebut.kami dari pihak penggerak belia mengalu - alukan penglibatam belia di bahagian beaufort untuk menyertai program ini.

sekian..
Lieyza Kazuma

Anonymous said...

CIK NORALIZAWATI, TIADA JEMPUTAN RASMI KA DARIPADA PIHAK JBS UNTUK HADIR KE PROGRAM INI, SAHABAT SAYA DARI PERSATUAN LAIN TIDAK TAHU MENAHU KERANA MUNGKIJN TIADA PUBLISITI ATAU JEMPUTAN DARI JBS.

Anonymous said...

salam satu belia....

hebahan telah mula kami jalankan bermula hari ini.ada sesetengahnya kami hubungi melalui panggilan telefon.

kami juga perlukan bantuan dari pihak yang telah mengetahui hal ini untuk menghebahkan hal ini kepada sesiapa yang berminat.

kerjasama anda amat kami alu - alukan dan amat kami hargai.bersama2 la kita meramaikan program ini untuk mencapai sasaran "satu kampung satu belia"

sekian...
wassalam...
Lieyza Kazuma

Anonymous said...

cik liza,bleh mintak no fon?

Anonymous said...

salam...
sapa yang minta my no.phone?...

blh hubungi sy di 014-8505125 untuk sebarang urusan mengenai belia.Insyaallah sy akan tolong anda.

thanks....
Lieyza Kazuma

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM WRT,

KEPADA CIK LIZA, KEDUDUKAN PERSATUAN BELIA YANG SUDAH LAMA TIDAK AKTIF DAN SUDAH LAMA TIDAK MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN, BOLEHKAH DATANG KE MAJLIS INI DAN MENDAFTAR SECARA SAH SEBAGAI PERSATUAN BELIA YANG BARU? DAN ADAKAH STATUS PENDAFTARAN BERSAMA ROS ITU AKAN TERBATAL APABILA MENDAFTAR DENGAN ROY? AZMAN, PERSATUAN BELIA KG BERANGKOK

Anonymous said...

Hel0..jt want 2 share..rs ny lg bgs klu ps0alan2 km 2 d tny sdiri dgn peg kita d kementerian caw. R0Y..jd sgala ps0alan akn tjwb d situ..jd ringan2 kn la kaki utk mdpt inf0 memandangkn rmai y krng pngetahuan tntang R0Y ne..jd sila-silalah hadirkn diri k..

Anonymous said...

xkn korang xda info langsung? kta d sini mahu mdptkan info, dpt sikit2 pn jadi lah, manala tahu time tu kitorang x dpt pigi..

Anonymous said...

krmb pn kena dftr balik ka gini?

Cucu Datuk Panglima

Anonymous said...

Utk pngetahuan suma..bg psatuan y sda bdaftar dgn R0S,pndaftarn psatuan anda msh sah cm tujuan R0Y dtng dan mberi mklumat kpd anda suma adalah utk mberi inf0 kpd anda..utk pngetahuan suma,sistem pntadbiran sbh n swak adalah bbeza sb itu la pndaftarn bg sbh n swak mc mguna kn R0S..jd n0 questi0n knapa R0S..utk pngetahuan jg..bg smenanjung msia suma ptubuhan belia adalah bdaftar dgn R0Y n utk tjuan rek0d bg jmlah ptubuhan belia setempat sb i2 la R0Y wujud..will gv inf0 s0on..

Anonymous said...

sy hrp prgm ini dipromosi scara hebat, syg klu phk2 yg mjd sasaran x dpt hadir atau x tahu...

Saifuddin II

Anonymous said...

SAYA JUGA BERPENDAPAT SEPERTI SAIFUDDIN II..SAYA RASA PROGRAM INI CKUP BAIK DEMI MASA DEPAN BELIA BEAUFORT. TAHNIAH BUAT PENGGERAK BELIA,CIK LIZA. SAYA YAKIN HAL INI AKAN MENGUNTUNGKN BELIA YANG MAHU BERPERSATUAN.

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

salam....
jangan gaduh2 n bertekak kat blog ne...

sebarang pertanyaan atau mau info,rasanya lebih baik tanya semasa program tu.bukannya apa,lebih bgus kita dengar sendiri info dari tuan punya badan supaya takde kumusykilan berlaku....

jom kita ramaikan program kita ne....

Lieyza kazuma..

Anonymous said...

persatuan belia ada d jemput secara rasmi ka?

Anonymous said...

da jemput......

tak tau mau datang ka inda durang2 tu....

datang la...

tuk kebaikan bersama...

Anonymous said...

kpda cik pgerak,
knapa anda x bt kem kt daerah sndri??knpa sllu lkukn kt tmpat len??
ble x kranya len kli bt kt sni??
krna mc bnyk bdk krmb kt sni nk join aktiviti yg kmu bt....

Anonymous said...

salam...tempat dan lokasi program bukan secara total ditentukan oleh penggerak ne..
ada perbincangan d lakukan..anda harus faham..bahagian bft ne luas.kita tak mau buat program d tmpt2 tertentu sahaja..banyak hal yg perlu d kaji..budjet lagi...
byk yg perlu d arrange..bukan semudah yg korang sbgi peserta fikir kan...

Anonymous said...

cik liza, tahniah & terima kasih atas panganjuran program td..memang bermanfaat,

tq dr kami
persatuan belia daerah kecil menumbok

Anonymous said...

salam....
terima kasih pada yang hadr ke majlis gerak daftar roy tu...

pada yang tak hadir,anda mungkin ketinggalan beberapa info...tapi,anda masih blh mdapatkan info d laman web roy.

sekali lagi,
salam penghargaan pada yg telah support program ini...

Lieyza kazuma

Anonymous said...

penggerak belia beaufort, mana kamu?

Anonymous said...

salam....

sy d sini bha....sapa yg tidak bernama tu?mcmn mau knl?

Lieyza kazuma