Monday, October 19, 2009

PRESIDEN KRMB : MARILAH BERSAMA JAYAKAN KEM KEPIMPINAN SUARA BELIA MERDEKA 2009


Apabila Presiden berkata-kata.................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli KRMB atas keprihatinan dan sikap mengambil berat mengenai perjalanan Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka 2009 yang sekarang ini sedang berada di fasa akhir persiapan sebelum menjelangnya hari pertama kem ini pada 23hb Oktober 2009 kelak.

Bersyukur dan ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka 2009 ini, khususnya kepada En. Kahar Buntak selaku Pengerusi, En. Suardi Kadir dan Persekutuan Pengakap Malaysia Bahagian Pedalaman Bawah kerana telah menjemput dan berkolaborasi bersama KRMB dalam melaksanakan program yang cukup berat dan padat dengan pengisian yang bermanfaat ini. KRMB sentiasa memandang berat dan serius dalam apa juga hal yang membabitkan kepentingan serta pembangunan generasi muda khususnya yang membabitkan golongan Rakan Muda yang berumur antara 15 hingga 25 tahun. Justeru itulah juga KRMB menyahut salam kerjasama yang dihulurkan dan menyumbang seiring dan sekata dalam hal yang membabitkan persediaan dan pelaksanaan keseluruhan program ini.

Oleh yang demikian, saya menyeru dan menjemput kepada semua ahli KRMB agar dapat menyertai program ini kerana ianya amat bermanfaat untuk diri kita dan kehidupan kita dalam hari-hari yang mendatang. Saya memberi jaminan 100% kepada semua bahawa anda tidak akan rugi apa-apa malah akan mendapat satu pengalaman yang cukup berharga dan seterusnya akan mematangkan diri kita untuk bergelar manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Besarlah harapan saya program ini akan berjaya mencapai objektifnya dan mampu menjulang generasi muda khususnya di kawasan Parlimen Beaufort menjadi satu generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mendukung 1 Malaysia ke arah satu dimensi yang berpaksikan kejayaan dan bertunjangkan keyakinan dan perpaduan. Sekian dan terima kasih.



MUHD JUNIDIN JAMLAN
Presiden,
Kelab Rakan Muda Beaufort.

18 comments:

Anonymous said...

PRESIDEN, KAMI MAHUKAN KRMB DAPAT MENUNJUKKAN SESUATU YANG MEMBUKTIKAN PEMIMPIN KRMB INI BUAT KERJA DAN TAHU AKAN TANGGUNGJAWABNYA. JANGAN TERLALU LOW PROFILE KERANA KRMB BUKAN SESUAI UNTUK TINDAKAN SEDEMIKIAN. HARAP MAKLUM.

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

perlukah kita sebagai pemimpin mengumumkan segala tindakan kita dalam blog...

atau kita hanya perlu bekerja dan tunjukkan hasil yang baik...

Anonymous said...

salam perpaduan dan salam 1 malaysia....

buat semua,kami harap tidak mlakukan sebarang tindakan yg boleh mnjadikan keadaan krmb terumbang ambing seperti dulu....kami sebenarnya tidak kisah ada kritikan yg mmbina didalam blog ttpi jangan smpai kritikan tersebut d salah ertikan oleh org lain khususnya yg tidak tahu mengenai krmb....semunya akan kita luahkan pada masyuarat AGM yg bakal dlakukan oleh mr.presiden dan amt nya tidak lama lagi...

kmi juga ingin mgucapkan tahniah kepada krmb kerana telah berjaya ddaftarkan...selamat menempuh perjalanan yg bru krmb...

mis ray & mis liza...

Anonymous said...

astaga, kamu ani tah banar, sadang jua kan..tapi aku tefikir jua lah, knapa bah phk presiden suka low profile ah? dan knapa ahli krmb bgtu sibuk mahu tahu pkmbangn krmb ah? ani tah kan bila sudah belawanan ani tah jadinya, arapnya pihak yang berkaitan atu bisai2 tah kamu bbincang ah..

Ular Sawa Selagon

Anonymous said...

hayati what our boss said ok..dont blame anymore..tq

Up Town GuRL

Anonymous said...

SEDARLAH KAMU WAHAI AHLI KRMB YANG HANYA MEMANDANG KESALAHAN PEMIMPIN KRMB TANPA MENILAI BAKTI DAN USAHA YANG DICURAHKAN SELAMA INI BAHAWA KAMULAH SEBENARNYA YANG MENJADI DURI DALAM DAGING DALAM KRMB. HENTIKAN DAN TUKARKANLAH BENTUK KEPADA SOKONGAN KEPADA KRMB.

DUTA KRMB DI TAMAN WAWASAN

Anonymous said...

aku sentiasa menantikan perutusan daripada presiden krmb kerana bagi aku, perutusan presiden boleh di ibaratkan sebagai satu peringatan dan amanah kepada semua ahli krmb. perasan atau tidak, bagi yang berfikir, sebenarnya presiden sentiasa memerhatikan laman blog ini dan menilai ahli2nya dari masa ke semsa. bagi aku ini adalah sifat terpuji dan sifat tidak menunjuk2 ini amat berkesan dalam mengenalpasti kewajaran pada satu tindakan yang akan dibuat pada masa hadapan. aku nanti tidak akan terkejut jika presiden krmb akan membuat keputusan yang akan mengejutkan semua pihak di dalam arena rakan muda ini. kerana bagi aku, semuanya sudah dinilai dan semuanya sudah dijadikan bahan mentah untuk menghasilkan output yang akan menguntungkan semua pihak. fikir2kan la wahai ahli krmb semua.

Budak Baru Belajar

Anonymous said...

wassuup..steady ko bos ku,,jgn takut, sy masih ada ba..yg pntg rocckk bos..

Bullock

Anonymous said...

siaPA kaTA preSIDEN kiTA tIDAK buaT kerJA? KenYATAAN kaMU kaDANG2 menYEBABKAN saKIT haTI paDA yaNG diKRITIK. kaMU jaNGAN suKA bUAT kenYATAAN yaNG tiDAK berASAS, berTANGGUNGJWABLAH seDIKIT oK.

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

tahniah mr presiden..truskan usaha

Saifuddin II

Anonymous said...

hyee mr presiden, how are u? i hope u okey..emm how about krmb now? event this club now become a official club, i hope the rest of top leader and top principal of management will stay tuned as long as a good to krmb members. TQ

One In A Million Teen In Sipitang

Anonymous said...

YA, SAYA AKAN MENYAHUT SERUAN MR PRESIDEN SUPAYA KITA MERIAHKAN KEM KEPIMPINAN SUARA BELIA MERDEKA.

NOORDIN MAT TOP
The bomber Man In Memory

Anonymous said...

bos, mana minuman aku, ckp mo blanja..alalal..

Bullock

Anonymous said...

mekom!!!nooRdin mat top,,berfikirla dgn waras,,bg sy kritikan d dlm blog ini adalah cara seorang pengecut utk m"kritik,,tidak salah b"ckp depan2,,terus terang sy katakan yg sy tidak b"minat dgn cara kritikan yg kmu berikan dlm blog ini,,JANGANLA JADIKAN DIRI SEPERTI MUSANG BERBULU AYAM,munculla dgn diri sndiri kerana tiada gunanya jg kmu berselindung dgn nama NORDIN MAT TOP!!!!

KyMeMaRu said...

sy ingin mberi sdikit pendapat
kpda anda smua...
smua yg msuk ke blog ini mgadakan pjumpaan scara rasmi utk myelesaikn masalah yg sring anda smua timbulkan ini..
utk kebaikan smua..

KyMeMaRu said...

kepada presiden.
sy amat berbangga krna mempunyai presiden spti anda krna wlu sibuk mcm mna pn anda ttp mluangkn msa bsama kmi..
sesiapa yg tlh mhina presiden org itu adalah org yg x tw mnilai urg len..
sy akn ttp myokong mr presiden..
kpda en.kahar sy amat btrma kasih kpd anda krna tlh percaya kpd kmi bdk krmb melantik kmi mjdi us dlm kem tsbut.trma ksih bnyk2.kpda smua kata2 yg krg bek e2 bkn lha bnar krna sy ada ikt bsma dlm kem tsbut smuanya adalah tidak betul sma skli..kmi smua bsma bkerjasma utk mjayakn kem ini..slamanya sy akn myokong en kahar..

KyMeMaRu said...

kpda ahli krmb mrilah kta bsatu mnentang musuh gnting dlm lipatan ini..

KyMeMaRu said...

kpda ahli krmb mrilah kta bsatu mnentang musuh gnting dlm lipatan ini..