Tuesday, October 20, 2009

PENDAFTARAN DILULUSKAN : KRMB MELANGKAH SATU TAPAK LAGI


KRMB kini sebagai sebuah kelab yang sah.....


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Dimaklumkan kepada semua ahli KRMB bahawa pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Kementerian Dalam Negeri Malaysia telahpun meluluskan permohonan penubuhan Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) untuk bergerak sebagai sebuah persatuan atau kelab secara rasmi pada hari ini. Oleh yang demikian, pihak KRMB mengucapkan tahniah kepada semua barisan kepimpinan KRMB khususnya kepada Presiden KRMB, saudara Muhd Junidin Jamlan serta Penggerak Rakan Muda Beaufort, cik Rayyana Amsir atas usaha dan inisiatif yang intensif yang dilakukan selama ini bagi menjamin dan memastikan KRMB didaftarkan secara sah.

KRMB juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Fadzly Ramli, Penolong Pegawai Belia & Sukan (Bahagian Pembangunan Rakan Muda) Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah atas segala bantuan dan sokongan kepada KRMB selama ini. Dengan rasminya penubuhan KRMB ini, maka Ahli Majlis Tertinggi (AMT) KRMB akan memutuskan untuk mengadakan satu Mesyuarat Agung Khas yang akan diberitahu kelak bagi membincangkan kedudukan KRMB secara serius dan proaktif.

Tahniah KRMB....KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

20 comments:

Anonymous said...

Tahniah krmb..wa best la lps ni dh rasmi kan..apapn tahniah pd mr presiden dan miss ray, tu tandanya durang wat keja...

LAN

Anonymous said...

TAHNIAH KEPADA KRMB. SAYA HARAP KOMEN SAYA TIDAK DISALAH TAFSIRKAN SEBAGAI SATU BENTUK PROVOKASI DAN KEBENCIAN TERHADAP PEMIMPIN KRMB. ITU SEKADAR PANDANGAN TAJAM SAYA SEBAGAI AHLI KRMB YANG SEHARUSNYA DINILAI DAN BUKAN DITOLAK BULAT2. APAPUN, SAYA BERBANGGA MENJADI AHLI KRMB KERANA KINI KRMB SUDAH PUN SAH UNTUK BERGELAR KELAB RAKAN MUDA BEAUFORT. TAHNIAH SEKALI LAGI.

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

awu banar tu, tahniah aku ucapkan..ani baru bisai kan..sudah rasmi ani tah bisai kalau kan apa2..yeeehhaaa..

Ular Sawa Selagon

Anonymous said...

sa ucapkn tahniah gak pd krmb...sdh sah ni hrp kmu dpt lebih lg jaga kebajikan ahli & pembangunan rkn mda..

Professor Malam

Anonymous said...

tahniah..sy bangga dgn krmb..caya la

Puteri Sungai Padas

Anonymous said...

wow..fantastic krmb..yeah i also very proud to become a part of krmb..ok la tu i think ni dh mmpun tutup mulut org2 ttentu tu...congrats krmb

Up Town GuRL

Anonymous said...

bravo..thniah wat krmb..

al-tengok al-tegur SDN BHD

Anonymous said...

aiya manyak bagus a..
wa manyak suka a..
tahniah a..
krmb a..
halap maju2 a..
1 malaysia a..

Lim Tat

Anonymous said...

inilah yg di namakn sejarah & perjalanan KRMB yg br bmula..Good Luck KRMB..

Lantera Samudera

Anonymous said...

aku ucapkan tahniah kepada krmb dan smua ahli jawatankuasanya. tahniah juga buat penggerak rakan muda beaufort, miss rayana kerana berjaya mengangkat krmb ke satu lagi mercu tanda kejayaan krmb. semoga krmb terus maju dan gemilang.

Budak Baru Belajar

Anonymous said...

eii bestnya..tahniah ba, tu la kamurang suka cakap mcm apa jak, nsb krmb lulus..eiii..eii

Petronella

Anonymous said...

congtras krmb..wow i like it..emm abut krms not be a part of the happy news..very sad.. cili padi, how about krms blog? any news to inform for me? i waiting that as long as krms leader not be change. plezzz...

One In A Million Teen In Sipitang

Anonymous said...

taHNIAH bUaT krMB. saYA cuKUP baNGGA daN berSYUKUR kerANA penDAFTARAN krMB kiNI suDAH lULUS, saYA haRAP aKAN aDA laNGKAH terBAIk diLAKUKAN oLEH krMB unTUK menJADI leBIH maJU daN manTAP.

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

tahniah krmb..aku memang respek la..

Saifuddin II

Anonymous said...

CONGRATULATION MR PRESIDEN & MISS RAY....

Awana Porto Dui Malaiku

Anonymous said...

tahniah krmb...1 kjyaan yg pasti akn di ingati smpi bila2..tahniah presiden dan penggerak bft..

Murai Baik

Anonymous said...

salam perpaduan...

sebenarnya sy nk ucapkn ribuan terima kasih kt En Fadzly yng bnyk mmbantu....bt ahli krmb...sy bt mana yg mampu jak yg selebihnya hasil bntuan suma...tnpa mrka krmb xkan bjaya..tahniah jua bt kwn2 krmb sipitang n kimanis yg turut bjaya dlm pdaftaran ros...

mis ray

Anonymous said...

bravooo...krmb, krms & krmk kini sudah sah dr segi undang2..hehehe..rock steady ma...

Bullock..

Anonymous said...

tahniah saya ucapkan kepada miss ray & krmb..tahnia sekali lagi

Cucu Datuk Panglima

Anonymous said...

tahniah smuany

Limau Manis