Wednesday, October 28, 2009

KEM KEPIMPINAN SUARA BELIA MERDEKA BERJAYA MENCAPAI MATLAMATNYA


Flying Fox & Hunted Jungle.........................



Salam Rakan Muda,


Pada 27hb Oktober 2009, bertempat di Taman Tasik Daerah Beaufort telah berlangsung Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka 2009 anjuran bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Beaufort dan Kelab Rakan Muda Beaufort. Program yang bermula pada 23hb Oktober 2009 ternyata cukup menarik, padat dengan aktiviti pembangunan jati diri dan sahsiah. Apapun, program ini berjaya mencapai matlamatnya seperti yang telah disasarkan bermula dari awal hingga ke akhir program ini.

Program ini juga telah menggabungkan kembali tenaga sukarelawan yang suatu ketika dulu merupakan satu pasukan sukarelawan yang cemerlang, berdedikasi dan penuh komitmen. Kehadiran skuad sukarelawan seperti Azrul Azwan Abd Lamin, Noralizawati Mat Sam, Mohd Nadzley Harith, Dg Nurlizawati Japlus, Mohd Ezwan Hj Salleh selain tenaga utama kem ini seperti Kahar Buntak, Suardi Kadir, Syed Muhammad Alqap, Muhd Junidin Jamlan, Mohd Sharol Saiman dan ramai lagi sudah cukup mengembalikan nostalgia kenangan manis semasa zaman kegemilangan skuad sukarelawan.

Kem ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh Yg Bhg saudara Muhd Junidin Jamlan, Presiden KRMB dan di dalam ucapannya, saudara Muhd Junidin mengharapkan pengalaman dan kemahiran yang didapati sepanjang program ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Segala usaha yang dicurahkan terutama daripada Pengerusi Jawatankuasa Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka, encik Kahar Buntak dan semua krew kem ini amatlah besar dan telah banyak mengorbankan apa saja yang mereka ada semata-mata menjayakan dan memastikan semua peserta berada dalam keadaan baik.

Semoga penganjuran kem ini akan berjaya meningkatkan produktiviti modal insan yang berkualiti, menjana kepada lahirnya insan remaja yang bertanggungjawab dan beretika dan mengukuhkan doktrinasi semangat gagasan 1 Malaysia. Semoga berjumpa lagi pada masa akan datang. Pihak KRMB mengucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Kem Kepimpinan ini serta semua peserta dan tunjukkanlah bahawa anda adalah insan yang bertuah menyertai kem ini dengan sikap yang matang dan berkarisma.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan


Tuesday, October 27, 2009

DELEGASI KRMB KE KENINGAU


Pengukuhan nilai kemasyarakatan bermula di sini....


Salam Rakan Muda,

Seluruh ahli KRMB mengucapkan selamat jalan kepada delegasi KRMB yang kini berada di Keningau, Sabah untuk menghadiri Program Rakan Muda Wawasan Desa Etnik Negeri Sabah. Delegasi KRMB diketuai oleh Penggerak Rakan Muda Beaufort, Cik Rayanna Amsir dan Naib Presiden KRMB, Cik Noralizawati Mat Sam berkampung selama 3 hari 2 malam bermmula 25hb Oktober hingga 27hb Oktober di Kampung Bayangan bagi melihat sendiri aktiviti kemasyarakatan unik yang terdapat di sini.

Program ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah disertai golongan rakan muda dari seluruh negeri Sabah. Semoga delegasi KRMB ini akan dapat mempelajari sesuatu yang berguna untuk dikongsi bersama warga KRMB apabila pulang seterusnya diimplimentasikan di dalam mana-mana program yang dirasakan perlu bagi mencapai objektif yang disampaikan.

Buat Miss Ray & Miss Liza, semoga berjaya dan jangan lupa bawa pulang ole-ole OK.. KRMB :- Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Monday, October 26, 2009

STATISTIK MINGGUAN : NOORDIN MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN, PENINGKATAN PENGUNJUNG BARU


Kekalkan percambahan idea dan pendapat.......


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Statistik mingguan pada 18hb hingga 25hb Oktober 2009 menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi jumlah pengunjung dan jumlah komen di dalam laman blog ini. Peningkatan ini merupakan satu lagi lonjakan yang berterusan kesinambungan daripada minggu lepas. Apapun, faktor program Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka 2009 telah banyak mempengaruhi kepada peningkatan ini. Minggu ini Noordin Mat Top sekali lagi dinobat sebagai juara carta KRMB mengatasi yang lain untuk minggu ke 3 berturut-turut. Turut cemerlang pada minggu ini ialah Saifuddin II dan Budak Baru Belajar. Diharapkan budaya memberikan komen secara sihat, mapan dan bertanggungjawab akan menjadi satu sikap yang sebati dengan semua pengunjung blog ini. Ingatlah bahawa imej dan reputasi KRMB berada ditangan kita semua. Berikut adalah statistik pada minggu ini :-

Jumlah Pengunjung (Yang Memberi Komen) : 40
Jumlah Pengunjung Yang Memberi Komen Terbanyak :-
Noordin Mat Top (12 Komen)
Jumlah Komen Berbentuk Cadangan :- 16
Jumlah Komen Berbentuk Teguran : - 19
Jumlah Komen Berbentuk Pendapat :- 22

Pengunjung Paling Popular :-

Noordin Mat Top
Saifuddin II

Pengunjung Baru :-

Suria
Siti Asyimah
Rud's
Dorty Angily
Ramly
Teropong Zoom


Bermula pada minggu ini, semua pengunjung adalah diminta untuk terlibat secara aktif dalam apa-apa sahaja yang dirasakan perlu dikongsi bersama namum ianya mestilah bertanggungjawab, ikhlas dan berhemah bagi menjamin kesejahteraan laman blog KRMB ini. Teruskan sokongan anda, jangan merasa jemu dan setiap idea dan pendapat anda akan menentukan prestasi dan sejauhmana KRMB boleh menggapai kecemerlangan dalam acuannya yang tersendiri.

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Friday, October 23, 2009

PROGRAM PENGGALAKAN PEKERJA TEMPATAN


Ramai yang dah dapat kerja, anda bila lagi?....


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Kepada semua ahli KRMB & pengunjung setia laman blog ini, dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Bahagian Beaufort, Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan satu program yang dinamakan Program Penggalakan Pekerja Tempatan di sektor Perladangan, Program Penempatan Pekerja (3P) dan taklimat MOEMC yang akan dilaksanakan seperti ketetapan yang berikut :-

Tarikh : 24 Oktober 2009
Masa : 8.00 Pagi - 2.00 Petang
Lokasi : Dewan Seri Dayang, Weston, Beaufort.

Program yang bermanfaat ini akan menampilkan beberapa aktiviti yang tidak harus dilepaskan oleh komuniti rakan muda dan belia terutama yang mahu mencari pekerjaan kerana peluang dan ruang akan dibuka seluasnya pada program kali ini. Antara aktivitinya adalah :-

* Temuduga Terbuka
* Ceramah Motivasi
* Pendaftaran Pencari Pekerjaan
* Pameran Jabatan
* Penyediaan Program Train & Place
(Latihan & Penempatan)
* Cabutan Tiket Bertuah

Sila datang dengan berpakaian kemas dan bawa semua salinan asal dokumen-dokumen yang berkaitan. Kehadiran semua adalah amat dialukan dan ingat!, jangan lepaskan peluang keemasan ini demi masa depan anda dan keluarga anda. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Bahagian Beaufort di 087-211415.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan

Wednesday, October 21, 2009

PROGRAM GERAK DAFTAR BERSAMA PENDAFTAR BELIA (ROY)


Daftarlah persatuan belia anda.......................


Salam Rakan Muda,

Kepada semua komuniti Rakan Muda & Belia di kawasan Parlimen Beaufort, satu program anjuran bersama pihak Penggerak Belia Beaufort, Pejabat Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort dan Pendaftar Belia (ROY) Kementerian Belia & Sukan Malaysia yang dinamakan PROGRAM GERAK DAFTAR BERSAMA ROY akan diadakan seperti butiran yang berikut :-

Tarikh : 30hb Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Hotel Jasaria, Beaufort.

Oleh yang demikian, semua generasi Rakan Muda & komuniti belia yang ingin tahu mengenai Pendaftar Belia, mahu menubuhkan persatuan belia dan mengukuhkan persatuan belia yang sedia ada, adalah dijemput dan dialu-alukan untuk hadir ke program ini. Program ini juga akan menampilkan wakil khas daripada ROY untuk membantu anda dari segala aspek teknikal dan ilmu dalam menyedia, menubuh dan mengurus sebuah persatuan belia.

Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Penggerak Belia Beaufort, cik Noralizawati Mat Sam di talian 087-211625. InsyAllah, segala pertanyaan akan dijawab dan maklumat akan diberikan terus kepada anda. Semoga mendapat pengetahuan yang berguna di dalam program ini. Akses laman web ROY di www.roy.kbs.gov.my.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Tuesday, October 20, 2009

STATISTIK MINGGUAN : NOORDIN KEKAL JUARA, CARTA BERUBAH-UBAH


Turun naik perkara biasa.................


Salam Rakan Muda,

Alhamdulillah, berita mengenai status pendaftaran yang telah diluluskan pihak ROS merupakan satu sejarah yang telah melonjakkan lagi KRMB ke satu dimensi yang baru pada minggu ini. Apapun, itu semua seharusnya didukung oleh kualiti dan sikap yang dipersembahkan oleh para ahli KRMB dalam menggarap laluan untuk menjadi sebuah kelab rakan muda yang dihormati dan disegani. Baiklah, untuk minggu lalu nampaknya pergerakkan pengunjung pada minggu lalu tidak banyak berubah. Faktor peperiksaan akhir dan faktor sampingan lain telah sedikit sebanyak menjejaskan kerancakkan bilangan pengunjung dan komen yang ada setakat minggu lalu.

Berikut adalah statistik pengunjung pada minggu lalu :-


Jumlah Pengunjung (Yang Memberi Komen) : 22
Pengunjung Yang Paling Banyak Memberi Komen :

Noordin Mat Top (9 Komen)
Jumlah Komen Berbentuk Cadangan : 4
Jumlah Komen Berbentuk Teguran : 9
Jumlah Komen Berbentuk Pendapat : 10

Pengunjung Paling Popular :-

Noordin Mat Top
Angin Menderu

Pengunjung Baru
Kak Tyea
Lantera Samudera
Kwok 4t4

KRMB amat mengalu-alukan sebarang komen yang diberikan oleh anda, namun komen yang diberikan diharapkan adalah komen yang bertanggungjawab demi menjaga nama baik dan prestasi KRMB agar terus menjadi medium paling penting dan berkesan dikalangan generasi muda yang ada di seluruh kawasan Parlimen Beaufort ini.

Teruskan dan kekalkan sokongan anda pada KRMB kerana tanpa anda KRMB tidak ada maknanya. Diharapkan pada minggu ini para pengunjug dapat meningkatkan tahap dan mutu komen yang diberikan. Terima kasih atas kesetiaan anda selama ini dan KRMB sememangnya amat menghargai kesetiaan anda selama ini. Sekian dan terima kasih.


KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

PENDAFTARAN DILULUSKAN : KRMB MELANGKAH SATU TAPAK LAGI


KRMB kini sebagai sebuah kelab yang sah.....


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Dimaklumkan kepada semua ahli KRMB bahawa pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), Kementerian Dalam Negeri Malaysia telahpun meluluskan permohonan penubuhan Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) untuk bergerak sebagai sebuah persatuan atau kelab secara rasmi pada hari ini. Oleh yang demikian, pihak KRMB mengucapkan tahniah kepada semua barisan kepimpinan KRMB khususnya kepada Presiden KRMB, saudara Muhd Junidin Jamlan serta Penggerak Rakan Muda Beaufort, cik Rayyana Amsir atas usaha dan inisiatif yang intensif yang dilakukan selama ini bagi menjamin dan memastikan KRMB didaftarkan secara sah.

KRMB juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Mohd Fadzly Ramli, Penolong Pegawai Belia & Sukan (Bahagian Pembangunan Rakan Muda) Jabatan Belia & Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah atas segala bantuan dan sokongan kepada KRMB selama ini. Dengan rasminya penubuhan KRMB ini, maka Ahli Majlis Tertinggi (AMT) KRMB akan memutuskan untuk mengadakan satu Mesyuarat Agung Khas yang akan diberitahu kelak bagi membincangkan kedudukan KRMB secara serius dan proaktif.

Tahniah KRMB....KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Monday, October 19, 2009

PRESIDEN KRMB : MARILAH BERSAMA JAYAKAN KEM KEPIMPINAN SUARA BELIA MERDEKA 2009


Apabila Presiden berkata-kata.................


Salam Rakan Muda & Salam 1 Malaysia,

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli KRMB atas keprihatinan dan sikap mengambil berat mengenai perjalanan Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka 2009 yang sekarang ini sedang berada di fasa akhir persiapan sebelum menjelangnya hari pertama kem ini pada 23hb Oktober 2009 kelak.

Bersyukur dan ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka 2009 ini, khususnya kepada En. Kahar Buntak selaku Pengerusi, En. Suardi Kadir dan Persekutuan Pengakap Malaysia Bahagian Pedalaman Bawah kerana telah menjemput dan berkolaborasi bersama KRMB dalam melaksanakan program yang cukup berat dan padat dengan pengisian yang bermanfaat ini. KRMB sentiasa memandang berat dan serius dalam apa juga hal yang membabitkan kepentingan serta pembangunan generasi muda khususnya yang membabitkan golongan Rakan Muda yang berumur antara 15 hingga 25 tahun. Justeru itulah juga KRMB menyahut salam kerjasama yang dihulurkan dan menyumbang seiring dan sekata dalam hal yang membabitkan persediaan dan pelaksanaan keseluruhan program ini.

Oleh yang demikian, saya menyeru dan menjemput kepada semua ahli KRMB agar dapat menyertai program ini kerana ianya amat bermanfaat untuk diri kita dan kehidupan kita dalam hari-hari yang mendatang. Saya memberi jaminan 100% kepada semua bahawa anda tidak akan rugi apa-apa malah akan mendapat satu pengalaman yang cukup berharga dan seterusnya akan mematangkan diri kita untuk bergelar manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Besarlah harapan saya program ini akan berjaya mencapai objektifnya dan mampu menjulang generasi muda khususnya di kawasan Parlimen Beaufort menjadi satu generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mendukung 1 Malaysia ke arah satu dimensi yang berpaksikan kejayaan dan bertunjangkan keyakinan dan perpaduan. Sekian dan terima kasih.



MUHD JUNIDIN JAMLAN
Presiden,
Kelab Rakan Muda Beaufort.

Saturday, October 17, 2009

LAMAN WEB KEM KEPIMPINAN SUARA BELIA MERDEKA 2009


Perkhemahan medium pencetus pengukuhan jati diri remaja..


Salam Rakan Muda,

Kepada semua ahli KRMB & pengunjung setia laman blog ini, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka 2009 telahpun melancarkan satu laman web khas untuk mempromosikan program ini selain memuatkan kemudahan 'download' borang penyertaan, borang tawaran menyertai kem, maklumat semasa dan sebagainya. Semoga dengan adanya laman web ini akan dapat memudahkan proses mempromosikan serta menjadikan program ini lebih berjaya dan berkesan.

Laman web rasmi Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka 2009 :- Sila Klik..........


Monday, October 12, 2009

STATISTIK MINGGUAN : CILI PADI JATUH, NOORDIN KEMBALI JUARA


Minggu seribu perubahan............................


Salam Rakan Muda,

Minggu ini merupakan minggu yang sederhana di dalam komuniti blog KRMB kerana jumlah pengunjung blog yang sedikit merosot berbanding minggu lalu. Faktor peperiksaan akhir Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan masih belum ada pengumuman program terbaru Rakan Muda dilihat sedikit menjejaskan jumlah pengunjung ke laman blog ini. Lebih mengejutkan juga, juara 5 minggu berturut-turut Carta KRMB, Cili Padi juga telah jatuh mendadak dan juara carta telah bertukar tangan dan dimenangi oleh Noordin Mat Top.

Minggu ini menyaksikan promosi dan perlaksanaan Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka telah mengambil tempat sebagai paparan utama laman blog ini. Pihak KRMB mengharapkan kepada sesiapa yang berminat menyertai kem ini agar dapat mendaftarkan diri dengan mengisi borang yang disediakan di kaunter Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort, tingkat 1, Wisma Persekutuan Beaufort. Daftar jangan tidak daftar OK. Berikut adalah statistik pengunjung pada minggu ini :-


Jumlah Pengunjung (Yang Memberi Komen) : 24
Pengunjung Yang Paling Banyak Memberi Komen :
Noordin Mat Top (14 Komen)
Jumlah Komen Berbentuk Cadangan :
3
Jumlah Komen Berbentuk Teguran : 8
Jumlah Komen Berbentuk Pendapat : 13


Pengunjung Paling Popular :-

Noordin Mat Top
Professor Malam

Pengunjung Baru

G.S

Pihak KRMB mengucapkan terima kasih atas sokongan moral, pandangan dan idea yang anda curahkan di dalam laman blog ini. Teruskan sokongan anda, jangan cepat mengalah dan yang lebih penting, bersatu-padulah kita untuk sama-sama membangunkan serta memajukan KRMB ke arah pencapaian yang cemerlang dan gemilang. KRMB :- Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Sunday, October 11, 2009

INFO KEM KEPIMPINAN SUARA BELIA MERDEKA 2009




BARISAN AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
KEM KEPIMPINAN SUARA BELIA MERDEKA 2009


PENAUNG & PENASIHAT

YB Datuk Seri Panglima Dr Hj Lajim Hj Ukin
Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Malaysia
/ Ahli Parlimen Beaufort

YB Dato' Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun,
Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna
Negeri Sabah / ADUN N.25 Klias

Ybhg Tuan Abd Sidek Bin Jubar
Pegawai Daerah Beaufort


PENGERUSI
En. Kahar Buntak
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Pedalaman Bawah
TIMBALAN PENGERUSI
En. Muhd Junidin Jamlan
Presiden Kelab Rakan Muda Beaufort
SETIAUSAHA
En. Bonis Motujin
Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort
BENDAHARI
En. Suardi Kadir
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Beaufort


AHLI JAWATANKUASA

Cik Rayyana Amsir
(Penggerak Rakan Muda Beaufort)
Cik Nurul Faezah Hj Zainal
(Penggerak Rakan Muda Sipitang)
En. Mohd Alifah Mohd Noor
(Penggerak Rakan Muda Kimanis)
En. Mohd Helmi Tuah
(Polis Diraja Malaysia)
En. Syed Muhammad Alqap Syed Manleidin
(Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Beaufort)
En. Mohd Nadzley Harith
(Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Beaufort)
Cik Noralizawati Mat Sam
(Penggerak Belia Beaufort)
En. Azrul Azwan Abd Lamin
(Skuad Sukarelawan Bahagian Beaufort)
En.Mohd Ezwan Hj Salleh
(Skuad Sukarelawan Bahagian Beaufort)
En. Nurul Hardy Japar
(Kelab Rakan Muda Beaufort)
En. Mohd Sharol Saiman
(Kelab Rakan Muda Beaufort)

&

Ahli Majlis Tertinggi KRMB
Ahli Jawatankuasa Pusat Persekutuan Pengakap Malaysia
Cawangan Beaufort
Sukarelawan Bahagian Beaufort

____________________________________________________


Jemputan Ke
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka 2009
Kali Ke 3


Semua Ahli Jawatankuasa adalah dengan ini dijemput hadir ke mesyuarat seperti yang tersebut di atas seperti butiran-butiran yang berikut :-


Tarikh : 13 Oktober 2009 (Selasa)
Masa : 2.00 Petang
Vanue : Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Belia & Sukan (P) Beaufort


AGENDA

01. Ucapan Pengerusi Jawantankuasa Pelaksana
02. Laporan Persediaan Program
03. Perbincangan Mengenai Persiapan Aktiviti
04. Pembahagian Tugas
05. Hal-Hal Lain


Kehadiran semua pihak adalah amat dialu-alukan untuk menjamin kejayaan penganjuran program kem kepimpinan ini kelak. Sekian & terima kasih.



Dimaklumkan Bahawa Lokasi Program Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka 2009 Adalah ditetapkan di

TAMAN TASIK DAERAH BEAUFORT

Saturday, October 10, 2009

AL-FATIHAH BUAT MANGSA GEMPA BUMI DI PADANG, INDONESIA.



Padang, Indonesia............................


30 September 2009, tepat jam 10.00 pagi, satu gempa bumi telah menggegarkan kawasan Padang, Sumatera Barat, Indonesia dengan kekuatan gegaran 7.6 skala richter. Gempa bumi ini telah memusnahkan sama sekali kawasan Padang, terutama di Bukit Tinggi dan Periaman. Periaman telah menyaksikan kawasan perkampungan telah ditimbus dan tenggelam di perut bumi.

Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) bersimpati dengan mangsa di Padang yang sehingga ini telah mengorbankan lebih 800 orang dan beribu lagi yang masih hilang tanpa dikesan. Buat semua ahli KRMB & pengunjung blog ini, sama-samalah kita menghadiahkan Al-Fatihah buat mangsa korban di sana dan kita berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para alim ulama dan solehin.


AL-FATIHAH................



Kehancuran dapat dilihat di mana-mana......


Padang yang kini seperti padang.........


Bangunan ranap menyembah bumi.........

Friday, October 9, 2009

BERSAMA KITA JAYAKAN KEM KEPIMPINAN SUARA BELIA MERDEKA 2009


Kem Kepimpinan Belia Pemangkin Pembangunan Jati Diri...

Salam Rakan Muda,

Kepada semua ahli dan komuniti Rakan Muda, program kerjasama antara KRMB dan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Beaufort iaitu Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka Tahun 2009 akan dilaksanakan selaras dengan perancangan yang telah dilaksanakan sebelum ini. Oleh yang demikian, adalah dengan ini anda semua adalah dialu-alukan dan digalakkan untuk menyertai kem ini yang mana proses pendaftaran penyertaan sudah dibuka bermula pada hari ini. Berikut adalah maklumat program :-

Tarikh : 23hb - 27hb Oktober 2009
Hari : Jumaat hingga Selasa
Lokasi : Padang Pekan Beaufort *
Pendaftaran : 23hb Oktober 2009
(8.00 Pagi - 5.00 Petang)

Sebarang pertanyaan dan info lanjut berkenaan program ini bolehlah menghubungi Pegawai Penyelaras Kem Kepimpinan Suara Belia Merdeka Tahun 2009, En. Kahar Buntak di talian 013-8694190 atau faks di 087-214625.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, program ini adalah terbuka kepada semua remaja yang berumur 15 tahun hingga 25 tahun di seluruh negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Persatuan Belia, Persatuan-persatuan Beruniform, Kadet Remaja, Persatuan Dalaman, Sekolah, Institut Pengajian Tinggi, Pusat-pusat Kemahiran dan sebagainya. Teruskan mengikuti perkembangan program kem kepimpinan ini bersama kami di KRMB.

KRMB: Satu Perjalanan Ke Masa Depan.


* Tertakluk kepada perubahan.

Monday, October 5, 2009

STATISTIK PENGUNJUNG : MINGGU PALING MERIAH


Jalan terbaik menuju kejayaan adalah dengan bersatu.......

Salam Rakan Muda,

Minggu kedua Aidilfitri nampaknya keadaan laman blog KRMB kembali seperti biasa. Berbanding pada minggu pertama Hari Raya yang menyaksikan jumlah pengunjung yang menjunam jumlahnya, minggu ini menyaksikan perubahan positif yang mendadak iaitu kenaikan 200% jumlah pengunjung. Berlalunya minggu Aidilfitri dan minggu bercuti yang sudah tamat menyebabkan peluang dan ruang untuk menjenguk laman blog ini kembali terbuka.

Tahniah buat Cili Padi yang menjadi juara carta lagi pada minggu ini untuk minggu kelima berturut-turut. Satu pencapaian peribadi yang dirasakan sukar digugat oleh pengunjung lain buat masa ini. Apapun minggu ini juga menyaksikan beberapa lagi muka baru yang mengunjungi blog ini. KRMB mengucapkan selamat datang kepada pengunjung baru dan teruskan bersama KRMB. Berikut adalah statistik pada minggu ini :-

Jumlah Pengunjung (Yang Memberi Komen) : 39
Pengunjung Yang Paling Banyak Memberi Komen :
Cili Padi (44 Komen)
Jumlah Komen Berbentuk Cadangan : 7
Jumlah Komen Berbentuk Teguran : 19
Jumlah Komen Berbentuk Pendapat : 14

Pengunjung Paling Popular :-

Cili Padi
Kazuma
Rock Kapak
Al-Tengok Al-Tegur SDN BHD

Pengunjung Baru

Adisaputra
T-Rex
Super Boroi
Angin Menderu
Pedang Tumpul
Linda

Semakin hari semakin ramai yang mengunjungi dan mahu bersama KRMB. Buat ahli-ahli KRMB & pengunjung setia laman blog KRMB ini, teruskan dan kekalkan sokongan anda kerana tanpa anda semua siapalah KRMB. Anda adalah jantung dan nadi kepada KRMB. Terima kasih atas sokongan selama ini. KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Saturday, October 3, 2009

SUARA AHLI : KRMB PERLU TINGKATKAN PRESTASI


Apabila warga KRMB bersuara.....................


Salam Rakan Muda,

KRMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli dan pengunjung blog KRMB atas kerjasama dan sokongan kepada KRMB selama ini. Bermula pada bulan lepas, KRMB telah melakukan satu tinjauan yang berbentuk undian bagi mendapatkan maklumbalas daripada semua warga KRMB mengenai prestasi dan pencapaian KRMB selama di bawah kepimpinan baru KRMB yang mengambil alih pada bulan Mac yang lalu.

Berikut adalah keputusan tinjauan yang telah dibuat bermula pada 02hb September 2009 sehingga 03hb Oktober 2009 :-


Adakah Anda Berpuas Hati Dengan Prestasi KRMB Setakat Ini?

OkLah Tapi Perlu Tingkatkan Lagi
(73%)


Ya, Puas Hati
(63%)

KRMB Perlu Ditransformasi
(43%)

Belum Mencapai Tahap Yang Sepatutnya
(18%)


Berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh warga KRMB, ternyata majoriti daripada mereka mahukan kepimpinan KRMB dapat meningkatkan prestasi dari segi kecekapan mentadbir, menjalankan program serta amanah yang telah ditetapkan. Suara 73% warga KRMB harus didengar dan diteliti oleh kepimpinan KRMB. 63% pula menyatakan rasa puas hati dengan prestasi KRMB setakat ini tanpa prejudis dan berasa yakin KRMB akan mengekalkan prestasi yang ditunjukkan sebelum ini.

Apa yang menarik ialah suara 43% yang mahukan KRMB perlu ditransformasikan untuk kebaikan semua. Jumlah peratusan ini juga menunjukkan angka yang tinggi dan seharusnya KRMB mengambil berat suara mereka ini yang sebenarnya boleh menjadi duri dalam daging dalam KRMB jika kepimpinan KRMB tidak berusaha menambat hati golongan ini. Manakala hanya 18% sahaja yang berpendapat KRMB masih belum mencapai standard atau pencapaian yang diharapkan.

Semoga suara akar umbi ini akan mendapat perhatian daripada kepimpinan KRMB kerana suara mereka adalah lambang kejayaan KRMB selama ini. KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Friday, October 2, 2009

JOM BANTERAS VANDALISME....PROGRAM KOMUNITI SOSIAL KRMB BERJALAN LANCAR




Vandalisme berjaya dibersihkan.....................


Salam Rakan Muda,


KRMB telah melancarkan gerakan Program Khidmat Sosial pertama hari ini apabila Program Jom Banteras Vandalisme bermula pada petang tadi. Program yang mendapat kerjasama daripada Sukarelawan Bahagian Beaufort & komuniti laman blog Kami Anak Malaysia ini telah berjalan dengan jayanya. Lokasi yang menjadi pilihan dalam program perintis kali ini ialah benteng berhadapan dengan KFC di Pekan Beaufort.

Seperti yang telah digembar-gemburkan, gejala vandalisme di sekitar lakaran seni grafiti di sepanjang benteng telah dirosakkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk memulihkan keadaan kepada sedia kala, maka program ini telah dijalankan dan hasilnya cukup membanggakan.

Pihak KRMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya kepada saudara Kahar Buntak, saudara Suardi Kadir, saudara Syed Muhd Alqap, Cili Padi, 782734, Padang Tumpul dan yang lain-lain atas kesudian membantu program ini. InsyAllah, selepas ini program ini akan di adakan dilokasi yang lain yang mana perbuatan vandalisme ini boleh menjejaskan nama baik Beaufort di mata masyarakat.

KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.



Antara ahli-ahli KRMB & sukarelawan yang terlibat......

Vandalisme yang merosakkan pemandangan berjaya dipulihkan..


Thursday, October 1, 2009

KOMEN TERBAIK BULAN SEPTEMBER


Terbaik Bulan September.................


Salam Rakan Muda,

Selamat Datang Bulan Oktober!! Pejam kelik kita sudahpun berada di bulan Oktober, hanya dua bulan sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2009. Baiklah, seperti biasa dalam kesekiankalinya banyak komen yang dicurahkan di dalam laman blog KRMB ini, pihak admin@KRMB akan memilih satu komen yang terbaik dikalangan yang terbaik untuk diangkat menjadi komen yang terbaik untuk bulan September.

Untuk bulan September, admin@KRMB telah memilih satu komen yang ringkas tapi padat dengan isi dan pengetahuan. Sebenarnya banyak kali komen yang boleh diangkat untuk menjadi komen terbaik, tetapi memandangkan komen pada kali ini bertemakan ilmiah, maka komen yang terbaik pada bulan ini adalah seperti yang berikut :-

Komentator :- Cili Padi
Tarikh :- 02hb September 2009

KePaDa SemUA AHLI KRMB...kaLaU henDakKan KeMajUan terHadaP sesUATU PeRKaRa ..KiTa mesTILAH MenGikIS PaNDaNGAn YanG NeGatiF tenTanG sesUaTU perKAra yanG munGKin TeLAh KIta KeTahUi...MaKA SikAP terBUka haRus Ada DaLAm JiWa seSeoRaNG...perKARa perLU KiTa KeTAhUI...KeNAl...taHU...DaN jaTUH CinTa TerHaDaP sesUATu PeRKaRa...CoNTohnYa KRMB...APaBila Kita CinTA KePaDA KRMB...aPAPun aKAn Kita LaKUKaN DemI KeBaIKaN daN MaSa DePAn KRMB...SeKurAnG-KuRanGNyA DaLam seHARI KiTa KeNA MenGAmbIL BeRAt atAu MemBeri TumPUhaN kePADa KRMB...aTaU DenGAn aPa SaHAja YaNG InGIN kITa LakUkan...TumPUaN DaN seBaraNG UsaHa TiDaK aKan MemBerikan HaSIl ataU kePutuSaN yanG MenGemBIraKan...Jika UsaHA DiLakUKan TiDaK BersUNGGUh-SUnGGuH DaN TIDAak ADa MinAt...USaHA seBeGInI hanYa " hangaT-HanGAt TaHI aYaM " YaNG memBawa HaSIL yang mengeceWakan...keRANa UsaHa TanGGa KeJAyaan...KeRAna KeJAyAaN TiDaK aKan DaTanG beGItu SaHaJa...KalaU KiTa TiDaK berUSaHa MenDapaTkaNnYa...CILI PADI