Tuesday, September 22, 2009

PERUTUSAN AIDILFITRI OLEH PRESIDEN KRMB, MUHD JUNIDIN BIN JAMLAN




Salam Rakan Muda & Salam Aidilfitri,

Syukur Alhamdulillah, kita berkesempatan lagi untuk meraikan hari berbahagia untuk kita semua. Pastinya semua insan yang meraikannya sekarang begitu sibuk mengunjungi dan ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai yang berada di mana sahaja bagi mengalunkan tradisi kunjung mengunjung dan saling bermaafan.

Buat seluruh warga KRMB, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin, saya berdoa semoga syawal pada tahun ini merupakan syawal yang terbaik di dalam hidup anda. Selama memimpin KRMB ini, saya menghulurkan 10 jari memohon kemaafan dengan penuh keinsafan jika saya ada melakukan kesalahan, terkasar bicara dan terabai mana kelakuan dan cara pentadbiran atas nama saya selaku Presiden KRMB. Saya hanyalah insan biasa yang tidak sempurna dan saya juga sedar saya pastinya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak, apapun saya tetap melakukan yang terbaik dan semampu yang mungkin untuk anda dan KRMB.

KRMB merupakan sebuah kelab rakan muda yang unik, mungkin ramai tidak tahu bahawa saya sebenarnya selalu memantau keadaan blog KRMB ini, atas dasar sebagai pemimpin, saya hanya membincangkan masalah yang timbul ini bersama Penggerak Rakan Muda Beaufort, Cik Rayyana Amsir secara hati ke hati dan memanjangkannya ke Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi KRMB. Saya lebih suka membincangkan semua masalah yang timbul dengan cara musyawarah dan bukannya beremosi. Atas dasar menjaga imej KRMB, saya juga sering berhubung dengan Admin@KRMB untuk sama-sama memantau perkembangan blog ini. Saya menasihatkan kepada semua ahli KRMB agar tidak bertindak sesuatu yang boleh menjejaskan imej KRMB di dalam tindakan yang dilakukan kerana pihak luar senantiasa sahaja memerhatikan dan mengunjungi blog kita yang sudah 'publish' di mata masyarakat dan komuntiti Rakan Muda. Untuk pengetahuan semua, saya lebih suka bergerak dan bertindak 'dibelakang tadbir' dan tidak gemar bertindak hanya bersandarkan keputusan bersifat popular dan tidak praktikal.

Apapun, saya menghargai setiap sokongan yang diberikan kepada KRMB. Ahli-ahli KRMB adalah jantung dan nadi KRMB, saya berjanji tidak akan mengabaikan anda dan teruskanlah memberi sokongan kepada KRMB dan laman blog KRMB. Terima kasih atas segalanya.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

KRMB ; Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Yang ikhlas & Salam Aidilfitri,

Muhd Junidin Jamlan
Presiden KRMB.

18 comments:

::CuLan:: said...

Slamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin...

smoga bog KRMB terus maju...lol

semoga senyuman semanis wajid dan hati sekental dodol... (yg lain dah lupa korang sambunglah sendiri...:P)

Anonymous said...

UnTUk seMUA AMT DaN AhlI KRMB DaN PenGUnJunG YanG diKasIHi...

SaLAM AIDil FitRI sY UCaPKaN...SaLAH daN SilAP HaRAP dImaaFKaN...JanGAN LUPa GeMBIRaKaN...IbUBaPA YaNG melaHIrKaN...

CILI PADI

Anonymous said...

sa suka prutusan presiden kita kali ni, sa rasa br sa fhm mcmana..hii culan, bleh bkenalan?eheh..mana ba yg len2 ni..sa rindu ba tgk blog ni meriah

Professor Malam

Anonymous said...

hiii all..emm hii culan, hii cili, hii prof..br u all ada ek, i boorring tau this week ni blog ni nobody here..

Up Town GuRL

Anonymous said...

HeLO krMB, waH laMA saYA tiDAK jeNGUK daN saYA teNGOK pUN nDA raMAI juGA yaNG maSUK blOG nI..aPAPUn saYA ucAPKAN seLAMAT haRI rAYA maaF zaHIR daN baTIN..

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

uP tWon gUrL...

BaH BilA P COMWeLL...KiTA JumPA SaNA...Gi TaU...BiLA Sy P...TiGa HaRI dR SKRanG LaH...Ko G TaU sy...k...

CILI PADI

Anonymous said...

SeMua PunC Buk seKrAnG nI...baB TU LaH taK RaMAI maSuk BlOG...APA2 Pun KRMB teTAP lanCaR BerKemBAnG...


CILI PADI

Anonymous said...

ciLI paDI, ya beTUL tU, semUA ahLI krMB sKNG ni bZ baH..aDA yaNG baRU puLANG daRI kaMPUNG macAM saYA, baRU laH daPAT onLINE niE..maNA yaNG laIN aH? raSAnYA ciLI paDI puN mesTI baRU puLANG daRI kaMPUNG KAN...

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

cili padi, ow sory la i br balik dr sipitang, i x lepak comwel mlm ni..i so tired la..

UpTown GuRL

Anonymous said...

HELO SEMUA, RASANAY HAMPIR 4 HARI SAYA TIDAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN BLOG NI, NAMPAKNYA SAMBUTAN HARI RAYA BERJAYA MENJEJASKAN KEMERIAHAN BLOG KRMB YA..SAYA PUN BARU HARI INI ADA KESEMPATAN UNTUK MASUK BLOG INI. KEPADA CULAN DAN KIMORA, TERUSKAN BERSAMA KRMB YA. KEPADA CILI PADI, NAPA LAMA MENYEPI, BALIK KAMPUNG JUGAK KA? MACDAMANA DENGAN KONVOI KRMB? BERAPA RUMAH ANDA SEMUA LAWATI?
APAPUN TAHNIAH KRMB KERANA BERJAYA MENGANJURKAN KONVOI RAYA KRMB

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man In Memory

Anonymous said...

bah..kamu hayati tah nasihat presiden kita atu, nda payah tah lagi kamu hingar2 pasal bos kita atu ah..ia kan kraja bz bah tu kan..kamu duduk rumah ngadap komputer ja manala kamu rasai kan..

atu saja tah dulu dr aku

Ular Sawa Selagon

Anonymous said...

YeS RaYa NI sy Ok je...TaPI janGaN ka C PaNaS blOG ni TaU...


CILI PADI

Anonymous said...

fuh..bgus la gtu, nda pyh la kasi panas blog ni, sa rasa xda faedah jgk kita gadu2 d sini kan..

Professor Malam

Anonymous said...

yes..i fikir nda pyah kasi panjang2 lg OK..be responsibility OK

Up Town GuRL

Anonymous said...

elu..korang hayati apa yg d smpikn presiden tu, jdkn info & panduan sblm kta brani utk bkata2..u all fhm jgk sdh kn keadaan pmimpin kta mcmana

Limau Manis

Anonymous said...

Tak PayaH Pun mENgHAYAtI Apa YanG diKatakaN...seBenArNya daRI dirI seNDirI naK jaDI maCaMaNa...baIK kiTa BuaT...BAIK jadI nYa...BuRuK KiTa BuaT... BUrUK laH JadI Nya...seNdIrI maU FikIr...


CILI PADI

Anonymous said...

cili padi, hayati pntg jgk, dlm masa yg sama kta harus fhm jgk stail pmimpin kta..kan..jgn kta anggap smua pmimpin yg x menonjol tu lemah

Saifuddin II

Anonymous said...

prutusan tetap prutusan, tp kta sbg ahli kna peka apa yg di ktakan oleh presiden kta, jgn msk tlinga kanan kluar kiri pla..biar melakat dlm otak kta ok

Puteri Sungai Padas