Tuesday, September 29, 2009

PROGRAM JOM BANTERAS VANDALISME.....



UPDATED


Perbuatan vandalisme yang menyakitkan mata...................


Perkataan "Mamat Rock Jiwa Kacau" yang tidak memberi makna.....


Hasil karya grafiti yang kreatif dan inovatif...............


Kalau nak conteng, contenglah cantik-cantik seperti seni grafiti ni...


Salam Rakan Muda,
Kepada semua ahli KRMB & remaja di sekitar daerah Beaufort, satu program yang dinamakan Jom Banteras Vandalisme akan diadakan yang bermatlamatkan membanteras secara sihat aktiviti dan hasil perbuatan vandalisme yang telah dilakukan oleh insan-insan yang tidak bertanggungjawab. Signifikannya program ini selain menyedarkan remaja bahawa perbuatan vandalisme adalah perbuatan orang yang tidak bermoral adalah untuk memulihkan lokasi-lokasi yang telah menjadi mangsa dengan perbuatan vandalisme.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menyertai program khidmat sosial yang KRMB & Sukarelawan Bahagian Beaufort anjurkan ini dengan hadir ke lokasi seperti yang telah ditetapkan seperti berikut :-

Tarikh : 02 Oktober 2009 (Jumaat)
Masa : 6.45 Petang

Lokasi : Tembok Berhadapan KFC Beaufort

Tiada yuran penyertaan kerana program ini merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial yang menjadi prinsip perjuangan KRMB dan generasi muda di kawasan Parlimen Beaufort ini. Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Pengurus Program Khidmat Sosial KRMB yang juga Naib Presiden KRMB, saudari Noralizawati Mat Sam di talian 087-211625. Datang jangan tak datang OK...






Program ini mendapat sokongan daripada komuniti laman blog Kami Anak Malaysia (http://www.kamianakmalaysia.blogspot.com/) dan komuniti laman blog Sukarelawan Bahagian Beaufort (http://www.sukarelaonebeaufort.blogspot.com/). Terima Kasih atas sokongan anda semua.


Monday, September 28, 2009

STATISTIK PENGUNJUNG MINGGU AIDILFITRI


Minggu Aidilfitri......................


Salam Rakan Muda,

Sepanjang minggu Hari Raya Aidilfitri, terdapat penurunan mendadak daripada jumlah kunjungan ke dalam laman blog KRMB samada dari ahli-ahli KRMB dan pengunjung setia blog ini. Ini mungkin disebabkan majoriti daripada mereka sibuk bercuti dan berhari raya di kampung halaman ataupun tidak mempunyai banyak kesempatan untuk mengunjungi blog ini seperti biasa. Apapun, Admin@KRMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang masih sudi dan setia untuk menjenguk laman blog ini. Kesetiaan dan kesanggupan anda semua amat kami hargai. Berikut adalah statistik minggu ini :-


Jumlah Pengunjung (Yang Memberi Komen) : 16
Pengunjung Yang Paling Banyak Memberi Komen :
Cili Padi (14 Komen)
Jumlah Komen Berbentuk Cadangan : 3
Jumlah Komen Berbentuk Teguran :
3
Jumlah Komen Berbentuk Pendapat :
11

Pengunjung Paling Popular :-

Cili Padi
Up Town GuRL

Pengunjung Baru :-

Kimora
Ms Dare
Abang Bika

KRMB mengucapkan ribuan penghargaan atas kesetiaan anda selama ini. Teruskan bersama KRMB untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi semasa dunia Rakan Muda. KRMB : Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

SALAM TAKZIAH


YB Datuk Seri Panglima Dr Hj Lajim Hj Ukin

Salam Rakan Muda,

Seluruh Ahli Majlis Tertinggi KRMB & Semua Ahli KRMB mengucapkan Salam Takziah kepada YB Datuk Seri Panglima Dr Hj Lajim Hj Ukin, Penaung KRMB yang juga Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Beaufort atas pemergian ibunda beliau yang tersayang ke Rahmatullah pada pagi ini, 28hb September 2009. Pihak kami menghulurkan perasaan sedih dan simpati atas pemergian ibunda dan KRMB mendoakan semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan solehah. AMIN.

AL-FATIHAH



Wednesday, September 23, 2009

STATISTK PENGUNJUNG MINGGU INI


Sedikit peningkatan berbanding minggu lepas....


Salam Rakan Muda,

Statistik pengunjung blog menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada dasarnya adalah memuaskan dan terdapat peningkatan daripada minggu sebelumnya. Sepanjang minggu bermula daripada 14hb-20hb September 2009, pengunjung blog lebih banyak membincangkan perkara yang berkaitan persiapan menjelang Hari Raya. Berikut adalah statistik :-

Jumlah Pengunjung (Yang Memberi Komen) : 28
Pengunjung Yang Paling Banyak Memberi Komen :
Cili Padi & Professor Malam (19 Komen)
Jumlah Komen Berbentuk Cadangan : 10
Jumlah Komen Berbentuk Teguran : 11
Jumlah Komen Berbentuk Pendapat : 13

Pengunjung Paling Popular :-

Cili Padi
Professor Malam
Ular Sawa Selagon

Pengunjung Baru :-

Culan
Beaufort


Pihak KRMB mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda ke atas laman blog KRMB ini. Teruskan sokongan anda dan jangan lupa untuk sentiasa menjenguk dan melayari laman blog KRMB ini dari masa ke semasa.

Tuesday, September 22, 2009

PERUTUSAN AIDILFITRI OLEH PRESIDEN KRMB, MUHD JUNIDIN BIN JAMLAN




Salam Rakan Muda & Salam Aidilfitri,

Syukur Alhamdulillah, kita berkesempatan lagi untuk meraikan hari berbahagia untuk kita semua. Pastinya semua insan yang meraikannya sekarang begitu sibuk mengunjungi dan ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai yang berada di mana sahaja bagi mengalunkan tradisi kunjung mengunjung dan saling bermaafan.

Buat seluruh warga KRMB, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin, saya berdoa semoga syawal pada tahun ini merupakan syawal yang terbaik di dalam hidup anda. Selama memimpin KRMB ini, saya menghulurkan 10 jari memohon kemaafan dengan penuh keinsafan jika saya ada melakukan kesalahan, terkasar bicara dan terabai mana kelakuan dan cara pentadbiran atas nama saya selaku Presiden KRMB. Saya hanyalah insan biasa yang tidak sempurna dan saya juga sedar saya pastinya tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak, apapun saya tetap melakukan yang terbaik dan semampu yang mungkin untuk anda dan KRMB.

KRMB merupakan sebuah kelab rakan muda yang unik, mungkin ramai tidak tahu bahawa saya sebenarnya selalu memantau keadaan blog KRMB ini, atas dasar sebagai pemimpin, saya hanya membincangkan masalah yang timbul ini bersama Penggerak Rakan Muda Beaufort, Cik Rayyana Amsir secara hati ke hati dan memanjangkannya ke Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi KRMB. Saya lebih suka membincangkan semua masalah yang timbul dengan cara musyawarah dan bukannya beremosi. Atas dasar menjaga imej KRMB, saya juga sering berhubung dengan Admin@KRMB untuk sama-sama memantau perkembangan blog ini. Saya menasihatkan kepada semua ahli KRMB agar tidak bertindak sesuatu yang boleh menjejaskan imej KRMB di dalam tindakan yang dilakukan kerana pihak luar senantiasa sahaja memerhatikan dan mengunjungi blog kita yang sudah 'publish' di mata masyarakat dan komuntiti Rakan Muda. Untuk pengetahuan semua, saya lebih suka bergerak dan bertindak 'dibelakang tadbir' dan tidak gemar bertindak hanya bersandarkan keputusan bersifat popular dan tidak praktikal.

Apapun, saya menghargai setiap sokongan yang diberikan kepada KRMB. Ahli-ahli KRMB adalah jantung dan nadi KRMB, saya berjanji tidak akan mengabaikan anda dan teruskanlah memberi sokongan kepada KRMB dan laman blog KRMB. Terima kasih atas segalanya.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

KRMB ; Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Yang ikhlas & Salam Aidilfitri,

Muhd Junidin Jamlan
Presiden KRMB.

Friday, September 18, 2009

PENGAJARAN DARIPADA SEBUAH IKLAN...


Bukan Sekadar Iklan Raya...............................


Salam Ramadan & Salam Rakan Muda,

Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi akan menjelang tiba. Pastinya dikalangan kita begitu sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari kemenangan ini. Ini dapat dilihat dengan jumlah pengunjung yang sedikit menurun berbanding minggu-minggu yang lalu.

Bersempena Hari Raya ini, pihak Admin@KRMB menyediakan sedikit bingkisan untuk tatapan kita sebagai muslim dan sebagai orang muda. Bingkisan ini adalah berbentuk iklan-iklan komersial daripada syarikat mega multinasional seperti Petronas, TM, Proton , PNB dan lain-lain yang pernah disiarkan dalam siaran TV tempatan.

Apapun, apa yang lebih penting ialah ianya bukan sekadar iklan, tetapi kita harus dan perlu memahami maksud tersirat yang disampaikan melalui iklan-iklan tersebut. Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar perayaan untuk bersuka ria, tapi hari di mana kita juga perlu memikirkan apakah selama ini kita sudah cukup baik dan sempurna terhadap diri kita, orang lain dan kepada orang yang kita sayangi. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada anda.

Pihak KRMB mengucapkan Selamat Hari Lebaran. KRMB :- Satu Perjalanan Ke Masa Depan.


video

video

video


video

video


video

video

Wednesday, September 16, 2009

KONVOI RAYA AIDILFITRI KRMB


Jom sertai Konvoi Raya KRMB tahun ini.........

Salam Rakan Muda,

Kepada semua ahli KRMB & pengunjung setia KRMB, pihak KRMB akan menganjurkan Konvoi Raya Aidilfitri 2009 KRMB yang mana program ini adalah program tahunan KRMB. Konvoi ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan silatuirrahim antara pemimpin KRMB dengan semua ahli KRMB selain memastikan persefahaman dan kerjasama erat sentiasa terjalin antara sesama warga KRMB.

Konvoi Raya Aidilfitri KRMB tahun ini akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :--

Tarikh : 26 September 2009 (Sabtu)
Tempat Berkumpul : Depan KFC Pekan Beaufort
Pakaian : Baju Raya
Yuran : RM15 seorang

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Konvoi ini, sila berikan nama dan nombor telefon kepada Koordinator Konvoi Aidilfitri Raya KRMB, saudara Kahar bin Buntak sama ada melalui blog ini ataupun menghubungi saudara Kahar di talian 087-222062 untuk maklumat lanjut. Cepat daftarkan diri anda sekarang kerana tempat adalah terhad.

KRMB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Berkonvoi.

Tuesday, September 15, 2009

SAMPAIKAN SALAM RAYA ANDA


Sampaikan Salam Hari Raya Aidilfitri Anda..............


Salam Rakan Muda,

Menjelang tibanya bulan Syawal yang bakal menjelang, pihak KRMB mengambil kesempatan ini kepada semua ahli KRMB & pengunjung setia blog ini untuk menyampaikan Salam Aidilfitri sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Anda boleh menyampaikannya melalui blog ini dengan menyertakan nama anda, asal dan ditujukan kepada sesiapa sahaja yang anda kehendaki.

Sempena hari lebaran ini, pihak pengurusan KRMB & Admin@KRMB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga KRMB dan komuniti Rakan Muda di kawasan Parlimen Beaufort.

Bersempena Hari Raya ini, pihak blog akan menyiarkan Perutusan Khas Presiden KRMB, saudara Muhd Junidin Jamlan, Perutusan Istimewa Penggerak Rakan Muda Beaufort saudari Rayyana Amsir dan kemeriahan sekitar sambutan Aidilfitri dikalangan warga KRMB diseluruh kawasan Parlimen Beaufort. Nantikannya OK...Meriahkan lebaran anda dengan kegembiraan dan kesyukuran.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

daripada

PRESIDEN KRMB
Muhd Junidin Jamlan

TIMBALAN PRESIDEN
Mariah Salleh

NAIB PRESIDEN
Noralizawati Mat Sam

SETIAUSAHA AGUNG,
PENOLONG SETIAUSAHA,
BENDAHARI KEHORMAT
&
AHLI MAJLIS TERTINGGI KRMB


Monday, September 14, 2009

STATISTIK PENGUNJUNG MINGGU INI


Carta pengunjung minggu ini...................


Salam Rakan Muda,

Pada minggu ini, bilangan pengunjung ke laman blog KRMB adalah berkurangan daripada minggu lepas. Apapun, tahap sokongan, kualiti komen dan perpaduan adalah semakin baik dari masa ke semasa. Kepada semua ahli KRMB & pengunjung setia blog ini, kekalkan sokongan anda dan teruskan bersama-sama KRMB untuk memartabatkan rakan muda di pentas kejayaan. Banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk memajukan komuniti kita di kawasan Parlimen Beaufort ini untuk mencapai sasaran 1 rakan muda, anda didahulukan, prestasi diutamakan.


Jumlah Pengunjung (Yang Memberi Komen) : 28
Pengunjung Yang Paling Banyak Memberi Komen : Cili Padi (17 Komen)
Jumlah Komen Berbentuk Cadangan : 14
Jumlah Komen Berbentuk Teguran : 15
Jumlah Komen Berbentuk Pendapat : 22

Pengunjung Paling Popular :-

Cili Padi
Budak Baru Belajar
Noordin Mat Top
Up Town GuRL

Pengunjung Baru :-

Rock Kapak
XY Zero 5


Pihak KRMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda atas kesetiaan dan sokongan anda selama ini. Kekalkan prestasi ini dan sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik dikalangan yang terbaik.

KRMB :- Satu Perjalanan Ke Masa Depan

Saturday, September 12, 2009

SELAMAT HARI MALAYSIA !!!!


Selamat Hari Malaysia...............


Salam 1 Malaysia,

16 September merupakan tarikh yang amat bermakna khususnya bagi rakyat Sabah serta Sarawak, dan amnya kepada rakyat Malaysia kerana tarikh ini pada tahun 1963, pembentukan sebuah negara yang bernama Malaysia telah tercapai dan menjadi kenyataan. Sebagai rakyat negeri Sabah, seluruh ahli KRMB amat berbangga dan bersyukur kerana pada tahun ini kita merayakannya untuk kali yang ke 46 tahun. Dalam usia itu, negeri Sabah dan Sarawak telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan yang memberansangkan sejak bebas dari penjajahan British sekian lama.

Perjuangan Tun Datu Mustapha Datu Harun dan sahabat-sahabat yang banyak berusaha dan berkorban apa saja demi memastikan kemerdekaan negeri Sabah (dulunya dikenali sebagai Bornoe Utara) seharusnya dihayati oleh kita sebagai generasi muda. Bukan senang untuk membawa sebuah negeri yang besar seperti Sabah ini untuk mencapai kemerdekaan. Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang menimpa, kecekalan dan ketabahan Tun Datu Mustapha sepatutnya kita tanamkan dalam diri kita serta insaf kerana perjuangan untuk kepentingan semua adalah lebih berkat dan berhasil daripada perjuangan untuk kepentingan diri sendiri.

Perubahan professionalisme kita sebagai ahli KRMB harus dimantapkan lagi demi mempertahankan tanah air kita dari sebarang bentuk ancaman luar. Tingkatkan mentaliti dan ubahlah sikap agar kita tidak mudah lalai dan terbuai dengan sebarang bentuk perkara yang boleh menjejaskan nilai patriotisme dalam diri kita. Tarikh 16 September mungkin tidaklah banyak menarik perhatian ramai kerana negara kita menyambut Hari Kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Apapun, 16 September 1963 tidak boleh diabaikan kerana sejarah sebuah negara bernama Malaysia bermula di sini.

Bersempena 16 September ini, KRMB mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!


Sejarah Ringkas Pembentukan Malaysia

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi.

Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.


Senarai Nama Ketua-Ketua Menteri Sabah

01. TUN MOHD. FUAD STEPHENS (1963-1964) & (April-Jun 1976)

02. DATUK PETER LO SU YIN (1965-1967)

03. TUN DATU MUSTAPHA DATU HARUN (1967-1975)

04. TUN MOHD SAID KERUAK (1975-1976)

05. DATUK HARRIS SALLEH (1976-1985)

06. DATUK SERI JOSEPH PAIRIN KITINGAN (1985-Mac 1994)

07. TUN SAKARAN DANDAI (Mac 1994 - Dis 1994)

08. DATUK MOHD SALLEH TUN SAID (Dis 1994 - Mei 1996)

09. DATUK YONG TECK LEE (Mei 1996 - Mei 1998)

10. TAN SRI BERNARD G. DOMPOK (Mei 1998 - Mac 1999)

11. DATUK SERI PANGLIMA OSU HJ SUKAM (Mac 1999 - Mac 2001)

12. TAN SRI CHONG KAH KIAT (Mac 2001 - Mac 2003)

13. DATUK SERI MUSA HJ AMAN (Mac 2003 - Sekarang)


MANTAPKAN PROFESIONALISME DAN TINGKATKAN MENTALITI BERSAMA KRMB


Salam 1 Malaysia,


Apa khabar semua ahli KRMB dan pengunjung setia blog ini? Diharapkan semuanya dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera. Hari ini genap hanya seminggu sahaja lagi kita menyambut hari berbahagia, Hari Raya Aidilfitri yang pastinya akan disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran. Mungkin juga ada diantara kita sekarang yang begitu sibuk menyiapkan apa-apa sahaja bagi menyambut hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi.


Begitupun, dalam pada kita bersiap sedia menyambut hari kemenangan itu, KRMB berpesan kepada semua agar kita dapat bermuhasabah diri dan menilai diri kita sendiri agar samada kita sudah cukup bersedia dalam semua perkara. Baru-baru ini kepimpinan KRMB telah diasak dengan berbagai-bagai doktrinasi yang tidak sihat untuk pembangunan KRMB. Justeru itu, sebagai ahli KRMB, seharusnya kita meningkatkan tahap profesionalisme kita untuk menghadapi sebarang ujian dan cabaran yang mendatang.

Friday, September 11, 2009

SAMPAIKAN SALAM RAYA ANDA....


Salam Rakan Muda,


Dalam masa 1 minggu, seluruh umat manusia akan menyambut bulan Syawal, bulan kemenangan yang akan menjadi tanda kesyukuran kepada perjuangan di bulan Ramadan. Ini juga bermakna kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang penuh warna-warni. Oleh yang demikian, pihak KRMB bermula pada hari ini membuka ruang kepada semua ahli KRMB dan pengunjung setia blog ini untuk menyampaikan Salam Aidilfitri kepada keluarga, sahabat handai, kenalan dan sesiapa sahaja.

Wednesday, September 9, 2009

SALURAN PANDANGAN ANDA


Ikhlaskan hati, bersihkan jiwa & tenangkan minda....






Salam Rakan Muda,



Kepada semua ahli KRMB & pengunjung setia blog ini, pihak crew Admin@KRMB telah menyediakan satu platform khas kepada semua untuk memberi pendapat, idea dan apa-apa sahaja kepada kepimpinan KRMB berkenaan kelab, cadangan program, pengurusan, permasalahan dan permohonan dengan emelkan kepada kami di :-








InsyAllah, segala apa yang anda semua sampaikan adalah akan diteliti secara adil dan konstruktif untuk diambil tindakan yang proaktif dan segera oleh kepimpinan KRMB. Pihak kepimpinan KRMB akan memberi maklum balas melalui blog ini ataupun akan emelkan respon ke dalam emel anda.



Pihak kami akan menjamin bahawa identiti dan alamat emel anda tidak akan didedahkan untuk memastikan 'privacy' anda bersama KRMB. Teruskan setia dan menyokong bersama KRMB dan sesungguhnya ahli adalah jantung KRMB dan KRMB amat menghargainya. Sekian & terima kasih.



KRMB:- Satu Perjalanan Ke Masa Depan



Sunday, September 6, 2009

STATISTIK PENGUNJUNG MINGGU INI


Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang......


Salam Rakan Muda,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana kita sudah menjalani ibadah puasa sudah pun melebih 15 hari dan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan dan hari yang cukup bermakna bagi insan-insan yang berpuasa selama sebulan. Baiklah, dari meja Crew Admin@KRMB mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli KRMB dan pengunjung setia blog ini atas kesudian untuk memberi perhatian kepada kelab ini selain memberikan idea, pendapat dan cadangan yang bernas-bernas belaka. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih dan kekalkan sokongan ini sampai bila-bila.

Untuk permulaan minggu baru ini, sebagai mengikhtiraf dan menghargai sumbangan anda selama ini, laman blog KRMB akan menyiarkan statistik dan data berkaitan termasuk yang telah meninggalkan komen di dalam setiap entri yang dipaparkan sepanjang minggu. Ini akan dijadikan sebagai highlight bahawa anda telah menyertai komuniti KRMB sepanjang minggu tersebut.

Sebagai perintis, minggu ini iaitu bermula 31hb Ogos hingga 06hb September telah dipilih sebagai minggu untuk memaparkan statistik semasa yang telah dilakukan oleh anda sepanjang minggu ini. Berikut adalah statistiknya :-


Jumlah Pengunjung (Yang Memberikan Komen) : 43
Pengunjung Yang Paling Banyak Memberi Komen : Cili Padi (41 Komen)
Jumlah Komen Berbentuk Cadangan : 24
Jumlah Komen Berbentuk Teguran : 18
Jumlah Komen Berbentuk Pendapat : 33

Pengunjung Paling Popular :-

Cili Padi
Jambatan Beaufort
Noordin Mat Top
Samurai

Pengunjung Baru :-

Lim Tat
Awana Porto Dui Malaiku
Semenanjung Beaufort
Raja Belia Beaufort
Cikgu Sandaran
Tok Pujangga
Haji Bakhil Khan
Afiq
KRMB

Pihak Crew Admin@KRMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi untuk sama-sama memajukan blog KRMB ini agar terus segar, mantap dan penuh informasi untuk kebaikan semua generasi muda keseluruhannya. Sebarang cadangan dan apa-apa sahaja untuk memantapkan lagi laman blog ini bolehlah emailkan ke alamat kami di hazubail_abie@yahoo.com. Semua cadangan akan kami pertimbangkan sewajarnya. Sekian dan terima kasih. KRMB :- Satu Perjalanan Ke Masa Depan.

Thursday, September 3, 2009

ARSENAL PILIHAN KRMB


Liga Perdana Inggeris.........................

Salam Rakan Muda,

Apa khabar semua ahli KRMB? Harap semua sihatlah... Memandangkan musim baru liga bolasepak Eropah sudahpun bermula, pihak Admin@KRMB telah melakukan tinjauan mengenai pendapat dan sokongan ahli-ahli KRMB untuk menyatakan pasukan manakah yang menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2009/2010. Berikut adalah keputusan tinjauan tersebut :-

Pasukan Manakah Yang Akan Menjuarai Liga Perdana Inggeris Musim 2009/2010? :-

50% ARSENAL
44% CHELSEA
42% MANCHESTER UNITED
21% MANCHESTER CITY
01% LIVERPOOL

Berdasarkan tinjauan ini, 50% ahli-ahli KRMB meyakini bahawa pasukan Arsenal bimbingan Arsene Wenger akan menjuarai EPL pada musim ini. Diikuti oleh Chelsea 44%, Manchester United 42% dan amat mengejutkan apabila Manchester City mendapat kepercayaan 21% untuk mencabar kejuaraan liga. Manakala Liverpool ternyata tidak mendapat tempat kerana hanya mendapat 1% dan menjadikan pasukan ini adalah pasukan yang tidak popular dikalangan warga KRMB.

Baiklah, pihak Admin@KRMB mengucapkan terima kasih atas undian dan sokongan anda semua. Sila beri kerjasama yang sama dengan soalan tinjauan terbaru dari kami tidak lama lagi. Adioss......

Wednesday, September 2, 2009

KOMEN TERBAIK BULAN OGOS


Penulisan Yang Jujur Adalah Perhiasan Diri


Salam Rakan Muda,

Kepada semua warga KRMB, Admin@KRMB sudah membuat penilaian terhadap semua komen-komen yang dibuat sepanjang bulan Ogos di dalam setiap posting, maka dengan ini Komen Terbaik Bulan Ogos di anugerahkan kepada pengunjung yang menggelarkan dirinya 782734 yang telah memberi ulasan berkenaan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 52. Tahniah diucapkan dan teruskan bersama-sama KRMB untuk memartabatkan generasi muda ke arah yang proaktif, kreatif dan penuh perspektif.


Komentator : 782734
Tarikh : 31 Ogos 2009
Masa : 5.11 Petang


Salam 1 Malaysia

Salam semua...Hari ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke 52...Saya ucapkan salam merdeka untuk semua warga kelab...saya perkenalkan dulu diri saya, saya merupakan salah sorang AMT pada zaman penubuhan KRMB dan saya cukup berbangga dgn pencapai KRMB sekarang...walaupun kadangkala saya agak sedih dengan keadaan blog tetapi kita kena lihat itu secara positif dan menganggapnya sebagai cabaran.

Semalam saya ada menonton filem 1957 - Hati Malaya, saya harapkan semua ahli KRMB pun ada melihatnya. Banyak pengetahuan yang boleh kita dapat melalui filem itu. Tetapi ada sedikit pengajaran yang kita boleh ambil perhatian untuk kebaikan kelab KRMB. Dalam filem tersebut, pertembungan 2 ideologi yang pada dasar dan matlamatnya adalah sama tetapi yang membezakan cuma pelaksanaannya sahaja telah hampir membuatkan satu kesatuan berpecah. Perkara ini sebenarnya ada berlaku dalam KRMB, kita semua ingin melihat KRMB terus maju tetapi kita mempunyai cara yang berbeza, ada yang keras, lembut, ekstrem, dan macam-macam lagi yang kita boleh lihat melalui komen di blog. Tetapi apa yang boleh saya simpulkan semua ini tidak kisahlah keras, lembut atau provokasi semuanya bermatlamatkan untuk memajukan KRMB dan juga barisan kepimpinannya yang ada masih "tidur".

Oleh itu sama2lah kita mengambil ikhtibar melalui cerita 1957-Hati Malaya, biar cara kita berbeza tetapi perpaduan kita jangan pecah kerana jikalau kita sudah tidak bersatu maka orang luar akan senang mempersendakan kita dan biarlah perpaduan kita dengan cara yang baik dan diplomasi...Janganlah pula ada yang melenting dengan tulisan saya ini. Hayati dan fahami apa yang saya sampaikan dan janganlah pula saya dikata cuba melakukan sesuatu yang menentang arus. Pendek kata perubahan itu perlu tetapi perpaduan kena terus teguh...terima kasih.

782734


* Admin@KRMB telah melakukan edit ke atas komen ini tanpa mengubah maksud asal.

Tuesday, September 1, 2009

KEMPEN "ONE DAY FOR ENGLISH"


Try To Be A Good Writer & Speaker...


Salam Rakan Muda,
Kepada semua ahli KRMB, bermula pada hari khamis ini, 3hb September 2009 pihak KRMB akan melancarkan Kempen "One Day For English" iaitu pada hari khamis setiap minggu semua ahli KRMB dan pengunjung setia blog ini diwajibkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi di dalam blog ini sama ada di dalam chat box ataupun memberikan komen di setiap posting isu blog ini.

Rasional disebalik kempen ini adalah untuk menggalakkan komuniti KRMB untuk meningkatkan penguasaan terhadap Bahasa Inggeris yang mana selama ini Bahasa Inggeris merupakan masalah utama yang sering membelenggu generasi muda terutama yang berada di luar bandar. Dengan adanya alternatif ini, semua pihak diharapkan dapat meningkatkan mutu dan kualiti serta kemahiran tatabahasa ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa.

Justeru, kepada semua ahli dan pengunjung blog KRMB, jangan malu jangan segan kerana lebih baik mencuba daripada tidak mencuba langsung. Pihak Admin@KRMB juga TIDAK AKAN MENYIARKAN sebarang komen yang ditulis di dalam Bahasa Malaysia pada setiap hari Khamis selama tempoh kempen ini.

Okey semua semoga berjaya mempelajari dan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Good Luck Everybody. KRMB :- Satu Perjalanan Ke Masa Depan.


In our world today, those who have writing skills have stronger chances of succeeding than those who do not have writing skills since communication had become a way of life for humans.To those individuals who want to become good writers or good writers who wish to enhance further their skills here are some friendly advices that could help you achieve your purpose.

A. Practice makes perfect
B. Read regularly
C. Learn proper grammar
D. Enrol in a writing class