Friday, August 14, 2009

TRIBUTE UNTUK KRMB : DUA TAHUN KEGEMILANGANMU


Paluan gong oleh Dato' Hjh Azizah simbolik pelancaran..


16 Ogos 2009 adalah tarikh keramat yang amat dinantikan oleh kesemua warga KRMB kerana pada tarikh ini maka genaplah 2 tahun penubuhan KRMB. Bersempena ulang tahun kedua ini, pihak crew blog KRMB mempersembahkan satu Tribute Khas untuk menelusuri sejarah, pahit getir, kejayaan, kemalapan dan cabaran yang datang silih berganti sejak KRMB ditubuhkan.

Kelab Rakan Muda Beaufort, dahulunya dikenali sebagai Kelab Rakan Muda Parlimen P.177 Beaufort ditubuhkan selaras dengan komitmen dan kesungguhan Kementerian Belia & Sukan Malaysia untuk memperkasakan Rakan Muda dalam memantapkan lagi penjenamaan semula Rakan Muda yang digarap kemas oleh Menteri Belia & Sukan pada masa itu iaitu YB Datuk Seri Azalina Othman Said. Oleh yang demikian, pada 16 Ogos 2007, Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) telah ditubuhkan dan Jawatankuasa Penaja KRMB telahpun diwujudkan dengan menampilkan Abd Rahim Jalani sebagai Presiden, Rynnille Peter sebagai Timbalan Presiden dan Fazli Awang sebagai Naib Presiden. Dibawah jawatankuasa penaja ini, KRMB agresif menjalankan proses keahlian, promosi program Rakan Muda dan mendekati masyarakat agar semua pihak faham dan tahu kenapa KRMB diwujudkan. Sejak tu, KRMB terus mengorak langkah dan akhirnya dalam tempoh 3 bulan, KRMB telahpun mempunyai seramai 450 keahlian. Proses pemantapan jentera pentadbiran juga sentiasa dititikberatkan. Untuk rekod, dalam masa 6 bulan jawatankuasa ini bergerak, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Konvoi Aidilfitri Rakan Muda, Konvoi Krismas Rakan Muda, penganjuran bersama Malam Mesra Aidilfitri Rakan Muda dengan Persatuan Belia dan mengadakan program realiti Rakan Muda - Kem Pesona Remaja Survivor Episode 1 Rakan Muda Edition di Klias Wetland, Kota Klias.

Menjelang fasa kedua KRMB, dibawah kepimpinan baru KRMB yang diterajui oleh Rynnille Peter selaku Presiden dan dibantu oleh 3 orang Timbalan Presidennya yang silih berganti (Mohd Helmi Tuah, Mohd Noh Isir & Noralizawati Mat Sam (Pemangku)) bermua pada 1 Februari 2008, KRMB telah mengapai zaman kemuncaknya. Ini ditambah lagi dengan sokongan padu yang diberikan oleh Penaung KRMB pada masa itu iaitu YB Dato' Hjh Azizah DSP Hj Mohd Dun, Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Beaufort. Pada 03 Mac 2008, tarikh yang amat bersejarah buat KRMB apabila Majlis Pelancaran KRMB telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang dan warna-warni. Selain menjadi kelab rakan muda pertama yang dilancarkan di Sabah, KRMB juga muncul dengan catatan sejarah apabila berjaya mengumpul 5000 tandatangan dalam masa 12 jam sebagai tanda sokongan kepada YB Dato' Hjh Azizah DSP Hj Mohd Dun sebagai pemimpin untuk generasi muda. Bermula dengan penganjuran Karnival Rakan Muda pada sebelah siang dengan memuatkan pelbagai program seperti senamrobik perdana, pertunjukkan seni mempertahankan diri, khidmat sosial dan gotong royong kebersihan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Beaufort & Pekan Beaufort, pendaftaran keahlian secara besar-besaran dan banyak lagi. Pada sebelah malam, Majlis Pelancaran KRMB disempurnakan sendiri oleh YB Dato' Hjh Azizah dan diserikan lagi dengan kehadiran En. Azmi Ibrahim, Penolong Pegarah (Rakan Muda) Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah, Pn. Shamson Saad (Pegawai Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort), En. Isnin Aliasnih (Naib Ketua UMNO Bahagian Beaufort), Pn. Saridah DSP Hj Mohd Dun (Ketua Puteri UMNO Bahagian Beaufort), pemimpin-pemimpin masyarakat dan lebih 5,000 orang yang memenuhi Dewan Pa' Musa. Persembahan 'live band' dan shuffle serta persembahan seni mempertahankan diri dan kebudayaan adalah antara yang mencuri tumpuan.

Sejak itu, KRMB telah mengorak langkah lebih jauh. Rangka promosi untuk mengetengahkan program Rakan Muda sebagai medan gaya hidup sihat ternyata berhasil dan telah menarik keahlian mencecah 1,000 ahli pada penghujung tahun 2008. Dalam menjaga kebajikan ahlinya, KRMB telahpun mewujudkan jaringan pentadbiran di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menubuhkan Koordinator DUN N.26 Kuala Penyu memandangkan DUN N.26 Kuala Penyu terletak jauh daripada pusat pentadbiran KRMB di Pekan Beaufort. Setiap program Rakan Muda, Belia & Sukan, KRMB sentiasa melibatkan diri dan sering menyumbang kepada kejayaan sesuatu program. Inilah keistimewaan KRMB. Menyedari kepentingan ICT kepada generasi muda, KRMB telah melahirkan laman blog KRMB pada 28 Julai 2008 bagi memenuhi trend semasa generasi muda melalui dunia maya dan ICT. Hasilnya, blog KRMB muncul antara yang terbaik setakat ini dan menjadi medium hampir 10,000 orang di seluruh negeri Sabah dan Malaysia secara amnya. Inilah berkat kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh warga KRMB.

Bermula tahun 2009, KRMB mengalami fasa ketiga iaitu fasa pengukuhan kepada kejayaan KRMB selama ini. Ini sejajar dengan pertukaran Penggerak Rakan Muda Beaufort yang baru, Cik Rayyana Amsir yang terus memantapkan dan memastikan KRMB kekal dilandasan yang betul. Pada 07 Mac 2009, Muhd Junidin Jamlan mengambil alih tampuk kepimpinan KRMB. Pertukaran pemimpin dan majoriti kepimpinan KRMB yang diterajui oleh bakat baru menyebabkan KRMB melakukan pengubahsuaian dalam dasar dan corak kepimpinan. Bagaimanapun itu tidak menghalang KRMB untuk terus bergerak mara ke hadapan. Fasa ini telah menyaksikan blog KRMB berada di pentas kegemilangan. Blog KRMB telah muncul sebagai medan ahli KRMB untuk bersua, memberi pendapat & idea serta mendapatkan pelbagai informasi yang berguna. Hari ini, laman blog KRMB muncul antara laman web yang terpenting bagi generasi muda di Parlimen Beaufort.

Perkembangan terbaru, komuniti Rakan Muda tidak lama lagi akan mendapat sebuah Pusat Kegiatan Rakan Muda khas untuk anda. Manfaatkanlah pusat ini kelak untuk kita sama-sama membangunkan generasi muda yang berwawasan dan berdaya saing. Pusat ini juga akan menempatkan Pejabat Penggerak Rakan Muda Beaufort & Pejabat Urusan KRMB. Dari Krew penerbitan laman blog KRMB mengucapkan selamat ulang tahun kedua kepada KRMB, semoga KRMB akan terus berjaya dan makmur. Dirgahayu KRMB. KRMB :- Satu Perjalanan Ke Masa Depan.



5,000 Tandatangan Dikumpul Dalam Masa 12 Jam....


Pendaftaran Keahlian & Senamrobik Perdana.....


Persembahan Daripada Cabangan Wajadiri......


Penanaman Pokok & Persembahan Shuffle..........

52 comments:

Anonymous said...

tribUTE inI khAS sY tuJUKAN kePADA c kerABAU manGGALAH,penGGERAK daRI neGERI saRAWAk yaNG teLAH bermuLUT ceLUPAR mengHINA penGGERAK kaMI & kRMB. kO baCA 3 kaLI trIBUTE nI yaH, cerITA keLAB yaNG kO caKAP terHUYUNG haYANG tU..

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

fuh x sdr sdh kan krmb sdh 2 thn, sa bca ni tribute sa rasa tharu, nda sngka pla krmb ni byk catat sjarah..sa bangga jd sbhagian drpd krmb..bangga sa..

Professor Malam

Anonymous said...

pasni sejarah tcatat g "kemunculan pusat kegiatan rakan muda" tungguuuuuuuuuuuuuuuuu......

Anonymous said...

tahniah kpd KRMB sempena ulang tahun kedua esok..tahniah drpd kami..

Ahli Jawatankuasa,
Kelab Rakan Muda Sipitang

Anonymous said...

haluu..eii penat sia bca tribute ni, pnjg ba..tp nda apa, best sia bca, sia pn bangga dgn krmb..hepi besday krmb..eiii br 2 thun, kalu budak da bulih jalan nie..heheh

Petronella

Anonymous said...

congrats KRMB from KRM Kuala Kangsar

Anonymous said...

halooo...im back..just want to sharing here.....

-sjak mlibatkan diri dgn rakan muda ne best2 suma..pahit manis suma ada..tp plng best bl dpt pngalaman n satu kepuasan bl dpt sm2 ngan kwn buat keja2 komuniti...
-di sbalik pgalaman seciput kuman 2 byk bnda aku blajar...
-i pay my tribute to the person that i call mentor for myself especially mr ninja 9490,mr kem kom,mr bel n my friends dat i cannot mention ur name 1 by 1 here...u all really teach me so many things..
-anyway hapy bday KRMB for ur 2nd year victory...
-em guys here some info..mayb the rakan muda cyber will got the PC in this August o September..not too sure bout dat..hope dat RMBeaufort oredi gt d place k...
-last not least..im proud got family in KRMB..
-anytime,anywhere.....

-penggangguran berjaya-

Anonymous said...

KRMB mmg pwerrr..root...

Anonymous said...

KRMB x pnh mbangga diri,
KRMB x pnh mperkecilkn KRM lain, KRMB x pnh mghina KRM lain,
KRMB sedia bsahabat dgn sapa sj, KRMB mgalukan smua phk utk bsmanya..

Tahniah KRMB,
keranamu aku bpijak di bumi nyata,
keranamu aku mjunjung rakan muda,

itulh KRMB di dlm kenanganku..

Budak Baru Belajar

Anonymous said...

bravo krmb, marvelous..
congtrats to krmb 4 2nd anniversary..

KRM Wilayah Persekutuan

Anonymous said...

hepi besday krmb

Lan

Anonymous said...

KeRABAU-KeRABAU ManGGAlaH...menGApa KO Tak SMS PenGERaK KAmI...TaKUT ke BOm ke...???Na...Ko NamPAk Ka KeRabaU...SeJaRAh KRMB...zamaN kegemILAnGAn KRMB...KO BilaNG KRM Ko terSusuN...BaGI Lah aLaMAT BLog KO KaT maNA...? BiaR KiTA OranG TenGUK...OK Ka KO Ko PunYa BlOg Tu...

X FILE>CILI PADI

Anonymous said...

slmt ulng thn ke 2 krmb..thniah pd smua..truskn pjuangn krmb utk trus bjya..

al-tengok al-tegur SDN BHD

Anonymous said...

hii smua..
hepi 2nd anniversary krmb..
sy pn tumpng bangga..
tahiahh sy doakan smua trus maju..
jgn lupa p putatan ar..

jerawat batu
putatan

Anonymous said...

sY ucAPKAN seLAMAT uLANG taHUN kePADA kRMB..terIMA kasIH kepADA penGGERAK keRANA berJAYA memIMPIN krMB seLAMA nI..kePADA preSIDEN & kePIMPINAN krMB, haRAPA perBAIKI MaNA yanG paTUT..daH 2 taHUN nIE..

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

tahniah krmb

Up Town GurL

Anonymous said...

aluu..thniah krmb, moga truz bjya

Saifuddin II

Anonymous said...

KEPADA PENGGERAK RAKAN MUDA BEAUFORT,
PRESIDEN & AMT KRMB,
AHLI KRMB.

MARILAH KITA MERAYAKAN DUA TAHUN KRMB HARI INI, SAYA HARAP KRMB AKAN TERUS MANTAP SELEPAS INI. TAHNIAH KEPADA SEMUA. APAPUN JANGAN LALAI KERANA KITA MASIH BANYAK YANG PERLU DILAKUKAN.

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man

Anonymous said...

ciLI paDI, maNA kO naPA laMA tiDAK kuNJUNG tiBA d bLOG nIE laGI..ciLI paDI, miNGGU dePAN sY maHU kO jaDI juaRA caRTA, mCAMANA?

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

jgn kejar pangkat atau jawatan kn jambatan..nda semestinya nda mng bererti kalah...betul nda..

...

Anonymous said...

yA beTUL tU, taPI kaLAU seNYAP tU meMANG maKNANYA tIDAK maHU aMBIL taHU, jaDI sY haRAP kePADA kepIMPINAN kRMb suPAYA seLALU tURUN pADANG, seLALU taNYA khABAR kaMI aHLI krMB yA..

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

sy bca ni tribute,sy rsa bkn calang2 org yg mmpu bwa krmb smpi thp ni, sy kgum dgn presiden2 dulu tu, smua hbt, sukarelawan pd rasany mesti hbt gak kn masa 2..sy hrp krmb nda mundur la, syg byk da pcapaian gni nda kn kta mau jd lemah kn

al-tengok al-tegur SDN BHD

Anonymous said...

mr presiden, apa numbur hp mu? ahaha

Up Town GuRL

Anonymous said...

BUKA MATA LUAS2 PD PIHAK YANG CENDERUNG MENCARI PASAL PADA KRMB..INGATLAH KAMI TIDAK PERNAH MEMPERKECILKAN KEUPAYAAN KRM LAIN..KAMI TETAP BANGGA DENGAN PENCAPAIAN SEMUA KRM..PADA PENGGERAK DARI SARAWAK YANG MUKA TEMBOK TU, LIHATLAH PENCAPAIAN KRMB.

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man

Anonymous said...

ya butul 2 jambatan..at last ada jg bnda aku stuju dr statement ko ne..nant ko tlng2 la ar kc bgn mn y tetidur nda sngaja 2..mn y sda bgn 2 ba bgerak la km cargas ckit..

-samurai-

Anonymous said...

waa suma pn mau provok dan dedikasikan ni tribute pd pgerak yg cari masalah di sini tu ya..haha..kerabu manggalah ko lbh popular dr jmbtn..hahaha

Professor Malam

Anonymous said...

HeLO JamBataN...TahnIah bab KO JuaRa CarTa minGGU...TaPI CaDanGAn Ko MasuK Sy JUArA MinGGu DePAn sumPah Sy Tak Mau...ApA YanG sy Mau IaLah SeMUA AMT KRMB BanGUN...JaNGan SaMPaI OranG LaiN menDahulUI KiTa...BiaR KIta MenDaHUlui OraNG LaiN...JadI BanGULah...BeNTukLah eMPaYaR KRMB...sUPAYA MenJadi emPaYAR YanG diseGanI daN DIKaGUmi OleH seMUA KRM dIseLURaHU MaLAysIA...PenGeRAk, PresIdeN, AMT KRMB, AhLI KRMB, OtaI2 BeKas AhlIM KRMB...BanGUnLah...BenTUKLAh BeLIA daN BeLIAWaNIs DI DaERAh inI MenJAdI BeLIA YanG CeMerLAng, GeMIlanG DaN terBIlanG...JanGaN BiaRKan BelIA dan BeLIAWaNIs Kita sePerti siKudUNG MeNDaPAt cINCin eMAs...ADa PenGerAk, ADA PresiDeN, AdA KRMB taPI TaK BerNIlai...TaK BerMAKNa KePAda BeLIA DaN beLIAwANIs Di DaeRah ini...JadIKAn KRMB TeMPAt KiTa MemBenTUK, MenDidik, menDoroNG BeLIA daN BeLIAwANIs Ke aRaH MaTLamaT Hidup YanG betUL DaN seMPurNa...BIaR HidUP maSA ReMAja MereKa Bererti Dan BukaNNya sia2...

CILI PADI

Anonymous said...

Fulamak cili padi, pakar motivasi krmbb..waaaa...meriah la gini..pd yg masi tdo bek kmu wake up sblm c cili padi cili mata kamu suru bgun..wakaka

Up Town GuRL

Anonymous said...

ne kali la cili padi..mkin lm mkin canggih pl ayt ko ne..ak kompom mmg ko la ne nek rangking..hehehe..mn y da mng 2 nant jmpa aku k..aku buat sijil utk kamurang..hhahahahhahaha.....

-samurai-

Anonymous said...

sehINGGA kiNI naMPAKnYA seORANG penGGERAk daRI neGERI saraWAK maSIH beLUM muNCUL memBERI kOMeN apaTAH laGI maHU memINTA maAF, sY mOHON kePADA seMUA aHLI krMB aGAR kitA mengECOP diA niE seBAGAi penGECUT daN baCUL

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

jambatan, ak sukung knytaan ko tp ak nshtkn jgn lg ulang psl c barua penggerak rkn mda swk tu, ak jd sakit hati, biarla tuhan sj bls dosa dia tu, yg pasti ak yakin dia nda brani lg msk blog ni, klu msuk pn guna nick lain da, biasalah kn org pngecut bila da tkena mula la ckp dia syg pgerak kita, mo sms pgerak kita tp xda jgk, pnipu besar

al-tengok al-tegur SDN BHD

Anonymous said...

hello,
congrats krmb again. i think in sabah, the most good and active just 2 club, krmb and krm silam. so i very proud to join krmb because krmb is one of the best club in malaysia

One In A Million Teen In Sipitang

Anonymous said...

jambtn ba, bacul tu apa itu?

UpTown GuRL

Anonymous said...

uptown gul, bacul tu sjenis coklat perisa kelapa sawit..hehehehe..jgn mare..

LAN

Anonymous said...

eiii jahat la ko lan kasi main c uptown gurl tu..eii jahat

Petronella

Anonymous said...

Uptown GuRL,
baCUL tU peNGECUT taHAP gABAN lAH, berANI caKAP taPI nDA berANI berHADAPAN, tU lAH baCUL mACAM kerABAU maNGGALAH peNGGERAK daRI saRAWAK tU

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

KePadA seMUa penGhunjung BlOg ni dan AHLI KRMB...sY RasA KiTa BIaRkan DarIPada memikIRkaN keBOdOHaN keRabaU MaNGGlaH YanG Tak BeraNI BerTanggUnGjaWab Ke AtAS aPa YanG DIa TeLah LakUkan KepAD penGeraK KIta Dan Blog Ni...Apa YanG PeNTInG marILah KITa SaMA2 MemIKIrKan BaGAIMaNa NaK memaJUKan KRMB dISaMPING meNCarI IdeA dan CadaNGan UntuK memBUat seBaraNG Aktiviti YanG BoleH MeNaikan NaMa KRMB sUPaya TiDaK dfIPanDaNG leMAH DaN leMBab OleH AnasIR YanG seLALU dEnGki DEngaN PERkEmbANgAN krmb yNAg kITA sAYaNgI INI. jESTERU ItU, Kita SingKIRKan BuDaya HinA-MenGhina, BenCi-memBenci Di DalaM eMPayar BloG KRMB...TaPI kaLAu KriTIKan YanG memBiNa DaN MenYedarKan GolONgAn tertentu...sY RaSa IaNya PatUT dI terusKan..BaGI TUjUaN MemBanGUnKaN emPayar KRMB sUpaya menJadi EmPayaR TerBilAng...SeLamaT UlaNG TaHUN KRMB...SeMoga AMT KRMB banGUN daN TerUS BanGUN Untuk MaSa DePAn KRMB...


CILI PADI

Anonymous said...

yA sY seTUJU deNGAN aPA yaNG c cILI paDI kaTAKAN iTU, sY raSA baGUS kiTA teNGOK maSA dePAN krMB iNI deNGAN paNDANGAN yanG poSITIF dan berSATU. cuMA sY keCEWA kerANA c rOMPAKAN daN buDAK baRU beLAJAR yaNG diKATAKAN penCETUS buDAYA menGKRITIK seCARA siHAT iTU suDAH tIDAK aKTIF daN menYEPIKAN dirI, iNI saTU perKEMBANGAN yaNG tIDAK baGUS. kePADA kaMU berDUA, keMBALIKAN memIKIRKAN baGAIMANA maHU meMAJUKAN krmB iNI

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

Ya...KePAdA ROMPaKAn Dan BUdaK Baru BeLAjar...JanGAn menYepiKan Diri Atau KaMU memNag sibUK seKaraNG ni...Mari KITa BersATU beNtuk KRMB ni...BiaR SeMUa ORanG tenGUK KRMB The Best...

CILI PADI

Anonymous said...

sy peminat komen2 budak baru belajar, sy memang merindui komen2nyan sekarang, keluarlah

Puteri Sungai Padas

Anonymous said...

KEPADA

PENGGERAK RAKAN MUDA BEAUFORT
PRESIDEN
& AMT KRMB

SAYA MENCADANGKAN TAHUN HADAPAN SEMPENA TIGA TAHUN PENUBUHAN KRMB, SAYA RASA BAGUS KRMB MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN, PALING TIDAKPUN MENGADAKAN HARI KELUARGA ATAU DINNER BERSAMA AHLI. DENGAN ADANYA PUSAT KEGIATAN NANTI, PASTI AKTIVITI INI TIDAK SUKAR UNTUK DILAKSANAKAN. HARAP CADANGAN INI DIPERTIMBANGKAN

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man

Anonymous said...

good idea, sa stuju noordin, tp ko jgn pla kasi letup pusat kegiatan rkn muda tu da lah..ehehe

Professor Malam

Anonymous said...

tpulang la pd pgerak mcmana nti dgn idea ko tu ah noordin

Saifuddin II

BEAUFORT BAMBARAYON (Kahar Buntak ) said...

Cadangan En Nordin saya setuju. Tapi sedikit penambahan. Saya cadangkan semasa program Kem Kepimpinan itu nanti, kita selitkan dinner untuk semua ahli KRMB disamping persembahan atau pertunjukan yang sesuai nanti. Kalau semua setuju saya akan aturkan nanti....mcm anda semua ok ka......

Anonymous said...

KEPADA

EN. KAHAR..

BAGAIMANA DINNER BOLEH DI BUAT SEMASA PERKHEMAHAN ITU NANTI, MCMANA? SAYA RASA MASALAH PERUNTUKAN PASTI MENJADI PERSOALAN KAN

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man

Anonymous said...

nda susah ko tu en.kahar wat dinner masa kem tu nti? sa rasa mcm nda bleh la

Professor Malam

Anonymous said...

sY raSA nDA perLULAH memBUAT diNNER uNTK aMT aTAU ahLI krMB, baGI sY seMACAM menGGANGGU keM itU puLA..lebIH baIK buAT paDA harI laIN terUTAMA paDA haRI preSIDEN, timBALAN preSIDEN daN naIB preSIDEN yaNG diJANGKA bolEH daTANG taNPA perLU banYAK memBERI aLASAN

jamBATAN beauFORT

Anonymous said...

jambatan..saya rasa jangan kamu tolak bulat2 cadangan itu, apa kata ajk kem itu nanti bermesyuarat tentukan macamana, itu lebih baik

Crestiana Renalda

Anonymous said...

salam perpaduan semua....maaf agak lama sy menyepikan diri...
setelah mbaca semua...komen2 anda,nyatanya semua sudah mempunyai idelogi yg sama..semangat begini yg harus ada dalam organisasi kita..sama2 kita mempertahankan Pemimpin kita..
jangan kita tunjukkan kelemahan kita,akibatnya kita sendiri yang kena...
mari kita bersatu hati,berpadu tenaga,berkongsi pemikiran untuk meneruskan kegemilangan KRMB..

"SATU PEMIMPIN,SATU SUARA..AHLI DIDAHULUKAN..PENCAPAIAN DI TITIK BERATKAN...KEGEMILANGAN KITA PERTAHANKAN"


bY tok'ken5
dahulu,kini dan selamanya

Anonymous said...

Tokken 5,
cuba ba ko bg nasihat ba sama c rompakan, cili padi sama jambatan supaya dorang balik masuk ke blog ni, ko kan otai sukarelawan kan

Crestiana Renalda

Anonymous said...

salam perpaduan...
Mmmmm....sila berikan ketenangan kepada cili padi,rompakan dan jambatan beaufort...dia orang mungkin menghadapi tekanan...biarkan dia orang rest dulu....

dan kepada cili padi, rompakan dan jambatan beaufort...sekiranya ada kelapangan masa...
kembalilah ke blog kita ini...berikanlah ide2 yg boleh kita kongsikan bersama....

selamat menyambut bulan penuh barakah,bulan ramadhan Al mubarak..
isuk puasa....





By TOK'KEN 5
dahulu,kini dan selamanya

Anonymous said...

KEPADA

TOKKEN 5

EM SAYA FIKIR BUKAN MEREKA YANG YANG BEREHAT TAPI BLOG NI YANG PERLU BEREHAT DARIPADA TERUS MENJADI MEDAN PERTEMPURAN PADA PIHAK2 YANG EKSTREM DENGAN FAHAMAN MASING2. BUDAYA INI KALAU SUDAH TIDAK TERKAWAL AKAN MEMAKAN DIRI. BAGUS JUGAKLAH MEREKA NI KELUAR DAHULU DARI BLOG KRMB UNTUK MEMBERI RUANG KETENANGAN KEPADA KRMB.

NOORDIN MAT TOP
The Bomber Man