Wednesday, July 15, 2009

PROGRAM PEMBANGUNAN PERSONALITI BELIA PERINGKAT BAHAGIAN BEAUFORT




Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,

Kepada semua Ahli Jawatankuasa KRMB, pengunjung setia blog, sahabat Rakan Muda & Belia adalah dijemput untuk menyertai satu program yang dinamakan Program Pembangunan Personaliti Belia Peringkat Bahagian Beaufort Tahun 2007 yang akan dilaksanakan seperti ketetapan yang berikut :-


Tarikh : 18hb-19hb Julai 2009 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Beaufort
Masa Pendaftaran adalah 8.30pagi hingga 10.30pagi


Pendaftaran adalah terbuka kepada semua belia yang berumur antara 15 hingga 30 tahun dari seluruh kawasan Bahagian Beaufort. Penginapan, makan minum dan peralatan kursus adalah disediakan. Pengangkutan adalah ditanggung sendiri oleh peserta. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program ini antaranya ceramah berkaitan jatidiri, self esteem dan self re-engineering, riadah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan beberapa aktiviti menguji minda dan kecekapan. Jika berminat hubungi En. Aziz Ason, Pegawai Penyelaras Program di talian 087-211625 atau datang terus ke Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort, Tingkat 1, Wisma Persekutuan Beaufort.

Sekian dan terima kasih.

13 comments:

Anonymous said...

ptg nda bulih register ka.

Anonymous said...

KAMI WARGA PERSATUAN BELIA DAERAH KECIL MENUMBOK SUDAH JARANG MENDAPAT JEMPUTAN KURSUS JABATAN BELIA DAN SUKAN..HARAP ADA JEMPUTAN SELEPAS INI YA

Anonymous said...

sia rasa student skolah plg bgus join kursus ini

julian

Anonymous said...

bleh mintak no hp en aziz?

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

sila hubungi Pejabat Belia & Sukan (P) Beaufort untuk makluman no hp en. aziz ason, terima kasih

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

no telefon pejabat belia & sukan (p) bahagian beaufort : 087-211625

BELL said...

sertailah program ini, program ni memang best, saya sudah lihat susun aturnya memang best, bagus kamurang ikut banyak ilmu kamu dapat ni nanti...Aziz, kirim salam semua di sana yakkk

Anonymous said...

napa program jabatan belia sentiasa tidak ada promosi di mana-mana, contohnya menampal poster di pekan, kedai2 kopi atau d tempat2 strategik mcm poster org buat konset tu, kalu begitu barulah orang tahu dan ramai yang mahu tahu, kalau mengharapkan sukarelawan ja memang susah dan balik2 orang yang sama saja join, betul tak........

Anonymous said...

iya aku setuju tu..setuju sangat2...

Anonymous said...

cari mekanisme lain lah dlm mngembangkan cara dan gaya utk promo program jbs ni, jgn guna cara lama, guna internet pn blum sesuai lg sbb org bft ni blum lagi arif sgt pasal komptr n intenet ni, bkn durg ada intenet stiap rmh, p cc pn tuk men game ja

Anonymous said...

ui sayang oi smua, kamu cdgkn trus p peti cdgn ni pejabat belia n sukan bft tu, nti nda pasal2 blog ni lagi kana hantam ckp kasi buruk pejabat belia...ala sandi eh..

Anonymous said...

tgk pgawai gak geng dpt trima atau tida..

ras

Anonymous said...

uhhuuu 1 lg prgrm sy x thu, klu x bleh sy ikut

syah