Thursday, July 23, 2009

PERTANDINGAN GRAFITI SEMPENA PROGRAM SEPAKAT BESTARI DAERAH BEAUFORT


Pertandingan Grafiti datang lagi.......Jom Sertai...


Haluuuu semua....
Perhatian kepada semua ahli KRMB dan komuniti Rakan Muda di kawasan Parlimen Beaufort, pihak Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort dan Kelab Rakan Muda Beaufort dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Beaufort akan mengadakan Pertandingan Grafiti Rakan Muda bersempena Program Sepakat Bestari yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Penerangan Daerah Beaufort.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua terutamanya mereka-mereka yang pernah menyertai Pertandingan Grafiti Rakan Muda Peringkat Parlimen Beaufort pada tahun 2008 dan 2009. Bagaimanapun, kepada yang berminat juga adalah amat dialu-alukan penyertaan di dalam pertandingan ini. Berikut adalah butir-butir pertandingan : :-


Tarikh : 25 Julai 2009
Lokasi : Tembok Pejalan Kaki Berhadapan KFC
Masa : 8.30 Pagi

Oleh itu, kepada yang berminat bolehlah menghubungi Penggerak Rakan Muda Parlimen Beaufort, Cik Rayyana Amsir di talian 087-211625 atau terus datang ke Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort di Tingkat 2, Wisma Persekutuan Beaufort untuk informasi selanjutnya. Semoga program ini akan berjaya dan jumpa anda di sana.................


13 comments:

Anonymous said...

ni itu budak smk II tu p lah join, kmurang kan ada mintak hari tu..bah....

Anonymous said...

Terima kasih kpd pihak KRMB kerana mengadakan pertandingan, saya berharap pihak penggerak dapat memberi surat jemputan kepada sekolah2 agar dapat menghantar peserta2 terbaik mereka. saya harap pihak krmb dan penggeraka dapat memberikannya secepat mungkin, TQ.

Cikgu Pantun

Anonymous said...

jom join...best bah ni grafiti...

Anonymous said...

mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Anonymous said...

apalah kamurang ni, program hari sabtu baru mau gtahu harini, kitorang da ada plan lain, tgk lah nanti, apapun nanti kalau register di sana tempat pgrm saja bolehka?

yus

Anonymous said...

jgn bh ko mengencang yus, mmg kdg2 kptsn 2 lmbt mau d trima..kta kna fhm bah kan..

bullock

Anonymous said...

SEMPAT LAGI MAAAAA...KO NI YUSS

PBB

Anonymous said...

Penggerak, where are u? we need u answer n opinion, TQ

Spice Rice

Anonymous said...

salam perpaduan bt suma...

sy dah hntr surat jemputan tuk suma sekolah2 kt bft ni keptsn suma pd pihak sekolah sy xle pksa2 pla...bt yg nk daftar tu elok gtau sy suk ble? bb ptandingan start jam 8.30 pg...tkt dftr lewat dpt tmpt x elok kang kcewa pla...

oh ya sori la if sy lmbt respon kt blog ni bkn pa ksmpatan tuk surf tu susah skit...pa g time ada program mang sibuk skit..jd klu lmbt rply hrp dpt mmhmi la ya...

Mis ray

Anonymous said...

Ok Tq Miss Ray, TQ atas jemputan ke sekolah2 itu..Good Job..

Trima kasih daun keladi,
anak kerbau mati tertambat,
org menjmput kami mesti sudi,
kami pasti berjaya tgk & lihat

cikgu pantun

Anonymous said...

waaa ada ptandingan grafiti lagi lahhhhh..bagus222...

Anonymous said...

thanks a lot pd miss ray krna mngadakn ptndgn grafiti lagi, cuma sy ign btanya mcmana cdgn kmi spya krmb dpt menubuhkn sayap br iaitu biro seni grafiti, adakah ianya sdh d bncg dlm mesyuarat hri tu or msh lg tdk mdpt apa2 maklum balas?

insan menanti,
syah

Anonymous said...

trima kasih pd krmb kerana menganjurkan ptandingan grafiti td, mamng menyeronokan, smuanya berjalan dgn baik, terima kasih

pergi ke hulu mencari relung,
mendaki bukit menuju awan,
krmb memang kelab terulung,
trima kasih kmi ucapkan

cikgu pantun