Tuesday, July 14, 2009

KURSUS PATRIOTISME PEMIMPIN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN BEAUFORT


Patriotisme lambang jatidiri dan kematangan pemimpin


Pada 11hb-12hb Julai 2009 telah berlangsung satu program yang dinamakan Kursus Patriotisme Pemimpin Belia Muda Peringkat Bahagian Beaufort. Program yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Belia Pekan Weston ini diadakan di Dewan Seri Dayang, Pekan Weston dan disertai seramai 47 orang peserta dari sekitar Weston, Lingkungan, Lubuk dan Maraba. Program ini berobjektifkan membangunkan kesedaran patriotisme, mewujudkan 'role model' yang boleh menjadi ikon belia, menyedarkan bakal-bakal pemimpin belia mengenai ancaman semasa dan mempertingkatkan penghayatan kepada Perlembagaan Negara ini cukup berjaya dan telah memberi sedikit impak walaupun tidak ke tahap seperti yang diharapkan.

Pegawai Penyelaras kursus yang juga Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort, En.Amreezal bin Abd Kadir berkata kursus ini walaupun dalam tempoh singkat telah dapat mengumpulkan hampir kesemua pemimpin muda belia dari kalangan mereka yang berpotensi dan semoga kursus ini akan dapat memandu arah perjalanan masa depan pemimpin ini. Kursus ini diserikan lagi dengan penyampaian slot ceramah daripada Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Negeri Sabah, Datuk Ibrahim Saad, Timbalan Pengarah BTN Sabah serta Penolong Pengarah BTN Sabah dalam setiap slot ceramah yang disediakan.

Pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya kepada sukarelawan KRMB iaitu Kahar Buntak, Suardi Kadir dan Mohd Halbi Abd Hassan atas usaha yang diberikan. Begitu juga kepada Pengerusi Persatuan Belia Pekan Weston Zainal Abidin Omarali dan Ahli Jawatankuasanya yang turut serta menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Kumpulan 4 telah dinobatkan sebagai Kumpulan Terbaik manakala saudari Julina Hj Saidina telah diisytiharkan sebagai Peserta Terbaik. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Junaidi Omarali, Pemaju Mukim Kawasan N.27 Lumadan, wakil kepada YB Tuan Kamarlin Hj Ombi, Ahli Dewan Undangan Negeri N.27 Lumadan. Turut hadir semasa majlis perasmian ialah Pn. Shamson Saad, Pegawai Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort dan pegawai-pegawai daripada Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort.



Ceramah & Latihan Dalam Kumpulan......



Sekitar Majlis Perasmian Penutup.........


15 comments:

Anonymous said...

astaga, nda pulangku tahu ada program ani kana buat di weston, kalau nda ikutku

Anonymous said...

kalau program ini buat dikalangan pemimpin pelajar sekolah bersama pemimpin kelab2 remaja, saya program ini akan lebih berhasil dan menarik. Kalau kita buat dan bagi kursus ni pada mereka2 yang kurang peka dengan pkembangan semasa, mungkin objektif kursus ini tidak sampai. apapun saya ucapkan tahniah pada jbs bft atas penganjuran program ini

Cikgu Pantun

Anonymous said...

elooo..
sia rasa kalau blog ni tiada, sia pun tidak tahu lah macamana mau tahu ada program atau teda.syukurlah blog ni masi ada. sia harap sia tidak ketinggalan apa2 lagi information dengan adanya blog ni.

Lew Mei Mei
SM St Paul

Anonymous said...

pemimpin krmb patut join ni kursus hari tu..bari ngaammm...

Anonymous said...

masuk newspaper bah prgrm ni..nda caya tgk sabah times hari 2 ada tu gmbr durang pn samsun

BELL said...

ceramah BTN memang menarik, rugilah kamurang nda ikut haritu, best owh..ada penceramah dari kementerian kewangan lagi..hekhekhek...

Anonymous said...

napa program jabatan belia sentiasa tidak ada promosi di mana-mana, contohnya menampal poster di pekan, kedai2 kopi atau d tempat2 strategik mcm poster org buat konset tu, kalu begitu barulah orang tahu dan ramai yang mahu tahu, kalau mengharapkan sukarelawan ja memang susah dan balik2 orang yang sama saja join, betul tak........

Anonymous said...

iyaba...

Anonymous said...

progrm ni kalu buat d resort kan best...negee..cari peserta di kalangan pemimpin muda br best, bukan men tangkap muat ja..ni la masalah ni dlm stiap progrm

Anonymous said...

terus terang saya bilang lah, persatuan belia pekan weston kena pergi mana-mana kursus pengendalian program lah sebab saya tengok banyak kelemahan lah program haritu terutama aspek yang diuruskan oleh pihak persatuan. Saya ucap terima kasih pd penceramah dr BTN dan brother dr kementerian kewangan tu sbb cramah mereka semua bagus dan menarik.

ikhlas,
Norsham
Beaufort

Anonymous said...

btul cakap c norsham atu..baik tah baiki lagi mana yg patut atu..tp nya urang ok lah ada jua lah nya urang anjuran pbpw atu..baju ada..ok tah tu udah tu bah..

brunio

Anonymous said...

bersyukur tah pada tuhan apa yang dibuat oleh PBPW atu ... jangan budayakan komplin .... yg penting matalamatnya ... kalu mahu yg terbaik .... buat dihotil 5 bintang .... ini lah jadah nya kita ini pemimpin baru ... semua serba tak kena ..dari zaman hang tuah sampi hari ini dan akan datang budaya tak bersyukur dan berpuas hati ini selalu ada .... apatah lagi sentiasa mengatakan diri sendiri yag paling baik dan hebat ..... harapan janganlah jadikan budaya busuk hati sebagai ters untuk menempah kejayaan ....... kalu mahu sertai kalu tak mahu .... sembunyi dibawah ketiak ibu .... urus saja urusan sendiri ...tak payah berbakti


anak manis kecewa
dari weston

Anonymous said...

Ni Norsam beaufort ni memng bodoh ... tak tahu menilai ... dlam dirinya selalu tak suka orang lebih ......orang macam ni tak harus dibagi muka ...

sokong anak manis

Anonymous said...

asatagah mengapa tia lagi si norsam beaufot nada puas hati ani ..... ini memang syok sendiri ni ...kita mahukan ilmu lah bukan kaki komplin

Anonymous said...

kalau ada orang macm ni .... habislah