Tuesday, July 28, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA LAMAN BLOG KRMB


Selamat Ulang Tahun Pertama Blog KRMB


Hari ini, 28 Julai 2009 , KRMB menyambut ulang tahun pertama kelahiran laman blog KRMB. Blog KRMB ini adalah cetusan idea bersama Penggerak Rakan Muda Beaufort pada masa itu, Mohd Halbi Abd Hassan, Presiden KRMB kedua, Rynnille Peter dan Suardi Kadir, Exco KRMB dan telah mengalami revolusi dalam menjana dan memajukan blog ini hingga ke tahap hari ini.

Pihak KRMB mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dan kepada semua ahli KRMB, marilah sama-sama kita menyokong dan membantu KRMB dalam menjadikan kita antara yang terbaik di kalangan yang terbaik. Sekalung penghargaan juga buat Penggerak Rakan Muda Beaufort, Rayyana Amsir, Presiden KRMB, Muhd Junidin Jamlan dan semua pemimpin KRMB kerana terus menyokong dan mengembangkan lagi blog ini untuk kebaikkan bersama dan sentiasa mementingkan kualiti dan kuantiti.

Teruskan usaha anda untuk menyokong dan setia bersama laman blog KRMB ini. Sesungguhnya sokongan daripada seluruh ahli KRMB, pengunjung setia dan komuniti Rakan Muda amat diharapkan bagi menterjemahkan kecemerlangan KRMB ke arah realiti dan berwibawa. Tahniah pada semua.


Selamat Ulang Tahun Pertama Blog KRMB...
KRMB; A Journey To Future....

Friday, July 24, 2009

BOOTH KRMB...JOM KITA SERBU........


Booth KRMB sememangnya selalu mendapat tumpuan ramai...


Salam Semua,
Kepada semua Ahli KRMB dan semua generasi Rakan Muda di kawasan Parlimen Beaufort dan sekitarnya, KRMB akan membuka satu BOOTH khas sempena Program Sepakat Bestari di ruang legar Tapak Tamu Pekan Beaufort bermula 24hb hingga 26hb Julai 2009 dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti :-

i) Pendaftaran Keahlian Rakan Muda / KRMB
ii) Pengemaskinian Keahlian (Bagi Ahli Yang Sudah Berdaftar)
iii) Pameran Aktiviti KRMB
iv) Sesi Ramah Mesra Bersama Penggerak Rakan Muda Beaufort
v) Promosi Proggram Terkini Rakan Muda
vi) Mengenali Secara Lebih Dekat Pemimpin KRMB
vii) dan Banyak Lagi....................

Datanglah beramai-ramai, serbu Booth KRMB tanpa rasa ragu dan segan mahupun takut2 Ok. Kehadiran anda amat dialu-alukan. Teruskan sokongan anda kepada KRMB dan buktikan bahawa KRMB adalah kelab yang terbaik kepada Malaysia. Sekian & thanks so much...




Thursday, July 23, 2009

PERTANDINGAN GRAFITI SEMPENA PROGRAM SEPAKAT BESTARI DAERAH BEAUFORT


Pertandingan Grafiti datang lagi.......Jom Sertai...


Haluuuu semua....
Perhatian kepada semua ahli KRMB dan komuniti Rakan Muda di kawasan Parlimen Beaufort, pihak Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort dan Kelab Rakan Muda Beaufort dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Beaufort akan mengadakan Pertandingan Grafiti Rakan Muda bersempena Program Sepakat Bestari yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Penerangan Daerah Beaufort.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua terutamanya mereka-mereka yang pernah menyertai Pertandingan Grafiti Rakan Muda Peringkat Parlimen Beaufort pada tahun 2008 dan 2009. Bagaimanapun, kepada yang berminat juga adalah amat dialu-alukan penyertaan di dalam pertandingan ini. Berikut adalah butir-butir pertandingan : :-


Tarikh : 25 Julai 2009
Lokasi : Tembok Pejalan Kaki Berhadapan KFC
Masa : 8.30 Pagi

Oleh itu, kepada yang berminat bolehlah menghubungi Penggerak Rakan Muda Parlimen Beaufort, Cik Rayyana Amsir di talian 087-211625 atau terus datang ke Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort di Tingkat 2, Wisma Persekutuan Beaufort untuk informasi selanjutnya. Semoga program ini akan berjaya dan jumpa anda di sana.................


Wednesday, July 22, 2009

CADANGAN PENEMPATAN PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA PARLIMEN BEAUFORT


Pusat Kegiatan Rakan Muda aset utama pembangunan komuniti


Hi Semua..........
Pihak Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort, Penggerak Rakan Muda Beaufort Cik Rayyana Amsir serta Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) sedang mencari satu lokasi yang sesuai untuk menempatkan satu PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA bagi kawasan Parlimen Beaufort. Justeru itu, adalah diharapkan kepada semua ahli dan pengunjung blog ini agar dapat mencadangkan mana-mana tempat yang bersesuaian sebagai cadangan bagi pusat itu kelak. Setiap cadangan dan kerjasama daripada anda semua amat bernilai dan akan diteliti secara terperinci.

Jika menjadi kenyataan, pusat ini kelak akan menjadi 'Centre' kepada semua ahli kelab, generasi rakan muda dan masyarakat untuk berkumpul dan mengadakan pelbagai aktiviti dan program berkaitan Rakan Muda. Yang lebih signifan nanti ialah pusat ini akan dijadikan pejabat operasi KRMB untuk mengurus dan menyelia mana-mana program yang berkaitan. Pusat ini juga akan menempatkan Pusat Siber Rakan Muda untuk kawasan Parlimen Beaufort.

Berikut adalah kreteria pemilihan dalam cadangan penempatan pusat ini :-

i). Lokasi strategik dan mudah dikunjungi
ii). Kos atau Penyelenggaraan yang rendah.
iii). Mempunyai fasiliti yang baik.
iv). Tahap keselamatan yang memuaskan.

Terima kasih kepada anda atas segala cadangan dan saranan yang diberikan. Pihak KRMB amat mengetahui bahawa ahli KRMB dan pengunjung setia blog ini lebih arif mengenai mana-mana lokasi yang bersesuaian dan dengan wujudnya pusat ini kelak, kepentingan dan kebajikan generasi Rakan Muda di kawasan ini akan lebih terjamin dan bermanfaat. Sekian & Wassalam.

Monday, July 20, 2009

PELUANG MEMILIKI KERJAYA...


Peluang kerjaya....................


Hai Semua Ahli KRMB & Pengunjung Setia Blog,

Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kami sebagai sebuah kelab yang mementingkan kepentingan generasi muda khususnya di kawasan Parlimen Beaufort, di sini kami menghebahkan beberapa kursus yang dirasakan penting dalam memberi idea kepada semua untuk memulakan perniagaan sama ada untuk diri sendiri mahupun kaum keluarga dan sahabat handai. Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda semua.........


01. KURSUS TEKNOLOGI VERNIKULTUR (Penternakan Cacing).

i). Kursus ada berbentuk teori dan praktikal
ii). Yuran RM35o sahaja

KOTA KINABALU & SEKITARNYA
Tarikh : 30hb Julai 2009
Tempat : Pusat Penternakan Cacing D&J Agro
Masa : 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Hubungi En.Jay di talian 019-8975438/En. Rashidi -0167141772

SIPITANG
Tarikh : 09 Ogos 2009
Hubungi En. Jasni di talian 019-8116403
Tawaran Istimewa....
a). Program Kongsi Ladang
b). Percuma Khidmat Nasihat 2 Tahun
c). Percuma Praktikal di Pusat Ternakan 2 Tahun
d). Pasaran dan Pendapatan Terjamin

Anjuran D&J Agro Centre

...............................................................................

02. KURSUS TERNAKAN SERAI

Kelebihan.........
a). Menjana Pendapatan Lumaya
b). Peluang Perniagaan
c). Jaminan Pasaran
d). Kaedah & Cara Sistematik


Tarikh : 25hb Julai 2009
Tempat : Sabah Trade Centre, Likas
Hubungi En. Ruslie di talian 019-8619702

Anjuran ZX2 Resources Sdn Bhd

................................................................................

03. LATIHAN PERNIAGAAN DOBI & SENI TANAM LANSKAP

Tarikh : 22-25 Julai 2009
Masa : 8.00Pagi - 5.00Petang
Tempat : PBUNS, Kota Kinabalu.

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Yuran adalah termasuk makan-minum, nota dan sijil. Untuk keterangan lanjut hubungi PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN NEGERI SABAH di talian 088-255840 / 841.

..................................................................................

Iklan adalah dipetik daripada News Sabah Times 13 Julai 2009

Friday, July 17, 2009

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK KRMB vs SFI


Barisan pemain KRMB FC......


Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan antara pasukan Kelab Rakan Muda Beaufort FC (KRMB) dengan pasukan Sabah Forest Industry (SFI) bertempat di Padang Bola Sepak SFI, Sipitang, Sabah. KRMB yang menurunkan bintang-bintang ternamanya seperti Presiden KRMB, Muhd Junidin Jamlan, Mohd Sharol Saiman, Wira Azwani Japar, Nurul Hardy Japar, Kahar Buntak, Muhd Nurezam Sabiran dan lain-lain telah menunjukkan prestasi yang baik. Keputusan perlawanan telah berpihak kepada SFI dengan kemenangan 5-2 mengatasi KRMB FC. Apapun, perlawanan ini telah meningkatkan prestasi KRMB FC untuk terus mara ke hadapan dalam memperbaiki kelemahan yang ada. Kepada pasukan-pasukan lain yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan menentang KRMB FC, sila berhubung dengan Presiden KRMB, Muhd Junidin untuk maklumat dan perbincangan lanjut. Sekian dan terima kasih.


Kecederaan Mohd Sharol menyebabkan KRMB FC pincang...

Wednesday, July 15, 2009

PROGRAM PEMBANGUNAN PERSONALITI BELIA PERINGKAT BAHAGIAN BEAUFORT




Assalamualaikum WRT & Salam Rakan Muda,

Kepada semua Ahli Jawatankuasa KRMB, pengunjung setia blog, sahabat Rakan Muda & Belia adalah dijemput untuk menyertai satu program yang dinamakan Program Pembangunan Personaliti Belia Peringkat Bahagian Beaufort Tahun 2007 yang akan dilaksanakan seperti ketetapan yang berikut :-


Tarikh : 18hb-19hb Julai 2009 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Beaufort
Masa Pendaftaran adalah 8.30pagi hingga 10.30pagi


Pendaftaran adalah terbuka kepada semua belia yang berumur antara 15 hingga 30 tahun dari seluruh kawasan Bahagian Beaufort. Penginapan, makan minum dan peralatan kursus adalah disediakan. Pengangkutan adalah ditanggung sendiri oleh peserta. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program ini antaranya ceramah berkaitan jatidiri, self esteem dan self re-engineering, riadah, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan beberapa aktiviti menguji minda dan kecekapan. Jika berminat hubungi En. Aziz Ason, Pegawai Penyelaras Program di talian 087-211625 atau datang terus ke Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort, Tingkat 1, Wisma Persekutuan Beaufort.

Sekian dan terima kasih.

MESYUARAT PENGURUSAN KRMB KALI YANG PERTAMA




MEMO

Kepada Presiden & Ahli Jawatankuasa Tertinggi KRMB, Ahli-Ahli KRMB Seluruh kawasan Parlimen Beaufort, Pengunjung Setia Blog KRMB dan Individu2 yang mahu menyumbang idea ke arah pembangunan dan kemajuan KRMB adalah dipelawa untuk menghadiri Mesyuarat Pengurusan KRMB yang pertama seperti butiran berikut :

Tarikh : 17 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 2.00 Petang
Lokasi : Bilik Mesyuarat Pejabat Belia & Sukan Beaufort

AGENDA Mesyuarat :

01. Ucapan Presiden KRMB
02. Ucapan Penggerak Rakan Muda Beaufort
03. Amanat daripada Pegawai Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort
04. Perbincangan Aktiviti dan Perlantikan AJK KRMB
05. Hal-Hal Lain

Adalah diharapkan semoga mesyuarat ini akan menjadi 'turning point' untuk kembali melonjakkan KRMB ke landasaan sebenar. Kehadiran untuk AJK KRMB adalah wajib. Sekian dan terima kasih.


Tuesday, July 14, 2009

KURSUS PATRIOTISME PEMIMPIN MUDA PERINGKAT BAHAGIAN BEAUFORT


Patriotisme lambang jatidiri dan kematangan pemimpin


Pada 11hb-12hb Julai 2009 telah berlangsung satu program yang dinamakan Kursus Patriotisme Pemimpin Belia Muda Peringkat Bahagian Beaufort. Program yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Belia Pekan Weston ini diadakan di Dewan Seri Dayang, Pekan Weston dan disertai seramai 47 orang peserta dari sekitar Weston, Lingkungan, Lubuk dan Maraba. Program ini berobjektifkan membangunkan kesedaran patriotisme, mewujudkan 'role model' yang boleh menjadi ikon belia, menyedarkan bakal-bakal pemimpin belia mengenai ancaman semasa dan mempertingkatkan penghayatan kepada Perlembagaan Negara ini cukup berjaya dan telah memberi sedikit impak walaupun tidak ke tahap seperti yang diharapkan.

Pegawai Penyelaras kursus yang juga Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort, En.Amreezal bin Abd Kadir berkata kursus ini walaupun dalam tempoh singkat telah dapat mengumpulkan hampir kesemua pemimpin muda belia dari kalangan mereka yang berpotensi dan semoga kursus ini akan dapat memandu arah perjalanan masa depan pemimpin ini. Kursus ini diserikan lagi dengan penyampaian slot ceramah daripada Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Negeri Sabah, Datuk Ibrahim Saad, Timbalan Pengarah BTN Sabah serta Penolong Pengarah BTN Sabah dalam setiap slot ceramah yang disediakan.

Pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini khususnya kepada sukarelawan KRMB iaitu Kahar Buntak, Suardi Kadir dan Mohd Halbi Abd Hassan atas usaha yang diberikan. Begitu juga kepada Pengerusi Persatuan Belia Pekan Weston Zainal Abidin Omarali dan Ahli Jawatankuasanya yang turut serta menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Kumpulan 4 telah dinobatkan sebagai Kumpulan Terbaik manakala saudari Julina Hj Saidina telah diisytiharkan sebagai Peserta Terbaik. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Junaidi Omarali, Pemaju Mukim Kawasan N.27 Lumadan, wakil kepada YB Tuan Kamarlin Hj Ombi, Ahli Dewan Undangan Negeri N.27 Lumadan. Turut hadir semasa majlis perasmian ialah Pn. Shamson Saad, Pegawai Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort dan pegawai-pegawai daripada Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort.



Ceramah & Latihan Dalam Kumpulan......



Sekitar Majlis Perasmian Penutup.........