Saturday, June 6, 2009

DAULAT TUANKU


Sultan Mizan, Sultan berjiwa rakyat.


Pihak KRMB merapak sembah dan mengucapkan Selamat Hari Keputeraan Kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Semoga Tuanku sentiasa dirahmati Allah SWT dan dipanjangkan usia. Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
Add Image

Latar Belakang DYMM Yang Dipertuan Agong.

Baginda adalah Sultan ke-17 negeri Terengganu. Nama sebenar baginda ialah Al Wathiqu Billah, Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj. Baginda lahir pada 22 Januari tahun 1962 di Istana Al-Muktafi di Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Menerima pendidikan awal Sekolah Rendah Sultan Sulaiman kemudian melanjutkan di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Tuanku Mizan kemudian menyambung pendidikan di Geelong Grammar School di Australia. Tarikh 9 Jun 1988, baginda tamat pengajian di US International University-Europe, di London dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang hubungan internasional. Selain cemerlang dalam pendidikan, Tuanku Mizan memasuki dalam pendidikan ketenteraan. Baginda menyertai dalam Kursus Ketenteraan di Army School of Languanges mulai 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudian mengikuti Kursus Ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst di England bermula 3 Mei 1983 hingga menyelesaikan Kursus Kadet pada 9 Desember 1983. Baginda menerima pangkat Leftenan pada 1 Mac 1984 dan masuk dalam The Royal Cavalry.


Tuanku Mizan Zainal Abidin diangkat sebagai Putra Mahkota dari negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudian diputerakan sebagai Sultan Terengganu mulai 20 Oktober hingga 8 November 1990. Sebelum dilantik Sultan Terengganu, Tuanku Mizan juga pernah berkhidmat di Terengganu. Pada 15 September 1981, Baginda diangkat sebagai Staf Ketua Pertahanan, sebelum berangkat ke luar negeri mengikuti pendidikan ketenteraan di England. Baginda adalah Presiden Dewan Islam dan Budaya Masyarakat di Terengganu mulai 1991 hingga Desember 1995. Sultan Mizan merupakan sultan termuda di Malaysia karana menduduki Singgahsana Terengganu pada usia ke-36, pada 15 Mei 1998. Baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 3 November 2006. Sultan Mizan dipilih melalui Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu untuk menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis) untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada 13 Desember 2006.


Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia kedua termuda setelah Tuanku Syed Putra Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis menjadi Yang Dipertuan Agong pada usia 41 tahun pada 4 Januari 1961. Yang menarik adalah Sultan Mizan merupakan Yang Dipetuan Agong yang pertama lahir setelah kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 1957. Sultan Mizan Zainal Abidin mendirikan rumahtangga dengan Sultanah Nur Zahirah, pada 28 Mac 1996 di Kuala Terengganu. Hasil perkongsian hidup tersebut, baginda dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri.

9 comments:

Anonymous said...

Hebat rupanya DYMM Yg Dipertuan Agong kita ni...Daulat Tuanku

Anonymous said...

Daulat Tuanku...

Anonymous said...

mari la kita laungkan bersama2

DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU...


1 suara 1 malaysia

,,,PENDAKAR MUSTAR MALAYSIA,,,

Anonymous said...

mari la kita teruskan konsep 1malaysia agar kita hidup lebih rukun dan aman

1 suara 1 malaysia


,,,PENDAKAR MUSTAR MALAYSIA,,,

Anonymous said...

46 hari lagi kita akan menyambut tahun baru adakah KRMB semakin maju dan bertambah baik, adakah tahun 2010 KRMB akan mempertambahkan aktiviti pada tahun 2010 untuk mengabiskan
masa lapang semua ahli KRMB.

sekiranya ada pertambahan aktiviti
adakah KRMB akan teruskan aktiviti
yg seperti tahun yg sudah2 atau adah perubahan dari pada pengerak KRMB untuk membuat suatu kelainan
kepada KRMB.

1 suara 1 malaysia


,,,PENDAKAR MUSTAR MALAYSIA,,,

Anonymous said...

adakah anda stuju dgn apa yg sya katakan bukan untuk mengkritik KRMB tetapi sekadar untuk bertanya saja.


1 suara 1 malaysia


,,,PENDAKAR MUSTAR MALAYSIA,,,

Anonymous said...

tumpang tanya anda-anda ada ka anda sorg yg propisnol sekiranya anda propisonal apa ka anda akan buat kepada KRMB sehinga memboleh kan KRMB meminta pertolongan kepada anda untuk menjalan kan satu tanggung jawap yg amat berat untuk anda pikul bersama2 ahli KRMB.

seperti?
ahli KRMB yg baru ingin mengikuti perkembangan
KRMB tetapi ahli tersebut tidak tahu sama sekali apa itu KRMB dan mengapakah KRMB d tubukan?.Dgn cara apa kah anda akan buat utk membantu ahli tersebut mengatahui apa itu KRMB.

a]adakah anda akan memberi penerangan yg simpel saja kpd ahli trsebut/menguraikan apa itu KRMB.
b]adakah anda akan menyelesaikan secara propisnol.
C]manpu kah anda-anda membantu ahli tersebut.
D]adakah anda tidak ambil tahu sama sekali kpd ahli tersebut.
E]adakah anda akan memangil semua ajk KRMB untuk membantu anda atau sebaliknya.
f]ada kah anda meminta pertolongan kpd cili padi dan bara api untuk meminta buah fikiran dari nya.
g]anda sorg propisnol membantu ahli tersebut dgn cara anda sendiri.
h]adakah anda mampu menyelasaikan masalah tersebut.

mungkin ka anda sorg yg propisnol?

ini d namakan meminta buah fikiran

1 suara 1 malaysia


,,,PENDAKAR MUSTAR MALAYSIA,,,

Anonymous said...

sya sorg tidak propisnol menyuarakan tentang masalah
org baru KRMB yg tidak tahu apa itu KRMB.

menyampaikan misi,

1 suara 1 malaysia


,,,PENDAKAR MUSTAR MALAYSIA,,,

Anonymous said...

bangun semua tlong si pendakar mustar malaysia selesaikan masalah

jgn mrh haaaa.......
sebap sya suru bangun.


Yang Benar
,.,Mr.Bumber_Men,.,