Saturday, June 20, 2009

AMARAN BUAT PELAWAT BLOG KRMB



Ingin saya tegaskan disini kepada pelawat-pelawat blog KRMB agar tidak menghantar sebarang comment tidak sepatutnya pada post yang di publish oleh admin. Contohnya MENYEBARKAN KHABAR ANGIN, MENJATUHKAN MARUAH SESIAPA, MENILAI KREDIBILITI SESIAPA, MENGUMPAT DAN MELAKUKAN APA-APA PERKARA YANG BOLEH MEYEBABKAN SEBARANG MASALAH KEPADA KELAB DAN PIHAK PEJABAT BELIA & SUKAN BEAUFORT.

Sudah banyak kali amaran seperti ini di utarakan oleh admin tetapi masih ada juga pelawat yang tidak mengendahkannya. Saya sungguh kecewa dengan sikap segelintir pelawat sebegini kerana tidak tahu menghormati orang lain dan KRMB. Tidak saya sangkalkan bahawa anda semua mempunyai hak untuk bersuara tetapi bersikap rasionallah bila memberi comment dan meninggalkan masej di kolum chit-chat.

Sekiranya perkara seperti ini masih berlaku lagi saya tidak akan teragak-agak untuk meminta agar admin menutup blog ini.

Sekian
Yang benar,

RAYYANA AMSIR
Penggerak Rakan Muda Beaufort

26 comments:

Anonymous said...

To KRMB,
sia stuju dgn ketegasn kak rayana,tp kmi hrp cdgn utk ttp ini blogt tdk akan tjd, jgnla mrhkan org blog kta ni di close pla, blog ni bgus, sia pn slalu tgk, byk info..jgnlah gtu bah,apapn admin ptt lbh slalu bhati2 utk mnapis sbrg komen yg kterlaluan..hrp2 semua ok lps ni..peace no war..

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

Kepada semua pengunjung yang budiman,

Pihak KRMB mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan tdk berbelah bahagi pd kami selama ini. Sesungguhnya kerana sokongan andalah KRMB dapat terus hidup dan maju bersama-sama aspirasi perjuangan membangunkan dan memertabatkan rakan muda di seluruh malaysia.

Terima kasih juga diucapkankan kepada pihak JBS Beaufort dan ibu pjabat JBS negeri Sabah terutama Pen.Pengarah Rakan Muda serta Bahagian Pembangunan Rakan Muda kerana telah banyak memberi dorongan dan moral support yang tinggi kepada kami.

Dalam usaha menambahbaik mutu dan kualiti blog KRMB, pihak kami memohon kerjasama daripada semua pihak khususnya ahli serta pengunjung setia blog KRMB ini untuk tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menjejaskan kepentingan dan kredibiliti KRMB sebagai organisasi yang bertanggungjawab kepada generasi muda di kawasan parlimen beaufort ini. Begitu juga kepada pihak-pihak yang berhasrat menjadikan blog ini sebagai wadah melepaskan marah atau rasa tidak puas hati, blog krmb ini bukanlah tempatnya. harap anda dapat mencari medium yang lebih sesuai dan bertanggungjawab.

Semoga penjelasan ini dapat difahami oleh semua pihak, tidak ada yang tidak bagus apabila kita bertindak secara berhemah dan bertanggungjawab. Pihak KRMB memohon maaf pada mana-mana pihak yang telah menjadi mangsa, menyentuh sensitiviti dan mendatangkan imej yang tidak baik gara-gara komen pengunjung kami yang tidak rasional.

Sekian dan terima kasih.
ADMIN KRMB

Anonymous said...

sokong usaha mnambahbaik blog ni, tp kpd sapa2 yg bhajat mau mrosakkn blog ni, aku akn pastikn hajat kmu itu tdk akan ke mana..we love krmb..hidup krmb..

saifudin II

Anonymous said...

uhhhh..sia teda tau la napa lg nie..mcm2 sajjaaa..pd kamurang yg tdk puas hati pd mana2 phak tu, p la lapor pd organisasi lain, byk bah..kamurang kasi lps di blog krmb kmi ni teda hasil ba..last2 nama krmb kmi ni jugggaak yg busuk..aiya..ini urang hrp tdk kcao keamanan krmb lg..uhhh..busan2 eh...

Anonymous said...

hopely ini post amaran jgn d tayang lama2..bikin malu kita ja..hrp admin sdh 1 minggu kamu buang la ni psot..mcm apa ja, imej krmb jgk yg nda bek nti..lalalala...

x-last,
waachaala ulla

Anonymous said...

jgn tutup ini blog...sia tdak mau..napa org len bikin hal blog mau di tutup..tdk patut opoo..napa tdk tutup sj itu org yg bkin panas tu...ooo,sgt tdk adil pd kami yg stia dn bg support slama ni pd krmb...sy tdk stuju...

Anonymous said...

ape hal ni kecoh2..uhh..mcm2 gak ek krmb nie..mcm goreng panazzz..eheh..be strong, dunt tension but take it as a new challenge to our krmb..yes we can...

Anonymous said...

HRP ADMIN LEBIH TELITI MENAPIS SEBARANG KOMEN YG TDK BTGGJWB, PD PGUNJUNG, JGNLA WAT DAJAL DLM BLOG YG KAMI SYGI NI OK...

Anonymous said...

aiya..terlampau lah jgak mau close ini blog..adusshhh..nda belh terima tau..

Anonymous said...

dah la tu..small matter..napa plak hal ni mau dibesarkan,xda benda pun, xda pn mlibatkn kpentingan generasi muda..kita ni tlalu byk bz body dgn hal remeh temeh, tp hal mbangunkan dan memajukan anak bangsa jarang skali dikatakan n d pjuangkan..fikirlah sket syg oii..

Anonymous said...

helo selamat pagi...aku ne boleh la di kira pengunjung setia blog krmb ne..br brp hari nda lawat da mcm2 cerita timbul..aku nda kisah pn klu cerita len tp telinga aku betul panas bila dengar kononnya ada usaha mau tutup blog ne..aku terus terang dan minta maaf klu statement ne akan menyinggung mana2 pihak tp jujur nya komen ne di tujukan buat penggerak rakan muda beaufort....sebagai seorang penggerak rakan muda adakah satu tindakan betul untuk kamu mau tutup blog ne sedangkan melalui blog ne la krmb makin maju..?ko jawab ne..adakah alasan ko mo tutup blog ne semata2 hal peribadi..?ini kah sikap seorang penggerak sedangkan sepatutnya penggerak la y memperjuangkan para rakan muda kita dan segala y di usahakan sebelum ini oleh penggerak dan rakan2 lain di buang begitu sahaja..? fikirlah...kenapa perlu buat amaran sebegini..?fikir2 kan la..klu masi bniat mo close blog ne aku akn jd org seangkatan y akan menentang...
-minta maaf skali lagi klu tslh info ok...-

Anonymous said...

Aku setuju dengan penulis pada JUN 24, 2009 jan 11:22:00 AM tu.

Sebagai pengerak dia sepatutnya berusaha memeprtahankan blog dan segala yang berkaitan dengan KRMB...bukan hanya mendengar sahaja terus menyalahkan...Tugas awak adalah menjaga kebajikan rakan muda dan juga KRMB bukan ikut serta dalam kemelut yang berlaku keatas Puan...Penggerak dan KRMB tidak boleh di pisahkan kita umpama satu badan yang saling memerlukan...

so fikir2kanlah..jangan ambil teguran ini sebagai untuk menjahanmkan awak..tapi ambil sebagai azimat untuk memperbaiki lagi diri...orait

adiosssssss

Anonymous said...

sia tinguk pun mcm2 dah jadi, sia pn trus trang slalu tgk ni blog krmb sbb blog ni bgtu bagus, byk bg input n pkmbgan smasa prgrm rkn muda, cuma mgkin msh kurang publisiti sbb tu msh ramai mber2 rkn muda d bft ni blum tahu kwujudn blog ni...

tp sedihnya kalu blog ni di ttp, nda tau la apa rasional blog ni mau dttp, umpama mencurah pasir ke dlm periuk nasi, sbb ada lalat dalam periuk tu..hal kicil ma tp blog pla mau dttp, sia pn tdk stuju..lgpn hal yg timbl haritu tdk pn mlibatkan kpentingan generasi muda d bft ni, teda pn..jd napa blog pla jd mangsa..hrp phk yang mengeluarkn spekulasi ni dpt tunjuk sbb napa blog yg sbagus ini harus d ttp/

jgn mrh pd yg trasa, jgn pla keluar lgi post amaran yg baru sbb apa yg blaku kini akan menjejaskan imej serta kredibiliti krmb sbg blog krm yg berkualiti. smoga hal penutupn blog ini tdk akan tjd..

sekian, tq

Anonymous said...

iya bah..napa nda keluarkan lalat dari periuk sahaja, pastu ok lah...kalu perlu cuci periuk tu, ni periuk tu pula mau di bakar..astaga..taubat2..nda masuk akal...

Anonymous said...

SAYA SUDAH BILANGKAN..JANGAN CUBA-CUBA CADANGKAN MAU TUTUP BLOG NI, KAMI SEMUA TIDAK SETUJU, SEKARANG SIAPA YANG SUSAHKAN......

NASIHAT SAYA NANTI KALAU ADA APA-APA CADANGAN YANG MELIBATKAN KEPENTINGAN AHLI KRMB DAN PENGUNJUNG SETIA BLOG NI, JANGAN CAKAP MAU LEPAS JA, ELOKLAH DIBAWA KE MESYUARAT SAJA, NI BUAT GEGAR DI BLOG MEMANG RAMAI YANG TAK SETUJU...

KAMI NI SELAMA NI SOKONG BLOG KRMB NDA PERNAH BERBELAH BAGI SEJAK DARI BLOG NI 'KOSONG' DAN 'TIDAK POPULAR' LAGI..KAMI TAHU SUSAH PAYAH MACAMANA MAU MEMBANGUNKAN BLOG NI..AIYA...

SAYA NI JENIS YANG NDA BERAPA SUKA BAGI KOMEN, TAPI SEBAB SAYA RASA HAL NI AKAN MENJEJASKAN KRMB, SAYA BERCAKAP JUGAKLAH..RAMAI JUGA KAWAN-KAWAN SAYA DI SEKOLAH DAN DI LUAR SANA KECEWA JIKA BLOG NI DI TUTUP...

HARAP SEMUA AKAN OK LAH SELEPAS NI..

+++BudakBaruBelajar+++

Anonymous said...

Lu tutup lah blog ni kalau lu berani..tutup blog ini umpama menghina rakan muda di beaufort ni..lu fikir baik2 ma..gua pn mimang panas sbb ada orang salah guna blog ni hentam pihak yg teda kaitan dgn org muda, tp bila gua dingar blog ini mau d tutup, wah panas gua punya telinga oooo....

gua kenal pmimpin rkn muda di bft, semua baik2..semua jaga kebajikan..semua pn ok..semua pn perjuangkan n memajukan rkn muda, tp sejak akhir2 ni jak nda berapa gua tinguk, mau jmpa penggerak pn susah, gua kenal pun tidak..

ok...we love krmb...gua tiada niat mau tujukan pd sapa2 gua punya statement ni, tp gua hrp JANGAN TUTUP BLOG INI OK...

<<(WASABE WATANABE)>>

Anonymous said...

Assalamualaikum WRT

Saya adalah seorang bekas Penggerak Rakan Muda daripada semenanjung. Saya amat tertarik sebenarnya dengan perkembangan yang berlaku di dalam blog KRMB anda ini. terlebih dahulu saya juga mengucapkan salam perkenalan untuk Pengerak Rakan Muda Beaufort, Rayyana Amsir.

Saya ada mengikuti perkembangan semasa blog ini dan saya tidak berniat untuk campur tangan. Tapi nasihat saya pada sahabat sejawatan saya, jangan cepat melatah dengan semua ni, ini adalah asam garam perjuangan kita dalam memertabatkan golongan sasaran untuk berjaya dan menjadi generasi yang berkaliber.

Kelab Rakan Muda adalah komponen terpenting dalam kita berkerja dan bergerak sebagai Penggerak Rakan Muda. Jangan sekali-kali kita mengabaikan KRM ini, dan kita jangan sekali-kali 'menunjukkan kita power' dengan mereka, bekerjasama dan berkeja bersama-sama dengan mereka, dan bukan mereka bekerja untuk kita atau kita menganggap mereka budak suruhan. Itu satu kesilapan besar sebenarnya.

Saya adalah Penggerak yang lama sejak jawatan ini diperkenalkan lagi pada tahun 2004 dan saya juga sudah terlalu banyak menghadapi pelbagai perkara yang mencabar kesabaran dan kredibiliti sebagai Penggerak. Tekanan kerja, emosi dan fizikal adalah perkara biasa. Tapi inilah sebenarnya 'keseronokan' bekerja sebagai penggerak, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh adalah lebih bernilai dari segalanya.

Sekian terima kasih
x-PRM Negeri Selangor DE

Anonymous said...

Assalamualaikum WRT

Saya adalah seorang bekas Penggerak Rakan Muda daripada semenanjung. Saya amat tertarik sebenarnya dengan perkembangan yang berlaku di dalam blog KRMB anda ini. terlebih dahulu saya juga mengucapkan salam perkenalan untuk Pengerak Rakan Muda Beaufort, Rayyana Amsir.

Saya ada mengikuti perkembangan semasa blog ini dan saya tidak berniat untuk campur tangan. Tapi nasihat saya pada sahabat sejawatan saya, jangan cepat melatah dengan semua ni, ini adalah asam garam perjuangan kita dalam memertabatkan golongan sasaran untuk berjaya dan menjadi generasi yang berkaliber.

Kelab Rakan Muda adalah komponen terpenting dalam kita berkerja dan bergerak sebagai Penggerak Rakan Muda. Jangan sekali-kali kita mengabaikan KRM ini, dan kita jangan sekali-kali 'menunjukkan kita power' dengan mereka, bekerjasama dan berkeja bersama-sama dengan mereka, dan bukan mereka bekerja untuk kita atau kita menganggap mereka budak suruhan. Itu satu kesilapan besar sebenarnya.

Saya adalah Penggerak yang lama sejak jawatan ini diperkenalkan lagi pada tahun 2004 dan saya juga sudah terlalu banyak menghadapi pelbagai perkara yang mencabar kesabaran dan kredibiliti sebagai Penggerak. Tekanan kerja, emosi dan fizikal adalah perkara biasa. Tapi inilah sebenarnya 'keseronokan' bekerja sebagai penggerak, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh adalah lebih bernilai dari segalanya.

Sekian terima kasih
x-PRM Negeri Selangor DE

Anonymous said...

bteul tu x-prm negeri selangor...pengerak bft jgn lah cpt melatah...lagi pun alasan untuk menutup blog ini tiada langsung berkaitan dengan rakan muda...melampaulah kalau samapai di tutup...sepatutnya prm bft membantu lagi mempertahankan blog ini bukannya menerima bulat2 kalau ada apa2 cadangan menutup blog ini...ini tidak siap bagi amaran lagi ingat kami ni golongan muda yang tak ada akal untuk menilai ka?

-ronggeng-

Anonymous said...

Mekom semua KRMB...apa2 pun yang berlaku di blog ni...jangan di perbesarkan...kita kena berfikiran rasional..jangan berfikir mengikut perasaan yang marah, sakit hati atau saja-saja nak bagi panas2 dalam blog ni. Syukurlah ada insan yang sanggup menguruskan blog ni tanpa dibayar satu sen pun...jadi kita sama2 menjaga imej blog ni...k. Bagi insan yang terasa... yang suka membangkitkan amarah, amanaskan hati...jangan lah ganggu kami dalam blog ni...kalau tak suka ngan blog ni...buat blog sendiri....sendiri tanya...sendiri jawab..abis cerita. k..kalau nak minta motivasi p ke blog di kendawa8470 tu..sana banyak memberikan kita tip motivasi dan sebagainya. k.

SATRIA MUDAŠÉ¶™ said...

kepada anda semua marilah kita lupakan saja masalah yg dha berlalu yg penting sekarang marilah kita bersatu menaikkan kelab kita ne....
yg penting jgn g ada yg nk membuat kecoh g pasne k..
marilah kita bersama mengemilangkan kelab rakan muda beaufort..

Anonymous said...

selamat maju jaya kepada KRMB,dgn tiadanya cili padi dan bara api, d dlm blog ni.

sekiranya cili padi dan dara api masi ada dlm blog ni mengikabatkan blog ni menjai kelang kabut dan tidak teratur d sebapkan komen yg d beri oleh cili padi dan bara api
agak panas.

kepada semua ahli KRMB buat la blog ni sebagai satu tempat untuk
berbincang dan bertukar2 pendapat. jangan la bolg ni d sala gunakan
seperti bertengkar dan menyalakan
org lain tampa menyelidik terlebih dahulu.


1 suara 1 malaysia


,,,PENDAKAR MUSTAR MALAYSIA,,,

Anonymous said...

sya sokong sgt2,,sya taw sapa2 org yg tdk suka dgn org2 KRMB,,jd selepas ini tlgla jgn ganggu hasil usaha kami,kerja kami,cubala belajar untuk memahami erti SAHABAT LAMA,bagila sokongan kepada kmi yg ingin membentuk glongan muda ke arah kejayaan,kepada kwn2ku,marilah kita bangunkan semula semangat kita seperti dahulu yg kita banyak meluangkan masa menjayakan pelbagai program,berfikiran positifla kita skg,so selepas ini jgnla dislh gunakan blog ini semata2 untuk melepaskan kemarahan dan dendam,jadila diri sendiri yg sebenar,,






MR.PRESIDEN

Anonymous said...

assalmualaikum kpda smua sahabat2 ku.kehadiran sy dlm blog ne ingin memberitahu kepada semua yg sy x dpt trima kenapa org yg tlah BNYK BERJASA kpda krmb tlh dtduh mjatuhkn krmb sdgkn mereka la yg tlh berusaha memperjuangkan krmb tp knpa ada segelintir org hendak mjatuhkan mereka??apa salah mreka kpda kmu??shinggakan mereka x mo mengambil tahu ttg krmb lagi??ptt ka mereka dblas spti e2??betapa besar jasa dorg kpd krmb..kpd encik Kahar dan Suardi sy berharap agar anda berdua kembali lah ke krmb kerana perjuangan kelab ne masih memerlukan kamu berdua..

mr.kYmEmArU

Anonymous said...

everyone...
stop dat war We hve made..
new year 2010 is around da corner..
so,we can start all over again..
stop tis cat fighting..
its not worthly...
like da Mr.president says..
be positive...
lets start frm evry aspect,every one of us,rite..
please...
dunt blame anybody...
dun start!
lastly...
merry Xmas 4 all my non-muslim friends,n happy new year...

FRIEND

Anonymous said...

SALAM 1 MALAYSIA KEPADA SEMUA AHLI AHLI KRMB DAN PENGUNJUNG LAMAN BLOG INI.

Terlebih dahulu pujian kepada Admin dan semua yang terlibat menjayakan Laman Blog KRMB ini, Untuk makluman Blog KRMB ini dilayari oleh sahabat saya di Sabah mahupun disemenanjung.

Maka saya berharap kepada semua pengunjung Laman Blog KRMB janganlah bersikap seperti budak yang baru belajar serta mengutarakan kata kata yang kurang baik.

Saya merasa malu ramai Rakan Muda di Bahagian yang saya pernah bimbing telah mencemari Laman Blog KRMB yang menjadi Nadi keaktifan serta dilayari beribu ribu Ahli Rakan Muda di Seluruh Malaysia.

Kita harus bangga kerana Laman Blog KRMB yang telah jauh dikenali dan paling aktif di Negeri Sabah.

Kenapa harus kita marah, kenapa harus kita benci, Kenapa harus kita dengki.????? Persoalannya semua yang bersikap seperti itu biarlah secara berunding dan dibawah ke Mesyuarat Khas bersama Presiden dan Ahli-Ahli Kelab.

Justeru itu saya berharap Laman Blog ini harus dikemaskinikan bermula Februari ini. Saya berharap kepada Presiden KRMB dan Jawatankuasa Tertinggi mengatur masa yang sesuai untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Ternyata kita telah kehilangan Penggerak Rakan Muda di Bahagian Beaufort malah di seluruh Malaysia. Apakah kita mahu Rakan Muda juga hilang begitu saja ?

Tidak ada untung kita melepaskan kata kata yang panas sehingga seluruh Malaysia tahu Ahli Rakan Muda Beaufort atau mahupun dipanggil anak-anak Beaufort tidak pakai otak atau mereka kata otak disimpan dilutut.

Untuk itu saya berharap semua Pengunjung harus mencadangkan perkara-perkara yang membina untuk memperbaiki segala kesilapan. Contohnya :Nama saya dibubuh di Laman Blog ini sebagai Calun Sukaralewan, maka saya tidak layak dicalunkan dalam perkara ini... nanti orang ketawakan saya dan Seluruh Rakan Muda dan Belia Sabah yang saya pernah bimbing rasa terkejut. Manalah saya boleh Lawan Presiden mesti dia menang.

Sekian, Semoga Allah memberi Rahmat serta melipat gandakan rezeki atas usaha Presiden KRMB dan semua yang terlibat dalam Laman Blog ini.

LT. MUDA P.A MATLEN SARUDIN
SELAMAT TAHUN BARU 2010