Saturday, June 27, 2009

PROGRAM "Y2Y' PARLIMEN BEAUFORT SUKSES!!!


Program Ice Breaking & Pembentangan Dalam Kumpulan


Pada 17hb Jun hingga 20hb Jun, Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort dan Kelab Rakan Muda Beaufort telah menganjurkan Program Youth To Youth "Y2Y" Peringkat Parlimen Beaufort. Program yang diadakan di Membakut Eco Lake Resort, Membakut ini telah disertai seramai 69 orang peserta dari seluruh kawasan Parlimen Beaufort.

Penyelaras Program yang juga Penggerak Rakan Muda Beaufort, Cik Rayyana Amsir berkata program ini telah berjaya mencapai objektifnya selaras dengan matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan. Program ini juga berjaya mendisiplinkan peserta selain meningkatkan semangat motivasi serta jatidiri yang kukuh dikalangan orang muda. Program ini telah dikendalikan oleh Kem Komandan yang tidak asing lagi di Bahagian Beaufort, En. Kahar bin Buntak dan dibantu oleh barisan Fasilitator dan Urusetia antaranya ialah Nurul Faezah Hj Zainal, Suardi Kadir, Syed Alqap, Rayyan, Azinudin, Jamlin dan Azizul.

Antara pengisian program yang dijalankan ialah Ice Breaking, Senamrobik, Explorasi Alam, Pencarian Harta Karun, Ceramah Kepimpinan & Kesedaran oleh Pusat Serenti Papar (PUSPA), Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan Tayangan Video Rangkuman Program. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Penolong Pegawai Daerah Beaufort, En. Shaid bin Osman.

Semoga program ini akan terus bertaraf 'regular' bagi menjamin kelangsungan program yang bermanfaat serta memberi kesedaran yang amat bernilai dalam menghasilkan generasi muda yang berkaliber, bermoral dan berdisiplin. Adios...Jumpa lagi tahun hadapan.



Kenangan Y2Y Beaufort 2009


Friday, June 26, 2009

KERJA KOSONG GENG !!!!!



Iklan jawatan kosong di Yayasan Kebajikan Negara Malaysia

Calon-calon yang berkelayakan ditawarkan untuk memohon jawatan-jawatan berikut :-

Jawatan (Gred):1. Pegawai Eksekutif (Gred L41)
Jadual Gaji : P1T1 RM1989.45 - P3T24 RM5274.82

Syarat Lantikan :Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ataukelayakan yang diterima diiktiraf setaraf dengannya; atauLulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) ; dan lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penempatan (Kekosongan)-Taraf Jawatan Kuala Lumpur (1)- Kontrak

Tarikh Tutup Permohonan :15 Julai 2009

Cara Memohon: Calon yang berminat boleh mengemukakan resume kepada :-

Ketua Pegawai Eksekutif,Yayasan Kebajikan Negara,
MalaysiaTingkat 20, Menara Tun Ismail Mohamed Ali,Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

BLOG SUKARELAWAN BAHAGIAN BEAUFORT


"Bersatu Teguh, Bercerai Roboh"


Sukacita dimaklumkan bahawa satu laman blog khas untuk Sukarelawan Bahagian Beaufort telahpun diwujudkan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan semua sukarelawan yang selama ini telah menyumbang bakti untuk menjayakan setiap program yang dianjurkan samada oleh Jabatan Belia & Sukan mahupun Kelab-Kelab Rakan Muda dan Persatuan Belia.

Selain itu, blog ini juga akan dijadikan sebagai komuniti maya antara setiap sukarelawan dan masyarakat bagi bertukar-tukar pandangan serta pengalaman. Perkembangan semasa para sukarelawan juga akan sentiasa diikuti bagi mengukuhkan ikatan silaturrahim sesama sukarelawan.

Semoga laman blog terbaru ini mendapat sokongan daripada semua untuk kebaikkan bersama. Sekian dan terima kasih.


Laman blog sukarelawan Bahagian Beaufort :


Layarilah setiap masa, Aramaiti....


ORANG BERBUDI, KITA BERBAHASA



"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Orang Memberi, Kita Merasa"


KRMB mengucapkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak khususnya ahli KRMB, pengunjung setia blog ini, sahabat-sahabat rakan muda daripada seluruh Malaysia dan kepada semua pegawai-pegawai Jabatan Belia & Sukan yang selama ini telah memberi sokongan dan dorongan kepada kami untuk terus bergerak konsisten membangunkan generasi muda ke arah pemantapan jatidiri dan kelangsungan wibawa rakan muda. Tanpa sokongan kalian, blog KRMB tidak akan menjadi seperti hari ini sebagai satu-satunya blog KRM yang unggul dan penuh informasi.

Apapun sejak kebelakangan ini telah timbul beberapa isu dan kontroversi yang membabitkan secara langsung blog ini, Penggerak Rakan Muda Beaufort yang dikasihi dan individu tertentu. Ini kami menjelaskan di sini bahawa kontroversi yang membabitkan isu yang berbangkit bukanlah dicetuskan oleh ahli KRMB ataupun pemimpin KRMB. Ini adalah hasil 'kerja keras' beberapa individu yang tidak berpuas hati dengan beberapa pihak dan menggunakan blog ini sebagai 'platform' untuk melepaskan amarah kerana blog ini mempunyai ramai pengikut. Walaupun KRMB tidak akan bertanggungjawab dengan hal tersebut, namun atas dasar professionalisme kami tampil untuk memberi penjelasan agar tidak ada mana-mana pihak terus menyalahkan blog ini dan Penggerak kami lagi.

Sukacita diumumkan juga bahawa blog ini akan kekal dan terus berada bersama-sama rakan muda dan cadangan untuk menutup blog ini sebenarnya hanyalah khabar angin dan salah faham sahaja. KRMB tidak akan mengambil langkah ke belakang dengan menamatkan blog ini. Itu adalah tidak adil untuk ahli KRMB yang selama ini memberi sokongan kepada KRMB selain menghargai jasa-jasa mereka yang terlibat secara langsung dalam mengasas dan membangunkan blog ini sejak dari mula lagi walhal pihak yang terlibat adalah orang yang tidak ada kaitan langsung dengan kepentingan rakan muda keseluruhannya.

Adalah diharapkan segala perkara yang timbul akan tamat di sini dan KRMB amat mengharapkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami. KRMB bersedia menerima teguran membina dalam usaha kami menambahbaik dan menstruktur semula perjalanan KRMB agar terus mara dan bergerak dengan komprehensif untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik. YAKIN BOLEH GEMILANG.


Moderator KRMB
26 Jun 2009


Monday, June 22, 2009

PROGRAM TUNAS MEKAR


Jadikan Perniagaan Sebagai Kerjaya Pilihan


Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri telah melancarkan PROGRAM TUNAS MEKAR, iaitu satu program menjadikan generasi muda sebagai usahawan yang berjaya. Program ini adalah untuk melahirkan usahawan yang berdaya tahan dan berdaya saing daripada para lepasan graduan diploma dan ijazah sarjana muda.

Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri iaitu http://www.icu.gov.my/ dan laman web Universiti Teknologi MARA di www.uitm.edu.my/hep/ppisa/index.php/.

Semoga berjaya kami ucapkan......

Saturday, June 20, 2009

AMARAN BUAT PELAWAT BLOG KRMB



Ingin saya tegaskan disini kepada pelawat-pelawat blog KRMB agar tidak menghantar sebarang comment tidak sepatutnya pada post yang di publish oleh admin. Contohnya MENYEBARKAN KHABAR ANGIN, MENJATUHKAN MARUAH SESIAPA, MENILAI KREDIBILITI SESIAPA, MENGUMPAT DAN MELAKUKAN APA-APA PERKARA YANG BOLEH MEYEBABKAN SEBARANG MASALAH KEPADA KELAB DAN PIHAK PEJABAT BELIA & SUKAN BEAUFORT.

Sudah banyak kali amaran seperti ini di utarakan oleh admin tetapi masih ada juga pelawat yang tidak mengendahkannya. Saya sungguh kecewa dengan sikap segelintir pelawat sebegini kerana tidak tahu menghormati orang lain dan KRMB. Tidak saya sangkalkan bahawa anda semua mempunyai hak untuk bersuara tetapi bersikap rasionallah bila memberi comment dan meninggalkan masej di kolum chit-chat.

Sekiranya perkara seperti ini masih berlaku lagi saya tidak akan teragak-agak untuk meminta agar admin menutup blog ini.

Sekian
Yang benar,

RAYYANA AMSIR
Penggerak Rakan Muda Beaufort

Saturday, June 6, 2009

DAULAT TUANKU


Sultan Mizan, Sultan berjiwa rakyat.


Pihak KRMB merapak sembah dan mengucapkan Selamat Hari Keputeraan Kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Semoga Tuanku sentiasa dirahmati Allah SWT dan dipanjangkan usia. Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.
Add Image

Latar Belakang DYMM Yang Dipertuan Agong.

Baginda adalah Sultan ke-17 negeri Terengganu. Nama sebenar baginda ialah Al Wathiqu Billah, Al-Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj. Baginda lahir pada 22 Januari tahun 1962 di Istana Al-Muktafi di Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Menerima pendidikan awal Sekolah Rendah Sultan Sulaiman kemudian melanjutkan di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Tuanku Mizan kemudian menyambung pendidikan di Geelong Grammar School di Australia. Tarikh 9 Jun 1988, baginda tamat pengajian di US International University-Europe, di London dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang hubungan internasional. Selain cemerlang dalam pendidikan, Tuanku Mizan memasuki dalam pendidikan ketenteraan. Baginda menyertai dalam Kursus Ketenteraan di Army School of Languanges mulai 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudian mengikuti Kursus Ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst di England bermula 3 Mei 1983 hingga menyelesaikan Kursus Kadet pada 9 Desember 1983. Baginda menerima pangkat Leftenan pada 1 Mac 1984 dan masuk dalam The Royal Cavalry.


Tuanku Mizan Zainal Abidin diangkat sebagai Putra Mahkota dari negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudian diputerakan sebagai Sultan Terengganu mulai 20 Oktober hingga 8 November 1990. Sebelum dilantik Sultan Terengganu, Tuanku Mizan juga pernah berkhidmat di Terengganu. Pada 15 September 1981, Baginda diangkat sebagai Staf Ketua Pertahanan, sebelum berangkat ke luar negeri mengikuti pendidikan ketenteraan di England. Baginda adalah Presiden Dewan Islam dan Budaya Masyarakat di Terengganu mulai 1991 hingga Desember 1995. Sultan Mizan merupakan sultan termuda di Malaysia karana menduduki Singgahsana Terengganu pada usia ke-36, pada 15 Mei 1998. Baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 3 November 2006. Sultan Mizan dipilih melalui Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu untuk menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis) untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada 13 Desember 2006.


Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia kedua termuda setelah Tuanku Syed Putra Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis menjadi Yang Dipertuan Agong pada usia 41 tahun pada 4 Januari 1961. Yang menarik adalah Sultan Mizan merupakan Yang Dipetuan Agong yang pertama lahir setelah kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 1957. Sultan Mizan Zainal Abidin mendirikan rumahtangga dengan Sultanah Nur Zahirah, pada 28 Mac 1996 di Kuala Terengganu. Hasil perkongsian hidup tersebut, baginda dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri.