Sunday, May 17, 2009

TAHNIAH KEPADA KREW ANUGERAH REMAJA PERDANA PARLIMEN BEAUFORT 2009


YB John Teo, ADUN N.26 Kuala Penyu.

Hari ini 17hb Mei 2009, tepat jam 10.20 pagi tadi maka rasmilah Majlis Perasmian Penutup Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) Peringkat Parlimen Beaufort tahun 2009. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan John Teo Mau Sing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.26 Kuala Penyu. Dalam ucapan YB John, beliau amat berterima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort kerana telah memilih Pantai Sawangan, Kuala Penyu sebagai destinasi program pada kali ini.

Apapun, walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa program di samping beberapa kekurangan kemudahan yang ada di sini, YB John merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan Ahli Jawatankuasa Program yang diketuai oleh Cik Rayyana Amsir selaku Penggerak Rakan Muda Beaufort, Kem Komandan En.Kahar Buntak, barisan urusetia yang diketuai oleh saudara Suardi Kadir, saudara Mohd Alifah Mohd Noor dan semua peserta atas kerjasama yang baik dan dapat melaksanakan tugasan yang sempurna dan berkesan.

Beliau mengharapkan akan lebih banyak program dapat diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri N.26 Kuala Penyu memandangkan generasi muda di kawasan ini juga memerlukan program yang berkualiti untuk membentuk jati diri yang kematangan yang ampuh. Selain itu, kawasan ini juga menyediakan lokasi yang amat sesuai untuk program berbentuk cinta alam dan pengembaraan.

Terima kasih YB atas ucapan dan penghargaan tersebut. Kepada krew ARP, tahniah dan syabas diucapkan, walaupun dalam kekuatan anggota yang terhad, kita berjaya mengharungi dan membuatkan program ini mencapai objektif yang disasarkan. Kepada semua warga KRMB, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program-program yang dianjurkan sepanjang tahun ini. Dikhabarkan satu program lagi yang berbentuk cinta alam akan diadakan di Pulau Tiga, Pulau edisi pertama rancangan realiti terkenal diseluruh dunia, SURVIVOR. Jumpa di sana.......

16 comments:

Anonymous said...

waaaa..bes tahu...waa p pulau tiga, hrp krmb dpt bg info dr masa ke smasa..mau juin ak eh..tq

An

Anonymous said...

tahniah diucapkan, sy org slalu mengikuti pkmbgan blog ini amat bangga dgn ksungguhan krmb utk memajukan diri trutama dlm pengurusan blog ini. sy phatikan dlm byk2 blog krm, krmb trnyata di hadapan, apapn jgan mdh bpuas hti, dr masa ke smasa past ada blog krm lain yg akn cuba utk mnnjolkn diri mrka utk mbri psaingn sihat. apapn tahniah tas kjyan anda..smoga btrusn & bjya..tq

BELL said...

ASSALAMUALAIKUM WRT

TAHNIAH KPADA SAHABAT2, RAYANA, KAHAR, SUARDI, ALIFAH DLL ATAS USAHA DAN KUDRAT MENJAYAKAN ARP PARLIMEN BEAUFORT. GOOD JOB GUYS. APAPUN KAMURANG MEMANG BRAVO LAH, TIDAK SIA2 PERJUANGAN KITA SELAMA NIE..TAHNIAH LAGI..BAH P PULAU 3 TU JANGAN LUPA BAWA AKU AH..JAGA KAMU KALAU DIAM2..HAHAHA..

OK..ALSO CONGRATULATION TO KRMB..
BYE...

Anonymous said...

waaa..kwn sy c noh pnh ckp dia pnh join survivor bft..waa..best tau...p pulau 3 tu sy mau join bley ka?

Anonymous said...

Kalau ada peluang kita semua p pulau 3...pegawai belia Bft telah suruh saya n kahar cari maklumat untuk kesana...jgn risau teruskan mengikuti blog ini atau pun www.kamianakmalaysia.blogspot.com atau pun www.mykedurau untuk lebih info mengenai aktiviti kami...

suardi

Anonymous said...

Miz rayana..

Good Job 4 ur ARP..thanks so much to kahar,suradi n alifah..rayana, i have a long term outstation in this week, maybe my time to update this blog so limited. But i will try my best..Dont forget to send me any material, pics and information to done my job ok.. Our blog now is better than 1-2 months ago..Keep it up..

BEL

Anonymous said...

kpd krmb, hrp wat pgrm yg tbaik lg, promosi amat pntg dlm mnarek minat org utk join aktvtv rkn muda..skg org dh x brapa xcited utk join pgrm..

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

Terima kasih atas semua komen yang disampaikan kepada pihak kami. KRMB amat menghargai sumbangan idea dan pendapat untuk memantapkan lagi prestasi KRMB untuk terus bergerak maju mara ke hadapan. Segala kelemahan yang timbul akan dibincangkan untuk sama-sama mencapai satu resolusi bagi menjaga kepentingan dan kebajikan ahli KRMB dan generasi muda di kawasan Parlimen Beaufort. Sekian dan terima kasih.

Anonymous said...

1st time sia dingar YB jon teo rasmi prgm jbs..congrats..hopley bterusan..tq

Anonymous said...

i nak tngk gambar program ARP korang..mana ni...???

Yg mharap

Anonymous said...

uhh pulau 3, saya mau ikut..tp sy tdk tahu mcmana mau kontek jbs..hrp blog ni ja sy dpt informasi prgrm

nel

Anonymous said...

pulau 3 kami mau joinnnnnn...............

st paul bah ni

Anonymous said...

kmi mcdngkan bt prgrm kyak dr mbok p kpenyu..skang ni pn angin x kuat, so sesuai skali lah..itu kalu dpt krmb buat wa salut lu lah beb..wa mmg minat kyak..wa rasa krmb bleh wat kalu serius..wa tnggu jwpn kamu krmb..

kyakan

Anonymous said...

kyakan,
wat water rafting pun ok ma...siuk bah itu..bahhh...jbs cpt bagi cdgn ni jd realiti....

Anonymous said...

gambar ARP boleh didapatkan dengan mendownload di http://www.ziddu.com/download/4849418/arp.rar.html

Anonymous said...

pesta rumbia di kuala penyu skang. marilah datang ke kuala penyu...

yan