Wednesday, May 13, 2009

PROGRAM LKTF - MEMBUAT KEK BERJAYA MENCAPAI SASARAN




Tahniah buat Kelab Rakan Muda Beaufort kerana telah berjaya membantu dan menjayakan Program Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) Membuat Kek yang telah diadakan pada 28hb-30hb April 2009 yang lepas bertempat di Rumah Rehat Kerajaan Daerah Beaufort. Program ini telah disertai seramai 34 orang peserta ini telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam penghasilan produk kek yang terbaik selain informasi-informasi berkaitan bagi membolehkan para peserta membuka perniagaan secara kecil-kecilan atau sambilan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah. Dalam ucapannya, beliau berkata “Kerajaan sentiasa prihatin membela nasib rakyat di negeri ini khasnya dan di negara ini amnya perlu disyukuri dan dimanfaatkan sebaik mungkin kerana kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang begitu besar untuk memberikan kemahiran dan nilai tambah kepada rakyat di negara ini". Dato' Hjh Azizah juga menyeru kepada Jabatan Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort agar memantau hala tuju peserta kerana mereka perlu dibimbing tidak hanya membiarkan mereka tidak mendapat sijil semata-mata tetapi mereka boleh menggunakan kelebihan yang ada untuk mendapatkan pendapatan sekaligus membantu ekonomi keluarga.

Kehadiran ahli-ahli KRMB yang menjadi peserta dan penyelaras program amat membanggakan dan semoga mereka mendapat manfaat yang diharapkan serta tidak mensia-siakan ilmu yang telah dipelajari selama 3 hari mengikuti kursus ini. Jumpa lagi pada program yang akan datang. Adios.


15 comments:

Anonymous said...

bangsa sia datuk hjh umum komplex sukan bupot..tengkiu yb..we very proud of u..

Anonymous said...

mohon krmb dapat show gambar LKTF hari tu..saya mau tengok bah..saya peserta bah..hehe

Anonymous said...

SALAM,
KEPADA KRMB/JBS BFT, BULIH KA SAYA MINTA SIJIL BARU, SIJIL SAYA HILANG LAH HARI TU..BINGUNG NIE..

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

kepada ANON 4:38 Hilang Sijil

Sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort, tingkat 1 Wisma Persekutuan Beaufort untuk pertanyaan lanjut atau hubungi talian JBS Bft di 087-211625..semoga maklumat ini membantu anda..

thanks

Anonymous said...

aku cdgkn KRMB wat LKTF utk gunting rmbut..ak tgk skng ni mcm pupus dh tukang gunting..pikir2lah geng..kalu ada ak org ptama join..tq

Anonymous said...

ia sa stuju tu urg yg bg cdgn lktf tuk gunting rambut..sa mau ikut lou ada..satu lg hrp jbs wat hebahan menyeluruh lao ada pgrm..kmi d ulu2 ni nda tahu bah ada prgrm mcm gni bgus

Berakit ke Hulu, Berenang Ke Tepian

Anonymous said...

GUNTING RAMBUT / SALON SKALI LAH..KITORANG POMPUAN BLEH GAK JOIN KALAU GUNTING RAMBUT SAJA MANA KAMI DAPAT IKUT, SETUJU KAH?

Anonymous said...

sa tgk prgm rkn muda mcm rush2 ja mo wat..promo teda, apa teda tetiba pgrm, itu yg bikin panas..kta minat mo join pn tetiba ja dh close..aiya..plan bagus2 lah bro, kmi mu juin gk pgrm bh..

an

Anonymous said...

AN,
MACAMANA GAK PRGM TU KENA WAT RUSH2, PEGAWAI JBS BFT KAN URANG TUA, MAKCIK2...KUI2...MAKAN DIUT PROGRAM LAGI TU..OPSSS..ALAMAK TERLEBIH SUDAH...HUAHUA..ITU SEMUA URANG TAHU KAN...

AN 2ND

Anonymous said...

hoi an 2nd, bahaya tu sensitif itu ko ckp itu..tp aku dgr pn gtu, ak di kk pn dgr pgwai jbs bft ni mkn duit..fuh power..

Anonymous said...

Jbs bft perlu perubahan..tukarlah ppegawai tu...sori to say lah..belia mati di bft sejak dia ada..

BELL said...

ISU PEGAWAI TU, NO COMMENT LAH...ITS UP TO YOU

Anonymous said...

"Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini" msg2 ada kekuatan n klemahn, klu ada kekhilafn, biarlah Yang Maha Kuasa sy tentukn nasibnya..kta manusia besa truskan ja hdp mcm besa..

Anonymous said...

BUAT LKTF UTK KULINTANGAN...KAMI MAU BELAJAR KULINTANAGN..

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

Sila tunggu kursus LKTF pada tahun hadapan untuk maklumat lanjut mengenai apa jenis kemahiran yang ditawarkan dalam program yang sama pada tahun depan. Harap maklum.