Wednesday, May 13, 2009

PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PARLIMEN BEAUFORT





Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Parlimen Beaufort akan diadakan pada 15hb Mei hingga 17hb Mei 2009 bertempat di Pantai Sawangan, Kuala Penyu. Justeru itu kepada semua ahli KRMB dan golongan rakan muda (terutama berumur 17-24 tahun) di sekitar daerah Kuala Penyu dan Beaufort yang berminat adalah dijemput untuk mengikut program ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda Beaufort, Cik Rayyana Binti Amsir di talian 087211625.

Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda ini Parlimen Beaufort yang berkonsepkan perkhemahan dan pembinaan khidmat kendiri ini adalah tahun ketiga perlaksanaannya yang mana pada tahun 2007 dan 2008, ARP Parlimen Beaufort dilaksanakan berkonsepkan program survivor dan cabaran untuk membentuk jati diri dan ketahanan minda serta fizikal peserta. Berikut adalah ringkasan program ARP tahun 2007 dan 2008.


01. KEM PESONA REMAJA - SURVIVOR RAKAN MUDA EDITION 2007

Tarikh : 03-06 November 2007
Tempat : Borneo Proboscis, Klias Wetland, Kota Klias, Beaufort.
Juara Survivor : Abd Wafi Bin Wahid


02. PROGRAM PERKHEMAHAN & PENGEMBARAAN ARP 2008
Tarikh : 01-03 Ogos 2008
Tempat : SM St. Paul, Beaufort, Sabah.
Juara Survivor : Nurhasmizza Binti Hashim


15 comments:

Anonymous said...

caya lah geng, KRMB ada update gak sket2..thanks bel

Anonymous said...

ARP K.Penyu harap2 sukseslah geng..

Anonymous said...

bangmir bagi tips sket macamana nak sukses dalam prgrm arp..eheh..

x arp candidate

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

FAKTA ARPM 2008

Tahukah anda, Juara Survivor II saudari Nurhasmizza Hashim telah menewaskan 25 peserta lelaki dan 14 peserta perempuan untuk bergelar juara. Kejayaan Nurhasmizza telah melonjakkan semangat juang kaum hawa untuk terus aktif menyertai program bercorak perkhemahan atau lasak. Perkembangan terbaru, Nurhasmizza telah mewakili Sabah dalam Perkhemahan Pengakap di negeri Melaka beberapa bulan lalu. Tahniah Nurhasmizza.

Anonymous said...

sia kenal itu hasmizaa..dia mimang bagus..sia bangga tahu..uhuhh

St Paul Supporters

Anonymous said...

waaa..hbt c miza tu..juara survvr 1 tu pa crita? bjya gak ka?

Mau tau bah

Anonymous said...

ni org kana miza, mimang bagus tu budak,kwn ak gak tu..hehehe..promosi bah..wakakak..
uit bgus blog ni ba,byk plak infonya..i like

Anonymous said...

wafi tu byk prblm..teda pyh la ceta..huhuhu

Ketua Group PJKN Rancangan Klias

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

TERKINI DI SAWANGAN

PROGRAM KEMBARA ARP BARU SELESAI JAM 12.00 PM TADI..SEMUA BERJALAN LANCAR KECUALI KEM KOMANDAN, EN. KAHAR BIN BUNTAK YANG MENGALAMI SEDIKIT KECEDERAAN, NAMUM RAWATAN SUDAH PUN DIBERIKAN DAN KEADAAN TIDAKLAH MEMBIMBANGKAN. SEKIAN TERIMA KASIH.

ARP RAKAN MUDA BEAUFORT

Anonymous said...

ooo...uncle kahar jd kem kom..hehehe

Anonymous said...

we want kahar...we want kahar...we want kahar...

Anonymous said...

kmi mau diadakan survivor episode 3 lg, kmi mau buktikn kmi bleh bjya..dulu kmi tlalu amatur dlm prgrm survivor tp skng kmi dh bsedia..kmi mau abg bel dpt buat sesuatu wlupn sdh tdk jd pgerak kmui lag

Menumbokian kem pesona

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

Nantikan kemunculan program Survivor pada masa akan datang. Harap semua ahli KRMB dapat bersabar.

Anonymous said...

survivor?? waaaahhhhhhhh...kaaaaammmmiiiii maaaaauuuuuu joooiiinnnnnnn....jaaaanaggggaaannn kaaasssssiiii tiiinggggaaaallll kaammmiiiiiii......

mat rock

Anonymous said...

If you imaginе busіnеѕs is уouг dоmain and wish to gаin more еxpеrtiѕe іn the
same thеn yоu shоuld defіnitely consideг enјοying a dіplοmа in oрeration.
Tοdаy, many dеgгeеs coulԁ be eaгnеd through on-line сoursеs.
But having a quiсkly on thе internet ԁegree, you wіll рrοbably be аble to studу fгom anyplасe аround the world, like a
number of of the greateѕt and a lot respectеd
unіνerѕіtіeѕ everyωhеге
in the globe.

Тake a lоoκ at my web blog :: management and finance degree