Monday, May 25, 2009

KLINIK GRAFITI RAKAN MUDA PARLIMEN P.177 BEAUFORT TAHUN 2009



Peserta Klinik Grafiti Rakan Muda 2009


Sesi Taklimat & Proses Pembelajaran Seni Grafiti

Sebelum kejohanan Futsal Challenge Rakan Muda bermula, Kelab Rakan Muda Beaufort juga telah menjadi host bersama Pejabat Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort menganjurkan Klinik Grafiti Rakan Muda Peringkat Parlimen Beaufort. Program ini telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort II bermula pada 8hb April hingga 10hb April 2009. Penyertaan yang rata-ratanya adalah pelajar sekolah ini amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 50 orang peserta.Klinik ini telah dikendalikan oleh jurulatih seni lukisan yang tidak asing lagi di Beaufort, Cikgu Hassan Majin yang juga merupakan artis Balai Seni Lukis Negara, Kota Kinabalu.

Program ini yang berkonsepkan pertandingan antara kumpulan telah berjaya mengetengahkan bakat yang terpendam. Seorang peserta yang ditemui berharap program ini akan dapat diadakan pada setiap tahun kerana minat terhadap seni grafiti memerlukan pendedahan yang berterusan untuk menjamin tahap pencapaian seni yang baik. Keputusan pertandingan telah mengikhtiraf kumpulan Destinasi sebagai muncul Johan, Naib Johan kumpulan D-Mag dan ketiga kumpulan Freedom. Program ini telah dirasmikan oleh Cikgu Nor Zam, Penolong Kanan (Pentadbiran) SMK Beaufort II. Pihak JBS dan KRMB mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak SMK Beaufort II atas segala kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini. Sekian, jumpa lagi di program yang lain.




Juara Klinik Grafiti, Destinasi.


Naib Johan (kiri) D-Mag dan Tempat Ketiga (Kanan) Freedom


16 comments:

Anonymous said...

thn lpas sia ada ikut di pdg pkn..sia kalah bah masa tu

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

KRMB mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang tidak berjaya, itu kemenangan bukanlah sesuatu yang menjadi tuntutan, pasti ilmu pengetahuan yang digilap bersama bakat yang ada adalah lebih utama. Semoga Berjaya..

Anonymous said...

kami warga SMK Bft II mahu prgrm ni dibuat di sekolah kami lg thn dpn..bulih kah Cik rayana? bulih lah..ehehe

Anonymous said...

Kelab Seni Grafiti harus JBS tubuhkan untuk menjamin semua peserta yang ikut klinik grafiti dapat mengembangkan bakat dan minat yang ada. Tapi sekarang saya tengok habis program habislah, tiada kesinambungan. Harap JBS dapat fikirkan permasalahan ini. TQ

Anonymous said...

stuju sia dgn cdgn di atas tu..tinguk kmi last year jd juara tp teda pkmbgn sbb kmi teda tau mcmana mau salurkn bakat kami..uhhh

Anonymous said...

apa beza kelab rakan muda di sekolah dgn di peringkat parlimen? KONPIUS nie....

lan laha

Anonymous said...

TO KRMB LEADER & PRM BFT

1ST OF ALL, I WANT TO WISH GOOD LUCK TO KRMB AND HOPELY KRMB BECOME ONE OF THE BEST KRM IN SABAH AND MALAYSIA. I AM NOT A MEMBER OF KRMB BUT ALWAYS CARE AND VISIT KRMB BLOG. THIS BLOG SO INTERESTING BECAUSE FULL OF CURRENT INFORMASION DAN PROGRAMME. ANYWAY,THE PROPOSAL ABOUT KELAB SENI GRAFITI I REALLY AGREE. I HOPE THIS CLUB WILL BE A REALITY AND ACTUALLY I VERY SAD WHEN ALL OF MY STUDENT CANNOT EFFORT THIER POTENTIAL OF SENI GRAFITI. I HOPE KRMB CAN DO SOMETHING TO DO THIS. TQ

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

pihak KRMB mengucapkan ribuan terima kasih atas respon yang diberikan. Mengenai penubuhan Kelab Seni Grafiti tersebut, pihak KRMB akan memanjangkan cadangan tersebut ke pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk penelitian. Apapun pihak KRMB, Penggerak dan JBS hanya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk mencungkil, mengenalpasti dan mengembangkan bakat seni grafiti yang sememangnya selama ini tidak lah begiti popular.

Semoga cadangan penubuhan Kelab Seni Grafiti ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Bagi pihak KRMB pula, mungkin pihak sekolah melalui Persatuan Seni Lukis dapat mewujudkan Biro Seni Grafiti buat masa ini bagi menyelaras apa-apa yang berkaitan seni grafiti di peringkat sekolah. Sekian.

Anonymous said...

tq krmb....moga bjya..tq...

Anonymous said...

sy cdgnkn kelab seni grafiti ni d tubuhkn di bwh krmb, di bwh unit rkn mda seni budya..kan ngam bah itu..di skolah terhad ja bh itu..

mina

Anonymous said...

mina,
ak stuju itu...bagus bah..smuga adanya kelab itu ak dpt asah bakat n ilmu lagi..ak hrp krmb dpt lakukn bh utk smua..trima ksh...

Anonymous said...

ni cma cadangan buat peminat2 seni grafiti...mengenai idea mewujudkan kelab seni grafiti sememangnya satu idea yang bgs agar tidak ada seni2 grafiti yang di buat pada dinding2 bangunan kedai yang tidak elok di pandang oleh masyarakat...mgkn cdgn ni boleh di guna pakai o di pertimbangkan...kepada yang mengemukakan idea ini sya syorkan agar tuan/puan membuat satu ajk pro-tem untuk mendaftarkan kelab tersebut..tidak perlu terlalu ramai memadai hanya 7 org dlm pro-tem tersebut dan panjangkan melalui penggerak rakan muda kawasan berkenaan untuk tujuan pengisian borang pendaftaran pertubuhan dan di daftarkan baru lah bakat2 tuan/puan tidak terhenti setakat di prgm shj....apa pun idea pnubuhan kelab ini mmg sgt tepat untuk mengurangkan aktiviti2 penggemar grafiti daripada memuntahkan bakat mereka pada dinding2 bangunan kedai..kita sm2 berkongsi idea dan pandangan ok...bye..c ya soon...
p/s mgkn guru2 d sekolah berkenaan boleh mengambil tindakan awal mengenai idea ini untuk student mereka......ok......
bye...


-prihatin dari jauh-

Anonymous said...

ni cma cadangan buat peminat2 seni grafiti...mengenai idea mewujudkan kelab seni grafiti sememangnya satu idea yang bgs agar tidak ada seni2 grafiti yang di buat pada dinding2 bangunan kedai yang tidak elok di pandang oleh masyarakat...mgkn cdgn ni boleh di guna pakai o di pertimbangkan...kepada yang mengemukakan idea ini sya syorkan agar tuan/puan membuat satu ajk pro-tem untuk mendaftarkan kelab tersebut..tidak perlu terlalu ramai memadai hanya 7 org dlm pro-tem tersebut dan panjangkan melalui penggerak rakan muda kawasan berkenaan untuk tujuan pengisian borang pendaftaran pertubuhan dan di daftarkan baru lah bakat2 tuan/puan tidak terhenti setakat di prgm shj....apa pun idea pnubuhan kelab ini mmg sgt tepat untuk mengurangkan aktiviti2 penggemar grafiti daripada memuntahkan bakat mereka pada dinding2 bangunan kedai..kita sm2 berkongsi idea dan pandangan ok...bye..c ya soon...
p/s mgkn guru2 d sekolah berkenaan boleh mengambil tindakan awal mengenai idea ini untuk student mereka......ok......
bye...


-prihatin dari jauh-

Anonymous said...

sia dingar prgm pulau 3 sdh buat..uhuhh lngsung tida hebahan..syok sndri ka apa...uhh

Anonymous said...

msh teda respon dr krmb cdgn pnubuhan kelab seni grafiti..hrp2 mr presiden dpt btindak segera...ramai yg bbakat tp sia2 jak sbb xda platform mau show talent yg ada...common krmb, we all need u to do something ok...

syah

Anonymous said...

takpa kita tunggu ja lah kawan2...

cikgu pantun