Monday, May 25, 2009

FUTSAL CHALLENGE RAKAN MUDA PARLIMEN BEAUFORT EDISI TAHUN 2009


Gambar kenangan bersama perasmi.


Kerancakan kejohanan Futsal Challenge Rakan Muda


Pada 18hb-19hb April 2009, Pejabat Belia & Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Beaufort telah menganjurkan Kejohanan Futsal Challenge Rakan Muda yang diadakan di Padang Pekan Daerah Beaufort. Kejohanan ini telah berjaya menarik minat ramai penyertaan daripada para generasi muda di kawasan Parlimen Beaufort. Penyertaan yang dibuka seawal pagi telah mendapat sambutan dan sehingga ditutp pendaftaran, sebanyak 54 penyertaan telah diterima. Hal ini adalah diluar jangkaan, bagaimanapun inilah yang sebenarnya diharapkan.


Dalam kejohanan ini, pasukan Hailboy telah muncul juara setelah menumpaskan pasukan Kelab Jiran Muda (KJM), Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Beaufort dalam aksi final. Tempat ketiga pula telah dimenangi oleh pasukan Bingkul Junior, sebuah pasukan yang memang tidak asing lagi di daerah Beaufort. Apapun, sasaran untuk melahirkan generasi bersukan dan mencungkil bakat-bakat baru dari sukan ini ternyata berhasil dan berjaya dicapai. Majlis Perasmian Program ini telah disempurnakan oleh En. Mohd Ainol Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun, wakil Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, YB Dato' Hjh Azizah Datuk Seri Pangliman Hj Mohd Dun.



Naib Johan (kiri) Kelab Jiran Muda dan Ketiga (Kanan) Bingkul Jr

.
Juara Futsal Challenge, HAILBOY

7 comments:

Anonymous said...

uina nda sangka KJM mengencang pla masa futsal tu..hidup KJM

Anonymous said...

I LIKE BINGKUL JR..TEAM SEPANJANG ZAMAN..HIDUP BINGKUL JR...

PARAGO

Anonymous said...

Tahniah KJM Daerah Beaufort. moga terus berjaya. harap KJM dapat buat blog mcm krmb ni..mantap bah..

Lupaks KJM

Anonymous said...

ini scol olidey teda prgm best2 ka? sia burink owh di rmh...

Anonymous said...

Futsal bila lagi mahu buat? aku punya team sudah ready mau join..

Panji Tengkorak FC

Anonymous said...

wah hailboy ni dr mana ah...harap nanti hailboy join liga sukan komuniti lah kalau berani..ceeehh..kalau ada lah...

Anonymous said...

ada tu sukan komuniti..kalo teda kasi report ma bos prgm tida jalan...hehehehehehe....