Tuesday, May 26, 2009

BINGKISAN BUAT SEMUA


Rayyana Bte Amsir

Assalamualaikum WMT, Salam Sejahtera & Salam Perpaduan,

Salam perkenalan buat semua ahli kelab yang selama ini kurang mengenali saya, bukan sengaja menenggelamkan diri tetapi tugas sebagai Penggerak Rakan Muda tidak semudah yang disangka. Terlalu banyak benda yang perlu saya pelajari dan tidak saya sangkalkan saya memerlukan sokongan daripada anda semua khususnya daripada Penggerak Rakan Muda Beaufort yang lama dan Ahli Rakan Muda yang taat setia selama ini.

Terus terang selama hampir 3 bulan bertugas terlalu banyak kerenah yang perlu saya tangani..dan terlalu banyak kata-kata kurang enak dari ahli kelab saya terima...Saya mungkin tidak secerdik yang KRMB harapkan tetapi harapan saya sangat besar buat KRMB dan andai harapan ini tidak dapat saya laksanakan semasa menjadi Penggerak InsyaAllah saya akan membantu sedaya upaya agar para remaja yang ada disekeliling saya tahu menghargai sepenuhnya masa remaja mereka.

Sikap bekerjasama sememangnya perlu diterapkan dalam hati setiap manusia, kerana sesebuah ikatan mahupun kumpulan itu akan kuat dan gagah seandainya setiap orang memiliki semangat “kebersamaan”, kerjasama dan perpaduan. Resepi inilah yang perlu dikembalikan pada KRMB. Mungkin terlalu awal untuk saya menilai ahli KRMB yang sedia ada tetapi sebagai Penyelaras saya mengharapkan ikatan yang dulu kembali dan seterusnya membangkitkan semangat ahli kelab yang baru kerana saya juga ingin melihat sendiri ‘kehebatan” yang pernah dilakar oleh KRMB sebelum ini.

Saya menghargai bantuan yang telah saya terima tetapi itu semua tidak mencukupi, saya perlukan lebih banyak kerjasama dan semangat anda semua pada saya. Tidak perlu ada perbandingan antara saya dengan sesiapa kerana masing-masing mempunyai cara yang berbeza sama seperti rakyat Malaysia yang sudah bertukar tampuk pimpinan begitu juga dengan KRMB namun ingin saya tekankan sekali lagi tidak semua manusia itu mempunyai cara yang sama dalam mengusahakan sesuatu, InsyaAllah saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan semula KRMB dan seterusnya menjadi salah satu kelab yang mampu menarik perhatian lebih ramai remaja untuk menyertainya khususnya diseluruh Parlimen Beaufort.

Sekian Terima Kasih…

12 comments:

Anonymous said...

we all proud of u mis ray..we hope u can do it..yes we can...

Anonymous said...

relax ko sis..kami sntiasa sapot penggerak bft nda kisah sapa pn yg menjawatnya..

Ahli KRMB Mbok

Anonymous said...

baca bek2 apa yg prm bft mau smpaikan tu..wlupn kita merindui gandingan bel-renel, tp kita ptt bg full sapot gak pd gndgn baru kit ray-joe...jgn cpt mlatah, kta bg ruang sckupnya tuk gndgn br ni mnunjukkn power..klu dulu kta bel bg ruang pd bel n renel, napa kta x bleh bg ruang pd mereka kn? Hidup KRMB..i luv KRMB

Anonymous said...

kamon KRMB..geng la dgn cik ray kita nie..uhuh..jgn malu2 bah

Anonymous said...

Sia dingar ini sukarelawan bft ada reunion..uh best uh..

Anonymous said...

nah miting cancel pulep..nda apalah..yg pntg pgrm jln...

Anonymous said...

BAH..DGR TU PESANAN BOS BARU KITA ATU..JANGAN TAH KAN BEMAIN2 LAGI..LALAI KARANG TU AH...BAH..

Anonymous said...

kaka ray, apa kata lantik ajak drpd pmimpin pelajar di skolah yg ada di bft..jmpt mereka ni dalam meeting krmb..bulih juga dorg tlibat scara lngsung dalam aktvtv krmb..krmb pn senang byk link..

kak wat la surat p skolah..kmi support n skolah pn ok jak..tp jgn plak skng, skng cuti skolah kak..

bah, jgn lupa kak..

norasyikin
SMK Bft

Anonymous said...

Assalamualaikum WRT'

Cik Rayana, Siapa Instruktor Senamrobik yang masih ada di JBS Beaufort? Saya dengan saudara Mohd Halbi dan Saudara Rynnille Peter sudah pindah dan tiada lagi instruktor senamrobik di Bft, pihak kami bercadang mahu mengadakan senamrobik sempena hari keluarga jika ada...

b.p JKKK

Anonymous said...

Pembetulan "saya dengar saudara Mohd Halbi dan Rynnille "....

Jika Ada instruktor, kami mahu jemput untuk program senamrobik kami...

Terima kasih KRMB dan Cik Rayana

Anonymous said...

halo pren of mine..ya aku sapot..bg la kpercayaan rayana-junidin supaya rakan muda specially beaufort mkin mantap n maju k..apa pn majulah sukan untuk negara....hehe...kita sama2 jadi sukarelawan...."anytime, anywhere.."

Anonymous said...

Releks ko geng.. kerja sbgi PRM memang mencabar so pandai2 la bawa diri.. kami pun mcm tu jg dlu... Yg penting keikhlasan dalam menjalankan tugas...