Monday, March 23, 2009

PELUANG KERJAYA DI KRMB


Jom Cari Kerja.....Kempen Terbaru KRMB
(Gambar Sekadar Hiasan)


Bagi menangani masalah kemelesetan ekonomi global dan kadar pengangguran yang tinggi, KRMB dengan ini akan melancarkan kempen pengiklanan jawatan kosong di blog ini. Kepada siapa-siapa yang mempunyai informasi berkaitan kekosongan jawatan di pelbagai sektor, sila maklumkan kepada kami untuk kita sama-sama membantu untuk mendapatkan pekerjaan terutama kepada golongan muda khususnya kepada semua ahli KRMB yang masih mencari pekerjaan.

Sebagai permulaan, kepada sesiapa yang masih belum mendaftar di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), silalah daftar sekarang secara online di http://www.spa.gov.my/. Daftarlah segera kerana kerajaan sekarang sedang melakukan transformasi untuk mendapatkan kakitangan kerajaan yang baru untuk semua jawatan.

Anda juga boleh mengetahui kekosongan jawatan di kerajaan Negeri Sabah dengan melayari http://www.sabah.gov.my/. atau melayari Bursa Buruh Elektronik (Electronic Labour Exchange) di http://www.elx.gov.my/ di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Bagi yang mahu bekerja di sektor swasta, bolehlah mendaftarkan diri di http://www.jobstreet.com/. Semoga anda mendapat informasi yang berguna di KRMB. Untuk tujuan ini, pihak kami akan menbuka satu ruangan baru iaitu senarai pekerjaan kosong dari masa ke semasa. Jadi jangan lupa layari blog KRMB untuk info terkini. Sekian dan terima kasih.

8 comments:

Anonymous said...

sia sudah dapat keja..thanks krmb

Anonymous said...

spa tu lambat bah..harap2 krmb dapat wat reforendum bah spaya kasi capat wat intebiu..kali bah...

Anonymous said...

mana c mila ah..batah udh nda ku tliat c mila..d krmb pn nada sdh..mila...

Mila ku cayang

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

Tahniah ANON 3:51, kami hanya membantu mana yang mampu, semua itu atas usaha anda juga..tahniah sekali lagi.

Anonymous said...

ak br tau daily expres tu byk iklan keja ksg..wa tq2 krmb..ak beli hari2 o...wawawa

Anonymous said...

wa di ipta byk keja kosong skang, rajin2 buka laman web mana2 universtit

Anonymous said...

wa di ipta byk keja kosong skang, rajin2 buka laman web mana2 universtit

BELL said...

KERAJAAN SEKRANG DALAM PROSES UNTUK PENGISIAN PELBAGAI JAWATAN KOSONG, JADI KEPADA MEREKA YANG MASH BELUM MENGISI BORANG ONLINE SPA TU, CEPAT2 LAH ISI, RUGI BESAR JIKA KITA KETINGGALAN DALAM PELUANG SEUMPAMA INI..BAH...