Monday, March 2, 2009

"BOOT KRMB MERIAH DI SFI"


Kemeriahan Boot KRM di Karnival SFI, Sipitang.

Pada 28 Februari hingga 01 Mac 2009, sempena Karnival Sabah Forest Industry (SFI) di Sipitang, Sabah, Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) telah membuka boot untuk mempromosikan kegiatan kelab dan aktiviti rakan muda kepada semua pengunjung terutama golongan rakan muda. Ternyata boot KRMB antara yang mendapat kunjungan yang paling menggalakkan dan ini amat membanggakan. Boot KRMB selain menjadi pusat informasi rakan muda, pengendali Boot KRMB yang diketuai oleh Presiden KRMB, Rynnille Peter dan Sukarelawan Terbaik JBS Beaufort Pilihan KRMB 2008, Suardi Kadir juga memjual keropok lekor kepada pengunjung. Apa yang lebih menarik, boot ini telah menemukan hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin KRMB dan ini merupakan sesuatu yang positif serta menunjukkan komitmen yang dipamerkan adalah tinggi, kerjasama yang erat dan hubungan silaturrahim yang muhibbah. Antara yang menghadirkan diri ke boot KRM selain Rynnille dan Suardi ialah Calon Timbalan Presiden, Noralizawati Matsam, Bekas Timbalan Presiden KRMB, Mohd Helmi Tuah, AMT KRMB Mohd Nadzli Harith, Calon AMT KRMB Mohd Azizi Alani dan ramai lagi. Selain itu, Setiausaha Agung Kelab Rakan Muda Sipitang (KRMS) saudari Dewi Eriesya dan AMT Kelab Rakan Muda Kimanis (KRMK) saudari Rosnia juga sama-sama berada di boot KRMB semasa program ini berlangsung. Pihak KRMB mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak khususnya Dr Azizan, kerana banyak membantu dalam melicinkan perancangan yang direncanakan. Budi Dr Azizan tidak akan KRMB lupakan buat selamanya. Kepada semua pihak yang terlibat, diucapkan jutaan terima kasih sebagai tanda penghargaan daripada kami.

Jumpa lagi di lain masa....Nunukragang memang World Class....

10 comments:

Anonymous said...

Karnival SFI SRC 2009

b4 i start..pls don,t call me dr. azizan...i lebih selesa ngan nunukragang...hehe..

Alhamdulillah...program terbesar sfi src tahun ini telah berjaya dilaksanakan.Berjaya atau tidak, meriah atau membosankan program tersebut, hanya pengunjung yang tahu menilai..bukan kerja seorang..ini adalah team work..tq kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.

Tq dan tahniah juga kepada krmb dan pengakap beaufort terutamanya kepada Mr. Presiden, Lyeaza, Suardi,Ninja, Mok, memeng, helmi, dr. biz kerana turut menjayakan dan memeriahkan program tersebut. Juga ucapan tq kepada geng geng di sfi terutamanya kepada awie sfi rosdin buntal, kiah, dewi, roy, tungau, wane, ijan, naja, amy, kamaruddin, durai dan jg dayang. Untuk Bell..tq a lot 4 u support from belakang tabir.

Dikesempatan ini sa amat terharu kerana..samaada kamu sedar atau tidak..program ini telah menyatukan kembali semagat setiakawan dalam krmb...tq kazuma..

Sempena pemilihan krmb yang akan datang...siapapun yang bakal menarajui kepimpinan..yang amat penting adalah teamwork, komitmen n disiplin..

Tq..

Last but not least..sori jika layanan sa tidak begitu bek..maklumlah rumah bujang...

nunukragang said...

Ucapan Terimakasih...

Karnival SFI SRC 2009 baru sahaja berakhir...penat belum reda...

Penat lelah tidak terasa sangat dengan adanya kerjasama semua pihak. Dikesempatan ini, saya mengucapkan berbanyak banyak terimaksih kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti terbesar sfi src tahun ini. Terima kasih yg tidak terhingga kepada KRMB dan Pengakap Beaufort kerana turut menjayakan dan memeriahkan aktiviti tersebut. Ternyata boot krmb mendapat sambutan hangat.

Ucapan terimakasih saya khususkan kepada orang kuat krmb..Mr. Presiden Rynnille, Kazuma,Ninja, Botak, Dr. Biz, Memeng, Mok, Helmi, Bonez...Bell..sa tau ko sentiasa menyokong kami dari jauh.. Dan juga orang kuat Kelab Jiran Muda KRT SFI Mr. Rosdin buntal, Kiah, Dewi, Ijan, Wane, Roy, Kamaruddin, Najjah, Amy dan Durai.

Sama ada aktiviti tersebut telah berjaya seperti yang diharapkan..hanya pengunjung yang dapat menilai. Namun secara peribadi..saya puas hati.

Geng..sama ada kamu sedar ataupun tidak..karnival tersebut telah menyatukan semula semangat setiakawan yang hampir pudar di kalangan krmb...( soriii )..tq kazuma..You Are Backk!!!..

Disekempatan ini, sempena pemilihan penaraju krmb tidak lama lagi...saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat bertanding. Sesiapapun yang bakal menarajui kepimpinan krmb, yang penting adalah teamwork, disiplin, komitmen dan semangat kesukarelawanan. Saya yakin krmb akan terus maju.

Last but not least..orang yang berjaya adalah orang yang memulakan satu langkah yang istimewa!!!!

TQ..nunukragang

Anonymous said...

kita orang pun mahu tahu siapa Sukarelawan JBS Terbaik atu...

Jadi tahun ini sudah pasti menerima Tokoh Kepimpinan Sukarelawan dalam Anugerah Belia Negara 2009, kita tunggu sajalah ada juga calon kita dari Bahagian Beaufort.

Siapalah....tu.

Ahli KRMB merana ingin tahu pula.

Anonymous said...

dia laa tu sukarlawan terbaik....di sana la bengam tau

Anonymous said...

askum....knangan brsama geng2 krmb d karnival sfi mmg best gila.mcm kira mini reunion plak..tp syg, ko nada beal..mcm kureng ckit laa..
apapun,walau bjauhan n jarang jmpa,rsanya psahabatn kita tetap mcm dlu juga...jauh d mata dkt d hati...
nnt,next time kta arrange laa bt reunion aa...hehehe...

KazumaAzuma(^_^)

Anonymous said...

hahaha lalala ujan bah di sana ari tu tapi siuk juga bah dapat enjoy join ngan src-sfi punya program.NUNUKRAGANG tq bagi rumah ko macam asrama lamiurang kalau tersamak-samun rumahmu sorilah....taulah kan rumah bujang...len kali kami nda buat lagi pastu insyaallah....so ok juga bah program tu cuma tempat tu terbahagi berasinganbah jauh mo jalan-jalan hahahaha bah kalu sudi masuk masuklah blog budak sekolah aku ha....


www.lyzatul9490.blogspot.com





ninja9490

Anonymous said...

bah nanti ada program di SFI kami serbu lagi..yang penting inform awal ah..ajijan memang best lah..nunukragang of the world..lob u all..

Kelab Rakan Muda Beaufort said...

Terima Kasih kepada SFI dan semua yang mambantu KRMB menjayakan boot kami yang tidak seberapa tu. Apa pun sumbangan anda smua amat KRMB hargai. Semoga kerjasama seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Anonymous said...

nunukragang..

itu dia nunukragang, memang best bah dpt kenal nunukragang...

BELL said...

APA SUDANG AKU CAKAP KAN, C NUNUKRAGANG MEMANG MALATOP, AKU LAMA SUDAH NDA TIDUR DI RUMAH AZIZAN..WAAA AKU BALIK SIAP JA KO NUNUKRAGANG..HAHAHAHA...MANA SUDAH NUNUKRAGANG, LAMA DAH NDA BERKUNJUNG DI BLOG KRMB NIE..NUNUKRAGANG, WHERE ARE YOUR? NGEHHHHHH......