Tuesday, March 31, 2009

TAHNIAH KEPADA PEMIMPIN KAMI.....!!



Datuk Seri Panglima Dr Hj Lajim & Dato' Hjh Azizah DSP Hj Muhd Dun


Seluruh Ahli Jawatankuasa dan Ahli KRMB mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada kedua pemimpin kawasan kami yang begitu signifikan kerana telah memenangi jawatan dalam Pemilihan UMNO baru-baru ini. Pemimpin yang dimaksudkan ialah Penaung KRMB, YB Datuk Seri Panglima Dr Hj Lajim Hj Ukin, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Beaufort yang telah memenangi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Kedua, kepada YB Dato' Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.25 Klias yang telah menang jawatan Exco Pergerakan Wanita UMNO. Diharap dengan kejayaan prolifik kedua-dua pemimpin ini dapat menjana kepada pembangunan dan kesejahteraan kepada masyarakat Beaufort dan khususnya kepada golongan muda.

Monday, March 23, 2009

PELUANG KERJAYA DI KRMB


Jom Cari Kerja.....Kempen Terbaru KRMB
(Gambar Sekadar Hiasan)


Bagi menangani masalah kemelesetan ekonomi global dan kadar pengangguran yang tinggi, KRMB dengan ini akan melancarkan kempen pengiklanan jawatan kosong di blog ini. Kepada siapa-siapa yang mempunyai informasi berkaitan kekosongan jawatan di pelbagai sektor, sila maklumkan kepada kami untuk kita sama-sama membantu untuk mendapatkan pekerjaan terutama kepada golongan muda khususnya kepada semua ahli KRMB yang masih mencari pekerjaan.

Sebagai permulaan, kepada sesiapa yang masih belum mendaftar di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), silalah daftar sekarang secara online di http://www.spa.gov.my/. Daftarlah segera kerana kerajaan sekarang sedang melakukan transformasi untuk mendapatkan kakitangan kerajaan yang baru untuk semua jawatan.

Anda juga boleh mengetahui kekosongan jawatan di kerajaan Negeri Sabah dengan melayari http://www.sabah.gov.my/. atau melayari Bursa Buruh Elektronik (Electronic Labour Exchange) di http://www.elx.gov.my/ di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Bagi yang mahu bekerja di sektor swasta, bolehlah mendaftarkan diri di http://www.jobstreet.com/. Semoga anda mendapat informasi yang berguna di KRMB. Untuk tujuan ini, pihak kami akan menbuka satu ruangan baru iaitu senarai pekerjaan kosong dari masa ke semasa. Jadi jangan lupa layari blog KRMB untuk info terkini. Sekian dan terima kasih.

Thursday, March 12, 2009

CONGRATULATION MR JOE....


Presiden baru KRMB.

01. Pertama sekali, seluruh warga KRMB mengucapkan tahniah dan syabas kepada peneraju baru KRMB iaitu saudara Muhd Junidin Jamlan atau Joe. Semoga beliau dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. Harapan kami warga KRMB agar KRMB terus maju dan membangun seiring dengan aspirasi kerajaan yang mahu melahirkan generasi muda yang berkualiti dan berdaya saing.

02. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 07 Mac 2009 yang lepas, Joe tidak dicabar untuk menang tanpa bertanding jawatan Presiden. Dalam ucapan ringkas, Joe meminta semua ahli dan AMT yang bakal dilantik kelak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik, bekerjasama dan saling hormat menghormati.

03. Tahun ini pelbagai program akan dilaksanakan namun satu yang perlu diambil serius oleh pentadbiran baru KRMB mahupun Penggerak Rakan Muda Parlimen Beaufort yang baru ialah isu pendaftaran KRM dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Untuk rekod, borang pendaftaran telah dihantar ke ROS dan ROY (Perdaftar Pertubuhan Belia) untuk pendaftaran melalui Ibu Pejabat Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah pada tahun 2008 namun masih tidak ada sebarang perkembangan. Perkara ini perlu diselesaikan segera kerana KRMB akan rugi dari segi saluran peruntukan dana dan program memandangkan KRMB belum disahkan lagi. Dicadangkan borang pendaftaran yang baru perlu di hantar untuk menjamin proses pendaftaran dapat diselesaikan segera.

04. Tahniah juga diucapkan kepada semua AJK Tertinggi yang telah dilantik dan semoga dapat menjalankan tugas serta dapat menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membangunkan KRMB. Siapa tahu dalam tempoh 1 penggal (1 tahun) perlantikan ini, anda dapat membina masa depan dan mengasah bakat kepimpinan yang ada untuk menjana masyarakat ke arah yang positif dan berkualiti.

Monday, March 2, 2009

"BOOT KRMB MERIAH DI SFI"


Kemeriahan Boot KRM di Karnival SFI, Sipitang.

Pada 28 Februari hingga 01 Mac 2009, sempena Karnival Sabah Forest Industry (SFI) di Sipitang, Sabah, Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) telah membuka boot untuk mempromosikan kegiatan kelab dan aktiviti rakan muda kepada semua pengunjung terutama golongan rakan muda. Ternyata boot KRMB antara yang mendapat kunjungan yang paling menggalakkan dan ini amat membanggakan. Boot KRMB selain menjadi pusat informasi rakan muda, pengendali Boot KRMB yang diketuai oleh Presiden KRMB, Rynnille Peter dan Sukarelawan Terbaik JBS Beaufort Pilihan KRMB 2008, Suardi Kadir juga memjual keropok lekor kepada pengunjung. Apa yang lebih menarik, boot ini telah menemukan hampir keseluruhan pemimpin-pemimpin KRMB dan ini merupakan sesuatu yang positif serta menunjukkan komitmen yang dipamerkan adalah tinggi, kerjasama yang erat dan hubungan silaturrahim yang muhibbah. Antara yang menghadirkan diri ke boot KRM selain Rynnille dan Suardi ialah Calon Timbalan Presiden, Noralizawati Matsam, Bekas Timbalan Presiden KRMB, Mohd Helmi Tuah, AMT KRMB Mohd Nadzli Harith, Calon AMT KRMB Mohd Azizi Alani dan ramai lagi. Selain itu, Setiausaha Agung Kelab Rakan Muda Sipitang (KRMS) saudari Dewi Eriesya dan AMT Kelab Rakan Muda Kimanis (KRMK) saudari Rosnia juga sama-sama berada di boot KRMB semasa program ini berlangsung. Pihak KRMB mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak khususnya Dr Azizan, kerana banyak membantu dalam melicinkan perancangan yang direncanakan. Budi Dr Azizan tidak akan KRMB lupakan buat selamanya. Kepada semua pihak yang terlibat, diucapkan jutaan terima kasih sebagai tanda penghargaan daripada kami.

Jumpa lagi di lain masa....Nunukragang memang World Class....