Thursday, February 26, 2009

KEHANGATAN PEMILIHAN KEPIMPINAN KRMB




Dari Kiri : Calon Presiden KRMB Baru, Muhd Junidin Jamlan, Calon Timbalan Presiden, Noralizawati Matsam & Fazli Awang yang dijangka akan mencabar jawatan tertinggi KRMB

01. Kerancakan proses penawaran diri untuk mengisi barisan kepimpinan baru kelab semakin hangat. Setakat ulasan ini ditulis, jawatan Presiden hingga Naib Presiden Kelab Rakan Muda Beaufort (KRMB) menyaksikan hanya 1 calon yang menawarkan diri, ini bermakna jika kekal, mereka akan menang tanpa bertanding. Berbanding Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang akan menyaksikan pertandingan untuk memilih 15 orang daripada 20 calon yang menawarkan diri setakat ini. Maklumat terbaru menyatakan tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Rakan Muda Beaufort yang kedua akan diadakan dalam minggu kedua bulan Mac. Jika benar, nampaknya masih banyak ruang untuk semua ahli bermuhasabah untuk menawarkan diri bagi bertanding mana-mana jawatan yang ditawarkan. Kedudukan ini juga pasti meresahkan calon Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden kerana harapan untuk menang tanpa bertanding masih belum terjamin.

03. Terdapat khabar angin bertiup kencang menyatakan ada calon daripada Kuala Penyu/Menumbok akan menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan memandangkan sebelum ini Ismail Mohd Jidin yang disebut-sebut akan menentang Razali Bidih, sekadar bertanding AMT. Hanya Fazli Awang sahaja yang masih membisu dan belum menyatakan apa-apa setakat ini. Mungkin Fazli akan melakukan kejutan, siapa tahu?

04. Mengikut kaji selidik secara rambang yang dijalankan, calon Presiden Muhd Junidin Jamlan dijangka tidak akan dicabar memandangkan beliau adalah anak didik Presiden KRMB, Rynnille Peter. Mencabar Muhd Junidin dilihat adalah satu langkah yang hanya mengundang kegagalan. Bagaimanapun untuk jawatan lain, semuanya masih berpotensi untuk berlaku pertandingan kerana saingan adalah terbuka dan seimbang.

05. Selain itu, ramai muka baru yang mencuba nasib pada pemilihan kali ini. Hal ini adalah positif kerana sememangnya pemilihan ini adalah terbuka kepada ahli-ahli KRMB. Dijangka lebih ramai muka baru akan menawarkan diri menjelang tarikh pemilihan nanti. Diharap muka baru yang diberi peluang kelak dapat menjana dan membantu kepimpinan KRMB yang sememangnya mengharapkan sumbangan muka baru ini dalam pembangunan Rakan Muda dan KRMB.

Wednesday, February 11, 2009

TAHNIAH MR PRESIDEN...!!!!


Seluruh Ahli Jawatankuasa & Ahli Kelab Rakan Muda Beaufort mengucapkan tahniah dan syabas kepada Presiden Kelab, Rynnille Peter kerana telah berjaya mendapat tawaran sebagai Penolong Pegawai Belia & Sukan Gred S27 di Kementerian Belia & Sukan Malaysia. Pihak kami mengalu-alukan berita gembira ini dan ini juga merupakan satu pengikhtirafan kepada bos kami yang tidak terhingga. Bravo Mr Presiden.

Sunday, February 8, 2009

CALON KEPIMPINAN BARU KRMB

CALON-CALON YANG MENAWARKAN DIRI UNTUK BERTANDING DALAM KEPIMPINAN TERTINGGI KRMB :-


Calon Presiden (1):
01. Muhd Junidin Bin Jamlan


Calon Timbalan Presiden (1) :
01. Noralizawati Binti Matsam


Calon Naib Presiden (1) :
01. Razali Bin Bidih


Calon Ahli Majlis Tertinggi (15):
01. Mohd Nadzley Bin Harith
02. Mohd Halbi Bin Abd Hassan
03. Mohd Sharol Bin Saiman
04. Mohd Ezwan Bin Hj Salleh
05. Sarmila Binti Saripuddin
06. Mohd Khairul Izuan Bin Sidek
07. Azizi Bin Alani
08. Mira Afizna Binti Abdullah
09. Fazura Binti Sairi
10. Nur Azimah Binti Mohd Hanafi
11. Tazriano Bin Taziri
12. Uzaiddah Binti Ali Mokthar
13. Rynnille Peter
14. Nurul Hardy Bin Japar
15. Razali Bin Abd Samad
16. Rozy Necolous
17. Ismail Bin Mohd Jidin
18. Sabir Bin Ariffin


* Jawatan Setiausaha Agung & Bendahari Kehormat Adalah Atas Lantikan Kuasa Presiden.

* Perlantikan Jawatan Ketua Unit Gaya Hidup, Ketua Unit Sahsiah, Ketua Unit Anugerah Remaja Perdana & Ketua Unit Sukarelawan akan dilakukan dikalangan Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih kelak.
* Lima (5) Ahli Majlis Tertinggi akan dilantik secara lantikan dengan kuasa Presiden.
* Jawatan Pemeriksa Kira-Kira akan diputuskan penyandangnya semasa Mesyuarat Agung Tahunan kelak.
* Kepada semua ahli KRMB adalah layak untuk bertanding mana-mana jawatan yang dipertandingkan. Untuk pencalonan, hanya perlu POST COMMENT maklumat peribadi (Nama Penuh, No MyKad, Alamat, No Telefon & Jawatan yang hendak ditandingi).