Wednesday, January 7, 2009

BENGKEL PEMIMPIN KELAB RAKAN MUDA PERINGKAT NASIONAL 2008



Pada 1-3 Disember 2008 yang lalu, Bengkel Pemimpin Kelab Rakan Muda Peringkat Kebangsaan tahun 2008 telah diadakan dengan jayanya di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur. Kelab Rakan Muda Beaufort telah diwakili oleh Pemangku Timbalan Presiden, Cik Noralizawati Matsam yang juga merupakan Naib Presiden Kelab ini. Pelbagai manfaat, ilmu dan informasi terbaru telah dapat disampaikan kepada semua pemimpin kelab untuk menjadikan Kelab Rakan Muda sebagai wadah komuniti belia remaja yang proaktif, efiesien dan kolektif. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia & Sukan yang kita sayangi.




1 comment:

Anonymous said...

jom jadikan rakan muda sebagai batu loncatan untuk kita mencapai bintang...

cayo KRMB