Wednesday, January 7, 2009

BENGKEL PEMIMPIN KELAB RAKAN MUDA PERINGKAT NASIONAL 2008



Pada 1-3 Disember 2008 yang lalu, Bengkel Pemimpin Kelab Rakan Muda Peringkat Kebangsaan tahun 2008 telah diadakan dengan jayanya di Hotel Mandarin Court, Kuala Lumpur. Kelab Rakan Muda Beaufort telah diwakili oleh Pemangku Timbalan Presiden, Cik Noralizawati Matsam yang juga merupakan Naib Presiden Kelab ini. Pelbagai manfaat, ilmu dan informasi terbaru telah dapat disampaikan kepada semua pemimpin kelab untuk menjadikan Kelab Rakan Muda sebagai wadah komuniti belia remaja yang proaktif, efiesien dan kolektif. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia & Sukan yang kita sayangi.




LT.MUDA PA. MATLEN SARUDIN KEM KOMANDAN PJKN SABAH


Assalammualikum wbt., Salam Belia
dan Salam Rakan Muda.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada admin Laman Blog Kelab Rakan Muda Beaufort diatas usaha yang gigih untuk menjayakan blog ini. Sejambak budi tidak terhingga kepada sahabatku yang jauh dimata...sdr. Md. Halbi Abd. Hassan mantan Pengerak Rakan Muda Parlimen Beaufort, sdr. Rynnille Peter dan sdr. Suardi Kadir Sukarelawan Bahagian Beaufort. Gerakan menyelenggara Blog KRMB dengan baiknya dan sehingga diminati oleh ramai pengunjung Blog.

Namun begitu saya berpesan dan mengharapkan kepada semua adik-adik Ahli Jawatankuasa Tertinggi Alumni PJKN dan Peserta PJKN Negeri seluruh Sabah dibawah kekuatan saya, supaya sentiasa menghargai usaha orang lain. Saya juga mengingatkan kembali supaya anda, sentiasa berbudi bahasa, mengkritik biarlah membina, kata-kata biarlah dianggap sebagai manusia yang sebenarnya dan paling merbahaya apabila kita memfitnah orang lain adalah menjadi kesalahan besar dan sudah tentu salah disisi agama.

Maka dengan luahan rasa tidak puas hati, sangat jelas orang lain akan mencari kesempatan menggunakan atas nama PJKN. Blog bukan temapat gelanggang untuk mempersalahkan orang lain atau kutuk mengutuk antara satu sama lain, jika anda tersilap sedarlah dan hentikan. Saya menyarankan mana-mana Belia atau peserta PJKN yang terlibat hentikan sengketa ini dan harap bersabar. Apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih diatas sokongan anda sebagai ingatan kepada usaha saya. Tetapi saya bukan wira, saya tidak layak menjadi IDOLA anda, saya tidak layak dipanggil SIFU.. mahupun seorang Pakar. Terima Kasih sekali lagi kepada sokongan anda, hanya ALLAH saja dapat membelas budi baik semua di Akhirat kelak..insyallah. Amin....

HAPPY NEW YEAR 2009
Salam sayang untuk semua.

Thursday, January 1, 2009

Bergaya Ala 60an

Walaupun bukan program rakan muda tetapi sebahagian ahli KRM Beaufort telah terlibat secara langsung dalam menjayakan satu program bersempena sambutan tahun baru 2009 dengan konsep 60an...program yang di anjurkan sangat meriah dengan kehadiran ramai orang dimana ahli - ahli kKRM Beaufort menjadi tulang belakan dalam program tersebut. Ini membuktikan bahawa sukarelawan - sukarelawan dari KRM Beaufort telah mendapat pengiktirafan dan telah di terima oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan -jabatan Kerajaan yang lain kerana kemampuan sekaligus menepis segala tohmahan selama ini...