Tuesday, December 16, 2008

MENJELANG MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


Jasa Baik Dikenang Orang...

1. Pada 01 Februari 2009, tamatlah tempoh perkhidmatan 1 penggal bagi AJK kelab yang memegang tampuk pentadbiran kelab ini selama 1 tahun. Dengan itu juga bermakna dalam tempoh 7 hari kelab perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab bagi melantik kepimpinan baru kelab yang akan membawa haluan kejayaan kelab untu tempoh satu tahun lagi. Susun galur perjalanan nampak mudah namun hakikatnya kelab ini bakal berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang semakin mengganas dan tiada noktahnya.

2. Kelab Rakan Muda Beaufort sedang dalam proses peralihan kuasa yang mencabar. Hal ini dapat diperhatikan semakin berkurangnya AJK Kelab yang memberikan komitmen dan sokongan kepada perjalanan kelab. Semakin hari ada sahaja AJK Kelab yang telah mendapatkan pekerjaan atau melakukan komitmen dan ini merupakan satu yang positif. Namun dalam masa yang sama, kelab berdepan krisis untuk mendapatkan pemimpin pelapis bagi menggantikan AJK yang telah melepaskan jawatan atau sudah tidak aktif secara keseluruhannya. Statistik menunjukkan perlahannya pergerakan kelab disamping program-program rakan muda yang agak terhad pada tahun ini, sedikit sebanyak memburukkan lagi keadaan.

3. Kelab ini mempunyai hampir 700 ahli dan kebanyakkan berada di kawasan daerah Beaufort. Satu strategi harus dilaksanakan oleh pengurusan bagi menjamin pemimpin pelapis bagi mengelakkan kelab ini akan berkubur tanpa nisan. Jika Presiden kelab ini, Saudara Rynnille Peter, Pemangku Timbalan Presiden Cik Noralizawati Mat Sam dan beberapa orang kuat kelab lagi mendapat pekerjaan tetap dan bertugas di luar daerah Beaufort, jika tiada pelan peralihan dan penyediaan pemimpin pelapis, dikhuatiri kelab ini tidak akan ke mana. Kelab ini memerlukan beberapa pemimpin pelapis yang harus dikenalpasti bermula daripada sekarang dan perlu juga dilatih agar mantap dalam menempuh cabaran yang semakin mencabar. Sekian dan terima kasih.

Komentator by BeLL

2 comments:

Anonymous said...

Lt. Muda Matlen sarudin Idola semua Sukarelawan Kota Kinabalu. Kami sokong Kem kom kami, jangan buat malu orang-orang PJKN di Seluruh Sabah.

Anonymous said...

dun wory guys....
1 pelan peralihan kuasa akan berlaku secara besar-besaran menjelang AGM y akan d beritahu kelak...bakal2 pelapis sila lah sahut cabaran 2 pn klu berani la...ramai jg muka2 baru akan menghiasi KRMB untuk d terajui dan membuat sesuatu skaligus menaikkan nama BEAUFORT...
harap2 la nant bakal penggerak rakan muda beaufort y baru masi mo pkai dgn krew2 y sdia ada nant...

" 1 masa dulu nama BEAUFORT kena Kutuk skali org Beaufort Jg Y d puji2...MAKASIH mr MAtlen sb kc buka mata y d luar sn pasal beaufort....pikir2 la ar...."
-mr presiden-