Wednesday, December 17, 2008

CALON ANUGERAH SUKARELAWAN TERBAIK 2008


Fikirkan...........

1. Tahniah & Terima Kasih kepada semua Sukarelawan Rakan Muda Kelab serta Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort atas semua sumbangan dalam menjayakan semua program dan majlis Rakan Muda samada anjuran Kelab Rakan Muda, Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort & Jabatan Belia & Sukan (P) Negeri Sabah. Jasa dan khidmat yang diberikan oleh anda semua amatlah besar maknanya kepada proses kemajuan dan pembangunan komuniti.

2. Oleh yang demikian, bagi menghargai sumbangan dan peranan yang telah dimainkan, maka pihak kelab akan mengadakan undian bagi menentukan 5 calon terakhir yang dirasakan layak untuk mendapatkan anugerah berprestij ini. Penilaian 5 calon akhir nanti akan dinilai oleh Panel Penilai yang terdiri daripada mereka yang dilantik kelak. Berikut adalah senarai calon anugerah yang terbabit :

01. Mohd Nadzli Harith
02. Rynnille Peter
03. Muhd Junidin Jamlan
04. Mohd Shahrol Saiman
05. Suardi Kadir
06. Noralizawati Matsam
07. Fazura Sairi
08. Sarmila Saripuddin
09. Uzaiddah Ali Mokthar
10. Azrul Azwan Abd Lamin
11. Dyg Rizuana Ibrahim
12. Junaidah Mustapha
13. Saidol Tasip
14. Mohd Helmi Tuah
15. Suriawati Saripuddin
16. Zaimah Ramin
17. Kahar Buntak
18. Nurul Hardy Japar
19. Mohd Ezwan Hj Salleh
20. Leftenan Muda Matlen Sarudin
21. Razali Bidih
22. Dg. Nurlizawati Japlus

Undian hendaklah dibuat dengan menghantar POST COMMENT anda ke ruangan ini...Setiap Post Comment mestilah sertakan 5 nama pilihan anda...Terima Kasih Yerrr...Jika anda ada nama lain yang ingin dicadangkan, bolehlah mencadangkan nama melalui kaedah Post Comment jugak..bye


Tuesday, December 16, 2008

MENJELANG MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


Jasa Baik Dikenang Orang...

1. Pada 01 Februari 2009, tamatlah tempoh perkhidmatan 1 penggal bagi AJK kelab yang memegang tampuk pentadbiran kelab ini selama 1 tahun. Dengan itu juga bermakna dalam tempoh 7 hari kelab perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab bagi melantik kepimpinan baru kelab yang akan membawa haluan kejayaan kelab untu tempoh satu tahun lagi. Susun galur perjalanan nampak mudah namun hakikatnya kelab ini bakal berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan yang semakin mengganas dan tiada noktahnya.

2. Kelab Rakan Muda Beaufort sedang dalam proses peralihan kuasa yang mencabar. Hal ini dapat diperhatikan semakin berkurangnya AJK Kelab yang memberikan komitmen dan sokongan kepada perjalanan kelab. Semakin hari ada sahaja AJK Kelab yang telah mendapatkan pekerjaan atau melakukan komitmen dan ini merupakan satu yang positif. Namun dalam masa yang sama, kelab berdepan krisis untuk mendapatkan pemimpin pelapis bagi menggantikan AJK yang telah melepaskan jawatan atau sudah tidak aktif secara keseluruhannya. Statistik menunjukkan perlahannya pergerakan kelab disamping program-program rakan muda yang agak terhad pada tahun ini, sedikit sebanyak memburukkan lagi keadaan.

3. Kelab ini mempunyai hampir 700 ahli dan kebanyakkan berada di kawasan daerah Beaufort. Satu strategi harus dilaksanakan oleh pengurusan bagi menjamin pemimpin pelapis bagi mengelakkan kelab ini akan berkubur tanpa nisan. Jika Presiden kelab ini, Saudara Rynnille Peter, Pemangku Timbalan Presiden Cik Noralizawati Mat Sam dan beberapa orang kuat kelab lagi mendapat pekerjaan tetap dan bertugas di luar daerah Beaufort, jika tiada pelan peralihan dan penyediaan pemimpin pelapis, dikhuatiri kelab ini tidak akan ke mana. Kelab ini memerlukan beberapa pemimpin pelapis yang harus dikenalpasti bermula daripada sekarang dan perlu juga dilatih agar mantap dalam menempuh cabaran yang semakin mencabar. Sekian dan terima kasih.

Komentator by BeLL

PERLETAKAN JAWATAN PENGGERAK RAKAN MUDA PARLIMEN BEAUFORT


Sayonara..Adios

1. Adalah dengan ini dimaklumkan kepada semua AJK, Ahli dan semua pihak yang berkenaan bahawa Penggerak Rakan Muda Parlimen Beaufort, En. Mohd Halbi Abd Hassan telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa pada 22 Disember 2008. Perletakan jawatan ini disebabkan beliau telah mendapat pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Unit Penguatkuasaan, Seksyen Wang Saraan II, Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam & Perkhidmatan Pengurusan, Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya.

2. Oleh yang demikian, semua urusan membabitkan rakan muda dan kelab rakan muda adalah tidak melibatkan beliau lagi dan sebarang urusan bolehlah merujuk terus ke Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort di talian 087-211625 atau menghubungi Presiden Kelab Rakan Muda Beaufort, En Rynnille Peter di talian 013-5448480. Terima Kasih dan harap maklum.

SELAMAT HARI KRISMAS & TAHUN BARU 2009


Good Bye 2008, Hai 2009

1. Kepada Semua AJK & Ahli Kelab diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009 akan akan menjelang tidak lama lagi. Kepada para sahabat kelab yang beragama Kristian, kami mengucapkan Selamat Hari Natal. So, amacam ada plan lagi mau buat konvoi raya krismas? Hehehe..Kalu U All nak tahu kenalah tanya Mr President..

2. Tahniah diucapkan jUga kepada pihak pengurusan kelab kerana sehingga hari ini, keahlian kelab sudah semakin bertambah dan sekarang hampir mencapai angka 700 orang ahli secara keseluruhannya. Apapun jumlah ini merupakan jumlah yang jauh meninggalkan keahlian kelab rakan muda lain di negeri ini... Diharapkan jawatan Ketua Unit Sukarelawan dapat diisi dengan segera bagi melancarkan pergerakan untuk merekrut ahli baru.

3. Kepada barisan AJK, jangan mudah berpuas hati dan jangan lalai dalam menunaikan tanggungjawab yang diberikan walaupun tanpa kehadiran Penyelaras Kelab (Penggerak Rakan Muda) yang masih kosong, diharapkan AJK dapat menjana kelab untuk mampu berdiri sendiri dan belajar berdikari demi kesinambungan kejayaan berterusan.