Thursday, October 30, 2008

PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA


Berbakti Kepada Masyarakat Banyak Faedahnya.

1. Kepada semua ahli kelab dan semua komuniti rakan muda, satu program Rakan Muda Wawasan Desa Peringkat Parlimen P.177 Beaufort akann dilaksanakan pada awal bulan November ini. Pelaksanaannya dijangka akan dibuat di Kg Bingkul, Beaufort dengan kerjasama masyarakat Kg.Bingkul. Diharapkan kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi En. Mohd Halbi Abd Hassan di talian 019-8116256 untuk pendaftaran atau datang sendiri ke Pejabat Belia & Sukan (P) Bahagian Beaufort, Tingkat 1 Wisma Persekutuan, Beaufort. Penyertaan adalah terhad kepada 100 orang sahaja.

2. Program ini merupakan program terakhir untuk program Pembangunan Rakan Muda pada tahun ini di Bahagian Beaufort. Justeru itu, ambillah peluang ini untuk menyertai program yang baik untuk menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara. Baju, Topi dan Kelengkapan lain akan disediakan kepada mereka yang menjadi peserta program ini


Tuesday, October 28, 2008

TAHNIAH DATUK....!!!!




1. Kelab Rakan Muda Beaufort mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Datuk Seri Panglima Dr Hj Lajim Hj Ukin, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Beaufort kerana telah berjaya memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian P.177 Beaufort. Semoga YB Datuk dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya.

2. Ucapan tahniah dan syabas juga kami ucapkan kepada YB Dato' Hjh Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah merangkap ADUN N.25 Klias kerana telah memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian P.177 Beaufort. Semoga YB Dato' terus maju dan kami mendoakan kesejahteraan untuk terus bekerja membela nasib bangsa. TAHNIAH SEMUANYA.

DEBAT ALA PARLIMEN ANTARA KELAB RAKAN MUDA BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH


Debat Untuk Kebaikan Bersama......

PERHATIAN..Satu 'Friendly Match' Debat Ala Parlimen antara Kelab Rakan Muda Kimanis, Kelab Rakan Muda Beaufort & Kelab Rakan Muda Sipitang akan diadakan pada bulan November ini. Tempat yang dicadangkan ialah SMK Membakut. Diharap kepada semua AJK Kelab yang terbabit dapat bersedia untuk berdebat. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan tahap dan kemahiran komunikasi, keberanian bercakap di khalayak ramai, bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal semasa secara ilmiah dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama AJK Kelab. Perbincangan sedang diatur antara ke3 penyelaras kelab dan pengumuman tarikh perdebatan akan diberitahu sedikit masa lagi.. OK..KRMB buat yang terbaik, jangan bikin malu Beaufort OK...Sapa buat soi kena penampar Mr President yang akan menggunakan senjata AK501 buatan Timor Leste....hahaha...Adios....C U in Debate Hall....

Monday, October 27, 2008

TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS KEPADA MOHD HALBI @ BEL


SAYONARA..................

1.Tahniah Diucapkan Kepada Penggerak Rakan Muda Beaufort, Saudara Mohd Halbi @ Bel kerana telah mendapat tawaran kerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir N27 dan InsyAllah akan memulakan tugas pada bulan hadapan. Kami seluruh warga generasi Rakan Muda mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya ditempat kerja yang baru.

2. Dengan pemergian Penggerak kami, kami telah kehilangan seorang yang memperjuangkan nasib dan golongan muda khususnya di kawasan Parlimen Beaufort. Hilanglah juga Penggerak Rakan Muda Terbaik Malaysia yang pernah dianugerakan kepadanya pada tahun 2007. Terima kasih atas segalanya.

3. Semoga Penggerak yang baru kelak akan seperti atau lebih bagus daripada saudara Mohd Halbi. Syabas dan Terima Kasih.